Sunday, 23 June 2013

Belajar jangan stress2

Lama x update blog. Assalamualaikum. Maklumlah sejak bergelar mahasiswa tugasan semakin bertambah. Lecurer pun mula mengagihkan assignment dan tutrial. Risau dengan diri sendiri. Khuatir kalau rasa malas datang tiba2. Tapi malas malas aku pun aku yang siap dulu tutorial. hee  ehem riak. Tak gurau.

Bukan apa, aku cuma rasa seperti aku tidak sedarkan diri disini. Ya! sudah tentu tanpa kehadiran sesiapa untuk mengingatkan aku. Ingatkan pada sesuatu yang benar. Kadang2 terhanyut juga dengan suasana ditempat baru ini. Tapi aku masih selamat. hurm. Tiada lagi anasir luar yang mempengaruhi aku. 

Aku tetap nakal dan degil. Yup. Aku akan tetap dengan pendirian. Takkan mudah mengalah. Perangai lama aku memang tetap ada dalam diri. baru aku perasan. Aku memang susah nak menghadap buku lama2. Tapi aku tetap nak siapkan juga tugasan yang diberi. Sampai satu tahap aku sudah sampai kemuncak stress bagai, tak sedar pula roomate disebelah aku disergah. Terperanjat kawan kita. Nasib baik dia sporting. Aku minta maaf je lah sebab tak sedarkan diri. Lepastu kami gelak. hee sory kawan. Aku memang macam ni.

Ok stop! jangan beralasan. 
Tips nak hilangkan stress aku bila study. Pergi toilet basuh muka. Kalau tak hilang juga masuh anggota badan yang panas. Ambil wuduk terus la. Iblis banyak time tu tengah gelakkan kita. Muslimah harus kuat lawan diorang. Masa study tu boleh la dengar muzik2 instrumental yang berlagu perlahan. Makan coklat untuk hilangkan tekanan. Sambil senyum tau. Senyum kat roomate disebelah. Jangan lupa doa dulu sblm start study. Niat biar betul2 ikhlas nak faham. 

Study la dengan tenang lepas tu. Kalau boring goyang2 kaki. Kalau panas cari tempat sejuk. Nah pergi library lagi senang. Suasana belajar yang effektif. Ada aircond. Kalau tak kuat iman boleh tertidur pulak. Dah jangan main2 waktu belajar. Harus fokus. Ingat belajar Lillahitaala.Tu cara saya la. hee Jom belajar rajin2. 

Saturday, 15 June 2013

Takkan habis nikmat allah dihitung

Manusia diciptakan dimuka bumi sebagai makhluk yang sangat-sangat memerlukan penggantungan. Tidak bisa hidup dengan bersendirian. Setiap insan semestinya akan bergantung kepada setiap perkara. Daripada penggantungan kepada manusia sehinggalan kepada penggantungan terhadap harta, barangan dan semua perkara. 

Terkadang manusia lupa disebalik setiap penggantungan tersebut ada tempat bergantung yang paling agung 'Allah'. Lupa dan menafikan kebergabtungan tersebut. Mari duduk dan cuba renung2kan. Pernahkah dalam sehari kita langsung tidak bergantung pada Allah. Pada hakikat sebenar jawapannya adalah tidak. 

Pada setiap detik dan saat kita telah meletakkan penggatungan pada Allah tanpa kita sedari. Saudara ku, kita bergantung pada nikmat dan rezeki Allah yang tidak pernah putus. Allah yang maha adil dan pemurah tidak pernah menangguhkan nikmatNya untuk hamba sekalian walau sekufur mana pun hambaNya itu. Udara yang kita sedut sejak lahir sehingga ke hari ini adalah nikmat agung Allah yang tidak pernah putus. Andaikan Allah menangguhkan nikmat udara kepada hambanya, tentu melayang nyawa tidak sampai lima minit.

 Sebanyak manapun nikmat yang dikejapi manusia tidak mampu untuk bersyukur. Takkan habis nikmat Allah dihitung walau sampai hujung nyawa. Wahai manusia sekiranya kamu mahu berlaku ego dimuka bumi ini silakan keluar dari bumi Allah ini.Kemana akan kamu pergi sedangkan seluruh alam semesta ini adalah milik Allah swt.

Kita hamba yang kerdil lagi hina ini masih boleh menafikan pemberian Allah. Putus harapan pada Allah dan menolak untuk berdoa kerana tidak dimakbulkan olehNya. Rugilah bagi orang2 yang cepat putus harapan. Allah swt akan memakbulkan doa hamba2Nya walaupun bukan dengan segera. Dia telah mengatur dengan baik setiap urusan di dunia ini. Inshaallah doa2 itu akan dimakbulkan Allah pada masa yang sesuai dan tepat. Jadi teruskan berdoa  dengan bersungguh2 dan kejarlah redha Allah.


 Cuba renungkan balik, adakah kita seorang hamba yang baik, anak yang baik.  Aku sendiri mengakui yang aku ini bukanlah seorang hamba yang taat. Bukan anak yang soleh. Segala suruhan Allah masih belum aku turuti. Terlalu jahil terasa diriku untuk menaip di atas keyboard ini, tidak pantas untuk aku pamerkan blog ini untuk tatapan umum. Aku hamba yang lemah, malah aku menagih bimbingan dari orang ramai. Terkadang aku lemah ketika ditikar sejadah. Memikirkan nasib hamba yang hina sepertiku. Terampunkah dosa2 hamba jahil ini. Air mata yang aku rembeskan pun mungkin tidak mampu melenyapkan dosa2 yang tidak terkira banyaknya..

Pada ibu bapa lagilah menyanyat hati aku. Bila difikirkan kedua insan mulia ini aku dihurung rasa bersalah dan hiba. Masakan tidak, aku belum mampu menjadi anak yang baik untuk mereka. Kata orang seorang anak yang baik adalah anak yang menuruti kata2 kedua ibubapanya dan memenuhi segala permintaan mereka. Sering kali aku gagal berbuat demikian. Kecewakah mereka denganku. Aku gagal menghadiahkan mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Menggunung harapan mereka untuk melihat aku berdiri di atas pentas sebagai terbaik. Melihat cahaya matanya menjadi seorang doktor. Jangan sedih ayah dan ibuku. Inshaallah suatu hari nanti akan hadiahkan kalian dengan kejayaan yang lebih besar lagi.

Rezeki Allah itu luas, sekiranya tidak diberi hari ini inshaallah pada lain kali. Terus sabar mengharap pada Allah. Pahala orang2 yang sabar akan terus mengalir pada kita.

Saturday, 8 June 2013

TIDAK KENAL MAKA TIDAK JATUH CINTA

 Alhamdulillah, sekarang ni aku sudah selamat sampai ke uitm. Walaupun pada awalnya agak berat bagi aku untuk menjejakkan kaki kesini, tetapi segalanya berjalan lancar sekarang. Minggu orientasinya agak menguji mental dan fizikalku dengan kaki yang masih melecek sehingga ke hari ini. Benarlah kata orang bumi arau ni panasnya tidak dapat dinafikan. Kalau dipecahkan telur atas bonet kereta pensyarah memang masak la gamaknya. 

   Aku sendiri pun sudah kenal sedikit sebanyak tentang kos sains geomatik yang bakal aku bawa melalui penerangan kakak2 dan abang2 oc. haha malu pula apabila diingatkan balik diri aku yang sibuk bertanya tentang kos ini pada orang lainsebelum ini. Nasihat buat diri aku, jadilah seorang yang berani. Berani mencuba sesuatu yang baru. Jangan cepat jadi pengecut dan kalut. Jangan katakan tidak mampu sebelum mencuba sesuatu itu. Kenali dahulu perkara itu. Tak kenal kan maka tak cinta. Inshaallah aku ingin bercinta di uitm perlis ini. Aku akan jaga cinta ini seelok2nya agar ia tidak lari. Bercinta dengan geomatik. Dengan Arau. Dan pekara yang paling penting akan aku jaga cinta Allah seeratnya. Ya Allah pimpinlah hati hambamu ini. Semoga dengan hijrahku kesini akan menjadikan aku lebih mengenalimu.

   Sungguh, Arau tidak seperti yang aku sangkakan sebelum ini. Bagiku ia sebuah tempat yang cantik. Walaupun panas terik yang melampau, dengan izin Allah kawasan ini indah terjaga dengan pohon2 hijau yang banyak. Macam  dusun pun ada. Sejuk mataku memandang. Inilah kali pertama berdepan dengan kampus yang luas dengan deretan kenderaan yang lalu lalang. Dalam sehari mungkin berkilometer akan aku lalui.

   Kos geomatik. Nama yang kedengaran gah tetapi hakikatnya hanyalah ukur tanah. Huhu. Sedikit sebanyak keterangan yang aku perolehi daripada senior, aku bakal menadah muka dibawah matahari dengan mencerap matahari, remote sensing dan macam2 yang aku lansung tidak faham. Apa yang membuatkan aku menelah liurku adalah setelah dikhabarkan bahawa 'kamu semua nanti akan jadi kurus dan hitam'. Hehe menarik. Andai aku sebiji telur bukan setakat masak tapi hangus la alamatnya. Telur hangit.

   Sejujurnya aku dan kebanyakan pelajar yang mengambil kos yang sama tidak tahu menahu tentang kos ini. Awalnya aku agak terkejut mengetahui yang majoriti pelajar baru mengambil kos ini. Malah fakulti kami adalah yang paling ramai sehingga terpaksa dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan dengan suka cita dan tidak malunya aku mengumumkan aku berada dalam kumpulah E. Aku agak blur dan rasanya tidak perlu dilanjutkan lagi. Seperti biasa majoritinya kos ini dipelopori oleh kaum adam dan kami sebagai kaum hawa hanyalah enam orang dalam kumpulan. Ada ku kesah. Apa yang penting adalah kualiti bukan kuantiti diiringi semangat yang kental. Percayalah kamu boleh.  

   Sedikit sebanyak warkahan aku dilaman blog ini, bukan untuk mencari publisiti bukan juga untuk menunjuk2.Tetapi hanyalah untuk tatapan para sahabat yang aku rindui dan mungkin merinduiku. Serta saudara seislamku.' Ceh poyo'. Hee. Betul ni betul. Hakikatnya aku hanya seorang anak kecil yang masih menagih kasih ibu bapa.  Ya Allah Ya Rahman lindungilah kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil dan Kau ampunilah segala dosa mereka. Perkenankanlah Ya Allah. Rindu pula akupada ibubapa serta abang2 dan kakak2 aku walaupun kerap bergaduh dirumah. 

    Buat sahabat2 dan saudaraku semua walau dimanapun kalian berada jagalah sahsiah dan iman mu. Buat saudari wanita jagalah auratmu selalu. Manisnya kamu bertudung dan berbaju labuh manis lagi nikmat syurga Allah yang menanti. Jadilah wanita solehah. Jagalah batas pergaulanmu agar tidak terlalu bebas bergaul dengan kaum adam. Solat lima waktu jangan diabaikan. Jaga rukun solat dan serikan lagi dengan solat2 sunat. Tambahkan juga ibadat2 sunat dalam harimu agar hatimu lebih bercahaya. Inshaallah  kamu akan selamat didunia dan akhirat. Peringatan buat diri aku sebenarnya serta sahabat2. Inshaallah aku ingin kita sama2 mengejar redha Allah. Cemerlang didunia dan diakhirat. Dapatkan anugerah Dekan sem ni. hehe