Wednesday, 25 December 2013

Terkadang ingin kutulis

Aku ingin menulis. Aku terus menulis. Terkadang tiada apa untuk kutulis. Sendi-sendi menolak tanganku untuk menulis.

Dengan minda yang terawangan. Kutulis apa yang melintas di ruangan minda. Tiada gaya bahasa yang cantik. Tiada bakat untuK menulis. Aku terus menulis. 

Terkadang kupadam kembali tulisan aku itu. Malu sekiranya tersiar kepada orang lain. Menulis satu kepuasan bagiku. Dimana-mana sahaja aku bisa menulis. Bisa sahaja mereka yang lain memandang enteng penulisanku. Tida seni. Biar sahaja.

Mungkin bakat itu tiada. Aku tidak berimpian menjadi penulis. Aku ini menulis untuk kepuasan. Ia bukan juga rutin ku. 

Aku tidak berhajatkan sesiapa mengenaliku. Cukuplah untuk aku sendiri mengenali diriku. Mendalami diriku sendiri. 

Aku inginkan sebuah keyakinan. Aku impikan keberanian. Mengimpikan keistimewaan atau bakat yang bisa berguna untuk diriku, atau orang lain. Mencari erti dan fungsi hidup didunia.

Apakah erti hidup sekiranya tiada matlamat dalam dadaku. Mahu menjadi bonekakah? Atau kah seperti lembu yang mengunyah setiap masa. Berkeakhiran disembelih manusia.

Sebenarnya, aku.. manusia bukan seperti manusia sekiranya tiada Ya Rabb dalam jiwa dan kehidupan aku.

Ya,, Aku temuinya.. Hidup aku bukan untuk diriku. Bukan untuk sesiapa.

Tapi.. untuk ALLAH  Ya Razak..



Saturday, 21 December 2013

usrah yang dinanti

Rindu yang bersarang dihati akhirnya terlerai jua. Rindu yang luar biasa bagiku. Rindu untuk bersama2 sahabat tercinta berkumpul dalam usrah kami.

Walaupun kami menghadapi pelbagai kekangan, namun Allah tetap memilih kami untuk bertemu di BK10 pd malam itu. Usrah pada kali itu agak lain daripada biasa kerana bergabung dengan muslimin dalam kuantiti yang agak besar. Usrah gabungan. Lebih kepada untuk membuka minda kami sebagai adik2 ta'arif 2. Ceh adik.

Ingin sekali aku kongsikan sedikit bibit-bibit bicara seorang akhi. Sekian lama aku tidak mendengar perkongsian yang mengkagumkan daripadanya. Seperti yang aku jangkakan perkongsian daripadanya sentiasa lain daripada yang lain dan berjaya memancing mindaku.

Akhi itu kini berada di sem akhir kos sains sukan. Aku pada mulanya agak terkesima kerana jarang-sekali pelajar kos sains sukan akan bergiat aktif dalam gerak kerja usrah. Namun aku lagi terkesima apabila dia mengkhabarkan bahawa dia tidak ingin meneruskan pengajian dalam kos tersebut. Kenapa?

Kerana baginya dia tidak mampu. Bagaimana? Tanda tanya menghurung benakku. Kos sains sukan yang agak sosial. Membabitkan pergaulan bebas yang agak besar. Memerlukan mujahadah yang tinggi. Mungkin ada yang menceburi bidang yang berlainan dengan fikrahnya bertujuan untuk meyebarkan dakwah, menyambung sunnah rasulullah dalam kalangan manusia yang belum terbuka pemikirannya. Namun setiap gerak kerja islam harus dilakukan dalam berkumpulan, bersama sahabat- sahabat.

Ya, sudah tentu matlamat menyebarkan islam sukar dicapai jika dilakukan sendirian. Bahkan diri sendiri berkemunkinan besar terpengaruh dengan mereka yang sebaliknya. Memilih untuk berdakwah seorang diri merupakan satu cabaran yang sangat berat.

Sekarang baru aku memahami apa yang cuba disampaikan akhi tersebut. Dia seorang yang hebat, masih tidak mampu untuk berseorangan. Memilih untuk meneruskan gerak kerja islam bersama sahabat-sahabat.

Kami semua banyak dinasihati. Mindaku tercelik dengan kata-katanya.

"Sekiranya tidak mampu untuk melakukan kerja dakwah yang berat, pilihlah untuk mendakwah diri sendiri dahulu. Bila dah rasa kuat dan ada sahabat-sahabat disekeliling bolehlah kita teruskan agenda kita. Itulah pentingnya sahabat."

Bagaimana pula dengan diriku yang serba kekurangan ini. Aku yang masih menagih ilmu. Yang masih jahil dari ilmu agama. Aku yang dahulu berhajatkan berdakwah dalam kalangan teman-teman. Semuanya sukar kerana aku sendirian. Tersepit dicelah-celah kemaksiatan. Ramai yang aku dapati kecundang dan tewas. Tapi aku kini ditemani sahabat2 yang sering memperingati.

Terkadang aku terpaksa membutakan mata melihat gelagat mereka bertepuk tampar dihadapan aku. Mengharungi alam yang penuh sosial merupakan cabaran yang amat berat. Fuhh.. Mujahadah seorang insan yang lemah.

Selagi aku mampu mampu. Selagi aku bisa. Selagi hayat dikandung badan. Akan dipertahankan hidayah suci ini. Akan disebarkan cinta Allah ini.






Mencipta Diri

Awal semester dua.. genap sebulan sudah aku bergelar pelajar semester dua diploma sains geomatik.

Pejam celik, sedar atau tidak aku kini menempuh semester yang paling mencabar sebagai students geomass. Yaiya bah, masakan tidak, jadual kuliah aku jika sekali jeling macam ikan sardin sudaa. Dengan lp(latihan praktikalnya 3 kali seminggu. Haih ditambah pula dengan lp luar waktu pada setiap jumaat untuk kusudahkan denda cerapan matahari sebanyak 24 cerapan.

Bagi mereka itu mungkin cool. Berjemurkan panas mentari dengan berjaket merah. Menadah mata dibawah corong teleskop. Terkadang ternanti2 kemunculan sinaran mentari dibawah kepulan awan. Ya, tidak aku nafikan kerja2 itu menyeronokkan. Tidak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut. Mungkin ada segelintir yang tidak memahami kerja aku yang "COOL" ini. hehe. Semua itu dapat digambarkan dengan lelehan peluh mengalir didahi masing2, sambil mengeraskan otot2 betis mendaki aras aras 4 k0lej.

Itu hanyalah sedikit gambaran tugasan kami. Bekerja dalam kumpulan mungkin terkadang memberi tekanan dan masalah. Tapi sedikit sebanyak aku kini sudah boleh menerima semua itu sungguh "Cool".

Aku sering dinasihatkan supaya bersabar oleh ukhti-ukhti malah oleh saudara kandungku sendiri. Disebalik setiap kejadian yang berlaku pasti terselit seribu hikmah. Amat mempercayai kata-tersebut. Aku kagum malah berpegang dengan kata2 tersebut bagi mencari kekuatan.

Sejujurnya aku seorang yang lemah, kurang keyakinan diri. Pandai pun tidak sangat. Dulu aku tidak yakin boleh melakukan sesuatu yang berat.

Pernah kukhabarkan kepada diriku sendiri.
"Hoi! Kau ada bakat ke?" huish cermin pun lagi menyampah tengok diri aku.

Ini semua ayat-ayat manusia yang tiada matlamat.

Tapi baru aku sedar aku ada sesuatu yang jarang ada pada orang lain.Aku ada sahabat2 yang sentiasa memberi perangsang untukku. Mereka seolah-olah jaring2 yang muncul disaat aku hampir terhumban kedalam kawah berapi. Menyelamatkan aku dari terus terleka dan kecewa.

"Sebab itulah Allah hantarkan mereka semua untuk kamu, Allah sayangkan kamu" Kakakku pernah berkata demikian pada ku.

"Kamu pernah tak berhajat mencapai kejayaan macam yang kak capai hari ini?" soal kakak tersayang.Soalan apakah ini? Aku diam, ya mungkin pernah.

" Tapi sebenarnya kak nak jadi macam kamu." Sambung kakakku lagi. Hoh terkesima aku, kenapa nak jadi macam aku. Aku tiada otak yang bergeliga. Tidak petah berbicara sepertimu.

" Hoh nak jadi saya, haha buat apa, saya bukan ada apa-apa pun. Cakap pun tergagap2. Tapi kan saya bercita2 nak jadi seorang pendakwah yang hebat. Seorang yang bijak.Kagum saya tengok pendakwah2 yang hebat . Boleh ke hehe?"Kukembali tersengih2 teringat akan diriku yang sedari kecil berangan-angan memiliki otak insan2 yang hebat.

" Kita mungkin sering mahu menjadi orang lain. Sedangkan orang lain pula nak jadi macam kita. Jadilah diri sendiri" ujarnya kembali.

Aku terdiam. Ya benar kita mungkin sering mengagumi orang lain sehingga tidak dapat melihat kelebihan yang ada pada diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Cipta diri sendiri dengan unsur-unsur positif bukan unsur-unsur negatif.


Friday, 20 December 2013

Diterimakah Taubat Hambamu ini

"Allahurabbi.. bagaimana bisa aku tebus segala dosa-dosa ku. Layakkah aku menerima ampun dan belas kasih darimu." rintih seorang hamba dalam sujudnya menyembah ilahi. Kedinginan malam yang mencucuk hingga ketulang hitam sedikitpun tidak dihiraukannya. Hamba Allah itu kini hanyut dalam rintihan menanggung kesedihan. Ya, hamba allah itu kini menanggung bebanan yang amat parah.

Bahunya bergetar-getar dengan wajah bersihnya setia melekat ditikar sejadah. Allahuakhbar, bertapa dirinya menyesali dosa-dosanya. Walaupun kerap kali bibir itu menuturkan ungkapan menagih keampunan dari Allah  yang maha besar, namun dirinya masih dipukul rasa bersalah. Khuatir, apakah Allah akan menerima taubatnya? Apakah Allah menerima segala amalannya?

Sejadah putih bersih itu kian lencun dek air mata hamba menagih ampunan itu.

"Bagaimana bisa aku tidak bersyukur sedangkan Engkau tidak henti2 mencurahkan rezekimu kepadaku Ya Allah." Hamba itu tidak serik mengalirkan jejeran manik2 air mata taubat. Entah bila ajalnya akan dijemput. Sempatkan dia melangsaikan hutang2 dosa tersebut. Dirinya bagaikan tidak sedar diri. Jemarinya disusun rapat, dilayang tinggi menadah doa dalam esakan yang tiada kesudahan.

Ya Allah, ampunilah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Engkau sejahterakanlah kehidupan saudara2 dan sahabat2ku sekalian. Pancarkanlah cahaya hidayah kedalam hati2 mereka. Rahmatilah rasulullah kekasihmu yang sangat aku ridui. Ya Allah ampunkan daku yang tidak bisa menjadi hamba yang soleh. Ampunkan hamba yang tidak bisa menjadi zuriat yang sebaiknya untuk ibuku. Matikanlah aku dalam khusnul khatimah Ya Allah.

Friday, 29 November 2013

ERK.. SAYA IMAM?

"Adik inshaallah.. jadi imam." Seorang ukhti menepuk lembut bahuku. Aku yang sedari tadi berteleku diatas tikar sejadah agak tersentak.

"Erk, eh akak err..saya ke? Saya baru part 1 kak ehe. Tak biasa jadi imam lagi" Darahku mula mengalir laju ke muka. Imam? Tak terfikir langsung yang aku bakal ditolak menjadi imam pada minggu pertama pengajian.

"Eh takpe la dik. Yang tak biasa tu biasakan lah. Cuba ya." Lembut senyuman ukhti tersebut mengheretku dalam perasaan berbelah bagi.

"Aiihs, ehee kak saya ni bacaan pun tak bagus sangat. Ilmu pun haish.. Haa akak2 yang lain lagi ok rasanya." Ya Allah tolonglah aku. Hati menjerit penuh debaran. Senyuman yang cuba kumaniskan kelihatan sungguh menjengkelkan. Itulah aku kuat gelabah.

"Inshaallah, boleh la adik belajar jadi imam sikit2. Boleh la ye." Ukhti itu masih setia memujuk menambahkan rasa bersalah dalam kalbu ku yang bercampur baur dengan rasa gentar. Aku mengerling kebelakang dan bagian sisiku. Para jemaah kelihatannya sedang menunggu imam menapak kebahagian hadapan. Para ukhti juga sedang menunggu respons dariku. Why me? Kenapa aku? Apa salah aku? Ramai lagi orang lain. Waa!!

" Oh my god, Ya Allah tolonglah permudahkan urusanku. Uuu." Bisikku lembut. Kuhela nafas dalam-dalam sambil memejam mata.

" Inshaallah kak." Aku tersenyum kelat sambil menapak kebahagian imam. Ukhti2 tersenyum manis. Para jemaah yang berada disegenap pelosok surau perempuan itu bergerak memenuhi dan merapatkan saf. Dalam dada yang penuh debaran aku beristghfar beberapa kali. Kedengaran suara iqamah halus disisi kanan telingaku setelah mendapat isyarat.


Seusai berzikir aku bersalaman dengan para jemaah, menyalurkan rasa ukhwah dan cintaku pada mereka. Nikmat rasanya menjadi imam. Bukan tidak pernah kumenjadi imam. Selalu sahaja aku berjemaah dengan kakak tercintaku dirumah, cuma aku gentar melihat bilangan jemaah yang ramai pada kai ini. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku setelah kupermudah urusan orang lain.

" Uish!Ais ke apa ni? haha" usik seorang ukhti yang berbadan tinggi sewaktu bersalaman denganku. Merasai kedinginan jemari kontotku seperti bersalut ais. Aku tergelak kecil. Terpaksa dibongkokkan badan untuk melagakan pipi denganku. Maklumlah orang tidak cukup inci.. Wee!!

"Inshaallah dik lepas ni boleh jadi imam besar dah. Bagus dah bacaan tu, cuma masih boleh diperbaiki lagi " seorang ukhti berseloroh sambil menayangkan barisan gigi bersihnya.

"Wuish! Akak jauh panggang dari api. Imam kecik pun bagai nak rak dah. Haha!" aku berperibahasa yang aku sendiri pun tidak mengerti maknanya. Lantaklah.

Pengalaman kali pertamaku menjadi imam disurau sungguh mendebarkan dan menyeronokkan..kot.. Saya tidak pernah pun terfikir akan mengalami peristiwa menjadi seorang imam kerana saya seorang perempuan. Itulah dia selama ini sakan aku bergelak memtertawakan abangku apabila diceritakan peristiwanya dipaksa menjadi imam kerana memakai jubah dan seban. Hah amik kau. Tapi alhamdulillah sekarang ini aku sudah mula membiasakan diri. Pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga bagiku. Inshaallah.

Thursday, 28 November 2013

ENTAH ADA APA DENGAN CINTA

 Assalamualaikum.. Sudah sekian lama jemariku tidak mengetuk papan kekunci laptop. Begitulah sudah begitu lama tidak kuupdate blog ini semenjak bergelar mahasiswa. Agaknya sudah boleh aku membersihkan sawang2 yang berserabai dalam blog ini. Labah2 juga mungkin sedang bahagia berumah tangga.

  Entry aku kali ini sekadar untuk luahan hati sendiri sahaja. Tiada apa2 yang penting untuk dibicarakan. Sekadar untuk menghidupkan kembali blog terbengkalai ini mungkin. ewah..

  Aku ingin sekali menyentuh soal cinta. Ada apa ya dengan cinta ini.? Entah.. cinta apa yang dimaksudkanmu? Aku tidak ngerti pada awalnya. Bagaimana rasanya cinta? Dan apa syaratnya cinta itu?

   Kulihat remaja berlainan jantina berkepit sana sini. Meluahkan sayang dan janji2 manis. Malah dengan sewenang- wenangnya bersentuhan. Tiada lagi batas bergaulan dan dosa. Apakah ini yang dinamakan cinta?

    Seringkali aku tercari-cari makna cinta yang sebenar. Bukan mencari cinta dusta dan dosa manusia yang bakal berdepan azab Allah swt. Rupanya cinta itu sebenarnya amatlah indah, suci dan membahagiakan. Ia tidak buta, bahkan tiada istilah cinta buta kerana cinta itu sungguh mulus dah suci yang Allah swt hadirkan dalam hati hamba-hambanya yang bertakwa.

    Ya, cinta suci itu adalah dimana perasaan cinta itu sentiasa meletakkan Allah sebagai yang utama. Allah adalah cinta pertama manusia seharusnya. Barulah diiringi oleh cinta kepada manusia dengan menjadikan Allah swt sebagai dasar cinta itu. Sungguh tidak dapat kubayangkan keindahan cinta itu jika demikian.

    Benar, cinta itu tidak salah. Cinta itulah adalah fitrah setiap manusia. Tetapi ia harus dijaga sebaiknya kerana cinta itu boleh bertukar menjadi syaitan jika diikut hawa nafsu.

    Kau bercinta? sudah tentu boleh. Tetapi ikutilah syariat islam. Apakah kau mampu untuk menjaga pandangan? Mampukah kau menjaga hati? Mampukah kau menahan diri dari menghantar sms kepadanya? Mampukah kau menahan diri dari bertemu dengannya? Sudah luluskah ilmu fardhu ainmu? Sudah stabilkah ekonomimu? Sudah bersediakah kamu untuk memperisterikanny??? Sudahkah kamu?

    Jika sudah bersedia dengan segala bekal iman dan takwa dan lain2 aspek silakan. Jika tidak mampu biarkan dulu. Simpan perasaan itu dalam2 didalam hati. Sekadar minat dan suka tidak salah tetapi jangan sekali-kali diluahkan sekadar untukmengundang reaksi. Persiapkan diri dahulu. Allah maha mengetahui perasaannmu. Sekiranya tiada tempat untuk meluahkan perasaan itu luahkan kepada Allah swt. Kerana Dialah yang menciptakan rasa cinta itu dalam hatimu.

    Jangan kau cemarkan cinta Allah yang suci itu. Bersabarlah. Utamakan perkara yang penting dahulu dalam hidupmu. Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang dicintai. Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta yang paling agung dan kudus kerana ia kekal hingga kesyurga.

Sunday, 4 August 2013


Hari-hari terakhirku menanti pulang beraya dirumah. alhamdulillah sempat merasa beriftar bersama classmates geomass. Thanks korang di atas juadah yang very superb tu nah. Selamat beraya ye nah. Hangpa semua xboleh nak beraya sangat. Test lps raya.. ok inshaallah. sisa2 ramadhan yang ada ni, kita pulun dan kejar untuk beribadat ye..;)

Friday, 19 July 2013

Tetamu yang kurindui

    Alhamdulillah, sedar tak sedar hari ini sudah menjangkau hari yang kesebelas aku menyusuri bulan ramadhan.  Cepatnya waktu berlalu tidak terasa. Target aku untuk memaksimumkan penyerahan jiwa dah rohaniku kepada Ya Razak pun tidak tercapai dek kesibukan dengan pelbagai urusan. Terasa agak terkilan namun harus aku terima dengan lapang dada bahawa inilah hakikat kehidupan seorang mahasiswa. Walaupun begitu waktu yang terluang diisi dengan amalan yang termampu aku lakukan dengan keaadaan diri yang tidak berapa rajin.

        Alhamdulillah setiap malam masih sempat bertadarus. Tarawih pun masih mampu ditunaikan setiap malam. Kerap kali juga aku dijadualkan menjadi imam tarawih disurau perempuan sehinggakan tidak berkesempatan untuk bertarawih di surau utama uitm.  Kadang2 bila aku reflect diri balik terasa begitu banyak kekurangaan yang aku lakukan dibulan penuh rahmat ini.Inshaallah masih sempat lagi untuk kita sama2 memperbaiki diri. 

     Rindu aku untuk berpuasa dirumah bersama keluarga hanya Allah yang tahu. Acap kali juga deringan telefon bimbit ibuku bergema dikampung menanti panggilan daripada aku disahut. Mendengar suara lembut dan ramah ibuku terkadang melonjakkan hati kecil ini gembira, terkadang rasa sayu dan sebaknya mengatasi segalanya. Kasih seorang ibu sememanngnya tiada galang ganti. Haha, baju raya pun ibuku sudah hantarkn kpd tukang jahit tanpa aku ketahui. Tidak sabar menanti hari raya. geeh.. 

 Sejujurnya ini merupakan ramadhan aku yang paling sunyi, suasana ibadah ramadhan di bangku sekolah dan ipt berlainan sekali. Kalau dulu bulan ramadhan kami hayati bersama2. Semua sahabat karib turut serta dalam semua program ibadah.yang dianjurkan. Inshaallah aku tetap juga akan mencari erti ramadhan yang sebenar disini.

       Hurm ayat sedih jer.. memang sedih ponn.. nak balik oiii.. sob3.. Maaflah kalau ada sesiap yang terbaca entry yang menjengkelkan ini,, ini semua memang poyo, mungkin penulis dalam keadaan sebaruh sedar.. apa yang baik tu angguk kepala dan iyakan.. yang teruk2 tu geleng laju2 dan abaikan.. haha Mood penat dan tekanan melampau.. minggu padat dengan test n submition of assignment pd waktu yang sama. ALHAMDULILLAH masih kental.. Inshaallah ASSALAMUALAIKUM..

   
   

Sunday, 23 June 2013

Belajar jangan stress2

Lama x update blog. Assalamualaikum. Maklumlah sejak bergelar mahasiswa tugasan semakin bertambah. Lecurer pun mula mengagihkan assignment dan tutrial. Risau dengan diri sendiri. Khuatir kalau rasa malas datang tiba2. Tapi malas malas aku pun aku yang siap dulu tutorial. hee  ehem riak. Tak gurau.

Bukan apa, aku cuma rasa seperti aku tidak sedarkan diri disini. Ya! sudah tentu tanpa kehadiran sesiapa untuk mengingatkan aku. Ingatkan pada sesuatu yang benar. Kadang2 terhanyut juga dengan suasana ditempat baru ini. Tapi aku masih selamat. hurm. Tiada lagi anasir luar yang mempengaruhi aku. 

Aku tetap nakal dan degil. Yup. Aku akan tetap dengan pendirian. Takkan mudah mengalah. Perangai lama aku memang tetap ada dalam diri. baru aku perasan. Aku memang susah nak menghadap buku lama2. Tapi aku tetap nak siapkan juga tugasan yang diberi. Sampai satu tahap aku sudah sampai kemuncak stress bagai, tak sedar pula roomate disebelah aku disergah. Terperanjat kawan kita. Nasib baik dia sporting. Aku minta maaf je lah sebab tak sedarkan diri. Lepastu kami gelak. hee sory kawan. Aku memang macam ni.

Ok stop! jangan beralasan. 
Tips nak hilangkan stress aku bila study. Pergi toilet basuh muka. Kalau tak hilang juga masuh anggota badan yang panas. Ambil wuduk terus la. Iblis banyak time tu tengah gelakkan kita. Muslimah harus kuat lawan diorang. Masa study tu boleh la dengar muzik2 instrumental yang berlagu perlahan. Makan coklat untuk hilangkan tekanan. Sambil senyum tau. Senyum kat roomate disebelah. Jangan lupa doa dulu sblm start study. Niat biar betul2 ikhlas nak faham. 

Study la dengan tenang lepas tu. Kalau boring goyang2 kaki. Kalau panas cari tempat sejuk. Nah pergi library lagi senang. Suasana belajar yang effektif. Ada aircond. Kalau tak kuat iman boleh tertidur pulak. Dah jangan main2 waktu belajar. Harus fokus. Ingat belajar Lillahitaala.Tu cara saya la. hee Jom belajar rajin2. 

Saturday, 15 June 2013

Takkan habis nikmat allah dihitung

Manusia diciptakan dimuka bumi sebagai makhluk yang sangat-sangat memerlukan penggantungan. Tidak bisa hidup dengan bersendirian. Setiap insan semestinya akan bergantung kepada setiap perkara. Daripada penggantungan kepada manusia sehinggalan kepada penggantungan terhadap harta, barangan dan semua perkara. 

Terkadang manusia lupa disebalik setiap penggantungan tersebut ada tempat bergantung yang paling agung 'Allah'. Lupa dan menafikan kebergabtungan tersebut. Mari duduk dan cuba renung2kan. Pernahkah dalam sehari kita langsung tidak bergantung pada Allah. Pada hakikat sebenar jawapannya adalah tidak. 

Pada setiap detik dan saat kita telah meletakkan penggatungan pada Allah tanpa kita sedari. Saudara ku, kita bergantung pada nikmat dan rezeki Allah yang tidak pernah putus. Allah yang maha adil dan pemurah tidak pernah menangguhkan nikmatNya untuk hamba sekalian walau sekufur mana pun hambaNya itu. Udara yang kita sedut sejak lahir sehingga ke hari ini adalah nikmat agung Allah yang tidak pernah putus. Andaikan Allah menangguhkan nikmat udara kepada hambanya, tentu melayang nyawa tidak sampai lima minit.

 Sebanyak manapun nikmat yang dikejapi manusia tidak mampu untuk bersyukur. Takkan habis nikmat Allah dihitung walau sampai hujung nyawa. Wahai manusia sekiranya kamu mahu berlaku ego dimuka bumi ini silakan keluar dari bumi Allah ini.Kemana akan kamu pergi sedangkan seluruh alam semesta ini adalah milik Allah swt.

Kita hamba yang kerdil lagi hina ini masih boleh menafikan pemberian Allah. Putus harapan pada Allah dan menolak untuk berdoa kerana tidak dimakbulkan olehNya. Rugilah bagi orang2 yang cepat putus harapan. Allah swt akan memakbulkan doa hamba2Nya walaupun bukan dengan segera. Dia telah mengatur dengan baik setiap urusan di dunia ini. Inshaallah doa2 itu akan dimakbulkan Allah pada masa yang sesuai dan tepat. Jadi teruskan berdoa  dengan bersungguh2 dan kejarlah redha Allah.


 Cuba renungkan balik, adakah kita seorang hamba yang baik, anak yang baik.  Aku sendiri mengakui yang aku ini bukanlah seorang hamba yang taat. Bukan anak yang soleh. Segala suruhan Allah masih belum aku turuti. Terlalu jahil terasa diriku untuk menaip di atas keyboard ini, tidak pantas untuk aku pamerkan blog ini untuk tatapan umum. Aku hamba yang lemah, malah aku menagih bimbingan dari orang ramai. Terkadang aku lemah ketika ditikar sejadah. Memikirkan nasib hamba yang hina sepertiku. Terampunkah dosa2 hamba jahil ini. Air mata yang aku rembeskan pun mungkin tidak mampu melenyapkan dosa2 yang tidak terkira banyaknya..

Pada ibu bapa lagilah menyanyat hati aku. Bila difikirkan kedua insan mulia ini aku dihurung rasa bersalah dan hiba. Masakan tidak, aku belum mampu menjadi anak yang baik untuk mereka. Kata orang seorang anak yang baik adalah anak yang menuruti kata2 kedua ibubapanya dan memenuhi segala permintaan mereka. Sering kali aku gagal berbuat demikian. Kecewakah mereka denganku. Aku gagal menghadiahkan mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Menggunung harapan mereka untuk melihat aku berdiri di atas pentas sebagai terbaik. Melihat cahaya matanya menjadi seorang doktor. Jangan sedih ayah dan ibuku. Inshaallah suatu hari nanti akan hadiahkan kalian dengan kejayaan yang lebih besar lagi.

Rezeki Allah itu luas, sekiranya tidak diberi hari ini inshaallah pada lain kali. Terus sabar mengharap pada Allah. Pahala orang2 yang sabar akan terus mengalir pada kita.

Saturday, 8 June 2013

TIDAK KENAL MAKA TIDAK JATUH CINTA

 Alhamdulillah, sekarang ni aku sudah selamat sampai ke uitm. Walaupun pada awalnya agak berat bagi aku untuk menjejakkan kaki kesini, tetapi segalanya berjalan lancar sekarang. Minggu orientasinya agak menguji mental dan fizikalku dengan kaki yang masih melecek sehingga ke hari ini. Benarlah kata orang bumi arau ni panasnya tidak dapat dinafikan. Kalau dipecahkan telur atas bonet kereta pensyarah memang masak la gamaknya. 

   Aku sendiri pun sudah kenal sedikit sebanyak tentang kos sains geomatik yang bakal aku bawa melalui penerangan kakak2 dan abang2 oc. haha malu pula apabila diingatkan balik diri aku yang sibuk bertanya tentang kos ini pada orang lainsebelum ini. Nasihat buat diri aku, jadilah seorang yang berani. Berani mencuba sesuatu yang baru. Jangan cepat jadi pengecut dan kalut. Jangan katakan tidak mampu sebelum mencuba sesuatu itu. Kenali dahulu perkara itu. Tak kenal kan maka tak cinta. Inshaallah aku ingin bercinta di uitm perlis ini. Aku akan jaga cinta ini seelok2nya agar ia tidak lari. Bercinta dengan geomatik. Dengan Arau. Dan pekara yang paling penting akan aku jaga cinta Allah seeratnya. Ya Allah pimpinlah hati hambamu ini. Semoga dengan hijrahku kesini akan menjadikan aku lebih mengenalimu.

   Sungguh, Arau tidak seperti yang aku sangkakan sebelum ini. Bagiku ia sebuah tempat yang cantik. Walaupun panas terik yang melampau, dengan izin Allah kawasan ini indah terjaga dengan pohon2 hijau yang banyak. Macam  dusun pun ada. Sejuk mataku memandang. Inilah kali pertama berdepan dengan kampus yang luas dengan deretan kenderaan yang lalu lalang. Dalam sehari mungkin berkilometer akan aku lalui.

   Kos geomatik. Nama yang kedengaran gah tetapi hakikatnya hanyalah ukur tanah. Huhu. Sedikit sebanyak keterangan yang aku perolehi daripada senior, aku bakal menadah muka dibawah matahari dengan mencerap matahari, remote sensing dan macam2 yang aku lansung tidak faham. Apa yang membuatkan aku menelah liurku adalah setelah dikhabarkan bahawa 'kamu semua nanti akan jadi kurus dan hitam'. Hehe menarik. Andai aku sebiji telur bukan setakat masak tapi hangus la alamatnya. Telur hangit.

   Sejujurnya aku dan kebanyakan pelajar yang mengambil kos yang sama tidak tahu menahu tentang kos ini. Awalnya aku agak terkejut mengetahui yang majoriti pelajar baru mengambil kos ini. Malah fakulti kami adalah yang paling ramai sehingga terpaksa dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan dengan suka cita dan tidak malunya aku mengumumkan aku berada dalam kumpulah E. Aku agak blur dan rasanya tidak perlu dilanjutkan lagi. Seperti biasa majoritinya kos ini dipelopori oleh kaum adam dan kami sebagai kaum hawa hanyalah enam orang dalam kumpulan. Ada ku kesah. Apa yang penting adalah kualiti bukan kuantiti diiringi semangat yang kental. Percayalah kamu boleh.  

   Sedikit sebanyak warkahan aku dilaman blog ini, bukan untuk mencari publisiti bukan juga untuk menunjuk2.Tetapi hanyalah untuk tatapan para sahabat yang aku rindui dan mungkin merinduiku. Serta saudara seislamku.' Ceh poyo'. Hee. Betul ni betul. Hakikatnya aku hanya seorang anak kecil yang masih menagih kasih ibu bapa.  Ya Allah Ya Rahman lindungilah kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil dan Kau ampunilah segala dosa mereka. Perkenankanlah Ya Allah. Rindu pula akupada ibubapa serta abang2 dan kakak2 aku walaupun kerap bergaduh dirumah. 

    Buat sahabat2 dan saudaraku semua walau dimanapun kalian berada jagalah sahsiah dan iman mu. Buat saudari wanita jagalah auratmu selalu. Manisnya kamu bertudung dan berbaju labuh manis lagi nikmat syurga Allah yang menanti. Jadilah wanita solehah. Jagalah batas pergaulanmu agar tidak terlalu bebas bergaul dengan kaum adam. Solat lima waktu jangan diabaikan. Jaga rukun solat dan serikan lagi dengan solat2 sunat. Tambahkan juga ibadat2 sunat dalam harimu agar hatimu lebih bercahaya. Inshaallah  kamu akan selamat didunia dan akhirat. Peringatan buat diri aku sebenarnya serta sahabat2. Inshaallah aku ingin kita sama2 mengejar redha Allah. Cemerlang didunia dan diakhirat. Dapatkan anugerah Dekan sem ni. hehe

Tuesday, 21 May 2013

Uitm Pilihan Aku Akhirnya Inshaallah

     Akhirnya aku pilih UiTM Arau Perlis. Ya Allah berat sungguh untuk kubuat keputusan pada awalnya.  Uitm atau metrik. Aku ditawarkan ke Matrikulasi Melaka. Kalau diikutkan kehendak hati memang sah sah dari awal lagi aku tolak matrik. Alasannya aku sememangnya tidak mampu menguasai subjek biologi dengan baik. Pencapaian aku dalam pelajaran pula sederhana sahaja. Memang tidak la hendak masuk list pelajar2 genuis . Jadi aku memilih untuk menunggu result upu terlebih dahulu.





     Nah, tup tup result upu aku terpilih ke uitm arau di bawah program diploma sains geomatik. Ya Allah kos apakah ini! Tidak tahu menahu tentang kos yang ditawarkan, aku google sahaja di internet. Erk,berjam-jam aku habiskan untuk melawati blog pelajar2 yang mengambil kos yang sama. Gulp! Beberapa kali aku menelan air liur tatkala terbaca post2 dan komen2 negatif. Kebanyakan pelajar perempuan akan menyatakan bahawa kos ni agak hands on. Tidak sesuai untuk perempuan la. Banyak turun padang main panas. Banyak mengira. kalkulator tidak lekang la dari tangan. Perlukan kekuatan mental dan fizikal. Boleh menangis alamatnya. Arau pula jauh dari bandar dan tidak maju. Letaknya berdekatan dengan thailand, sudah tentu panasnya tidak dapat dinafikan lagi. Bermonsum tropika. Ada pula yang mensyorku supaya kematrikulasi sahaja. Mampukah aku. Aku hampir menukar fikiran aku untuk apply matrikulasi, tapi belum sempat la. My sis yang bertindak sebagai motivator segera mencuci fikiranku yang bercelaru. Nak sambung belajar ni harus buat pilihan yang betul. Harus kuat semangat. Kalau tak menangis tengah jalan lah alamatnya. Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini kalau hendak diikutkan.





    Aku bernasib baik kerana masih ada my sis untuk menolongku.Ditanya kenalan2 dia tentang kos yang aku dapat ini. Siap post di fb lagi. Huu.. Terharu sungguh aku. Melalui my sis ni aku dapati kos ni agak menarik. Arau pun sudah maju sekarang dengan pelbagai kemudaha infrastruktur.Aku yakin walaupun dengan bertudung litup aku mampu untuk menyahut seruan kos ini. Kawan2 pun setia menyokong aku. Thanks korang sebab tolong aku buat pilihan. Inshaallah walaubagaimanapun istikharah ada jalan penyelesaiannya. Pada awalnya aku yang gemar berfikir dan berimaginasi ni mula lah terbayang akan keadaan yang bakal aku tempuhi. ' kos tu ramai lelaki', ' boleh ke perempuan macam aku go on dengan kos ni',' dah la pakai tudung labuh, macam mana nk jadi muslimah'.. wekk ayat nak kene fire. Kalau la semua muslim dan muslimah memilih kos agama, siapa yang akan berdakwah untuk kawan2 dalam kos lain. Alhamdulillah imagiasi aku tidak trbang terlalu jauh, my sis sekali lagi memotivator aku.. Kalau imaginasi positif haruslah, dapat meningkatkan perkembangan otak. Aku harus lebih banyak berfikir positif dan bersangka baik untuk menempun kancah kehidupan di ipt yang penuh cabaran. 





        Alhamdulillah aku pilih uitm. Ini kalilah hendak mencuba sesuatu yang baru. Jangan jadi penakut sangat. Kini aku betul2 akan ke uitm. Aku hanya mampu mengharap pada Allah sahaja nanti untuk mengiringi setiap perjuangan aku untu menuntut ilmu ditempat orang. Borang sudah diprint, medical check up pun sudah, akaun bank islam sudah dibuka, gambar sudah diambil, pengesahan pun sudah, borang yayasan inshaallah siap. Tinggal hendak bank in yuran je. hee memang sudah jadi pergi la tu. Inshaallah 2 jun daftar. Thanks kawan2 yang sudi baca  post ni. Sahabat2 semua doakan kejayaan saya, saya doakan kamu juga. First of all thanks to ALLAH.

Saturday, 18 May 2013

Belum Gagal Lagi

      Pejam celik pejam celik memang aku tak nafikan masa berlalu dengan begitu pantas. Haish.. Berapa banyak aku mengeluh pun tiada apa yang boleh aku sesali.. Inshaallah diri aku yang sekarang ni adalah Aku yang tidak mudah melatah dah kecewa dengan kegagalan. Kini baru aku sedar kegagalan akan hadir dan mengekori setiap langkah dalam hidup aku untuk menguji dan mencabarku. Tidak mengapa wahai kegagalan, aku malah bersyukur dengan kehadiran kau. Kerana kau aku mempelajari banyak perkara. Untuk tidak leka dengan kejayaan dan kebahagiaan. Aku sedari kini bahawa kebahagian juga merupakan satu ujian yang sangat bahaya. Terima kasih untuk kegagalan yang mengiriku, membuatkan aku lebih matang. 


     Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kalau dulu gagal itu seolah-olah satu lubang hitam yang gelap bagi aku. Tiada jalan keluar malah aku bakal terperangkap selama-lamanya dalam lubang tersebut. Nah kononnya hidup aku sudah berakhir. Tiada masa hadapan. Aku sendiri pernah mengalami beberapa kegagalan dalam hidup. Aku tidak segan untuk mengatakan bahawa aku pernah memperolehi keputusan yang teruk dalam peperiksaan besar yang aku anggap bakal mengubah nasib hidup aku. Aku silap, aku lupa bahawa selagi aku hidup aku masih bisa mengubah nasib diri aku. Aku lupa bahawa perancangan Allah begitu teratur dan luas. Hidup manusia akan beralun2 seperti ombak, ada ketika akan keatas dan ada ketika akan ke bawah. Ada permulaan, kemuncak, klimaks, dan penutupnya. Hanya dengan usaha kita untuk mengatur jalan hidup kita dan Ya Razak untuk menentukan.

      Walaubagaimana sekalipun, aku yakin yang hidup setiap orang itu sangat istimewa. Tidak usah mengeluh, berusaha akan ada jalannya. Aku juga ingin mencelah dikesempatan ini untuk mengkhabarkan kejayaan aku terpilih untuk menyambung pengajian aku di uitm. haha thank you Allah. Walau dengan pencapaian yang tidak seberapa aku masih diberi peluang. Sungguh luas rezekimu Ya Allah.

Saturday, 6 April 2013

Membina genetic diri ala rasulullah

Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi kita di lembaran ini.  perkongsian kali ini ialah membina genetic diri ala rasulullah. Genetic disini membawa maksud sifat semulajadi yang ada pada diri kita. walaupun kita pada asalnya tidak memiliki sifat2 ni, tetapi ia boleh dibentuk jika kita mempunyai keinginan yang kuat.. insyaallah..


     Genetik yang pertama ialah senyumm..  senyum :)..Sebagai insan yang normal kita memang diperuntukkan untuk tersenyum.. hm.. masakan kita takboleh nak senyum pada orang lain sedangkan rasulullah itu tidak pernah lekang senyuman di bibir... sahabat2 rasulullah sendiri pernah berkata bahawa mereka tidak pernah melihat rasulullah bermasam muka walau sekejap.. subhanallah.. itulah rasul kita.. sentiasa sabar dan bermanis muka walhal baginda dicaci maki. Jadi kita sendiri yang amal pun entah banyak mana dan entah diterima atau tidak, takkanlah tidak boleh tersenyum hah.. mungkin kadang2 kita sukar untuk tersenyum disebabkan terbawa2 oleh situasi.. nah lebih2 lagi time amarah menguasai diri.. istighfar sahabatku.. tp insyaallah masalah kita banyak dapat diselesaikan dengan bermanis muka. Jangan kerana masam mencukanya muka kita menyebabkan diri kita sukar didekati. malah mungkin kehilangan sahabat atau tidak langsung memiliki sahabat..

      Merendah diri.. dalam hidup ini setiap manusia harus memiliki kesedaran diri dan merendah diri. Ya, perlu bagi diri seseorang yang bergelar insan. Namun begitu merendah diri bukanlah dengan seseorang itu menjatuhkan keyakinan dan martabat diri sendiri.Haa jangan disalah fahami pula konsep merendah diri ini. Kita diciptakan oleh Ya Razak dengan potensi diri dan bakat masing2 yang merupakan anugerah teristimewa.Terutama kita umat islam yang sentiasa boleh. :) harus memiliki keyakinan diri yang mantap, tetapi harus hadir bersama rasa rendah diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang kerdil.Tidak kiralah walau siapa diri kita sekalipun. Kaya atau miskin. Anak datuk atau tukang kebun sekalipun. Kita harus ingat. Disisi Allah swt kita semua sama sahaja. Apa yang membezakan Setiap manusia hanyalah amalan dan ilmu. Jadi tidak perlulah rasanya untuk kita merendah diri sampai menghina diri sendiri. Kita semua hebat laa..

      Qanaah dan berlapang dada bukankah perkara mudah untuk dikecapi.Redha dengan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri. dan dugaan yang menimpa diri. Memang benar sukar untuk berlapang dada, kerana ia perlu disertai dengan sifat ikhlas dan sabar. Saya sendiri terkadang tidak dapat menerima dan bersabar dengan ujian yang menimpa, mempersoalkan sesuatu yang tidak dapat dimiliki dan apabila hak kita diambil orang lain. istighfar.. Sekiranya perasaan tersebut menimpa diri kita, kita sebenarnya sedang mempersoalkan kejadian Allah swt. Kita harus ingat disebalik setiap ujian yang menduga tersisip hikmahnya. Allah telah mengatur yang terbaik untuk diri kita. Bersabarlah.. disebalik hujan yang renyai akan disusuli pelangi nan indah.

     Bersangka baiklah kamu, HUSNUZONlah. Bersangka baik pun bukan perkara enteng. Tidak mudah, sebab kadang2 apabila kita melihat orang lain melakukan sesuatu yang mencurigakan. si iblis akan dengan cepat datang membisikkan syak wasangka ke telinga kita. Itulah iblis yang telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Adam. Tidak berakhir disitu sahaja malah daripada syak wasangka akan bercabang kepada GHIBAH( mengumpat). Free2 dapat dosa berganda. hm2. Walaupun kita tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh seseorang itu,sentiasalah bersangka baik. Namun begitu  tugas amar makrur nahi mungkar jangan diabaikan. Selidik dahulu sesuatu perkara itu.. jangan menabur fitnah sudah..

      Last but not least,perkara yang harus dititikberatkan disini ialah menjaga rahsia. Rahsia merupakan satu amanah yang sangat berat. Maka amanah itu harus dipikul dengan sebaik mungkin.Jika sekali kita pecahkan rahsia seseorang, sampai bila2 pun diri kita akan tidak dipercayai lagi. ibarat walaupun  banyak kebaikan yang kita lakukan tetapi disebabkan satu keburukan yang kita lakukan orang lain akan tengok keburukan itu.. manusia.. macam tulah.. seputih2 kertas orang tak perasan pun tapi setitik dakwat yang kecil di atas kertas tersebut orang nampak pula..diri sendiri pun sama... huuuu..

     Insyallah coretan saya yang tak seberapa ini setakat ini sahajalah. Sesungguhnya yang baik itu datang drp Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Wednesday, 3 April 2013

senyum wahai teman





Senyumlah selalu.. Allah bersamamu... sesugguhnya allah itu maha penyayang dan pemurah dalam setiap perkara.. 
Masakan tidak Dia mengurniakan aku dengan tubuh badan yang sihat, rezeki yang tidak putus2..
Dan yang aku paling syukuri ialah Dia mengurniakan aku bibir untuk terus tersenyum dan hati untuk mencetuskan rasa bahagia bagiku..
Malah aku cukup bersyukur.. Aku masih bisa berbicara dengan girang.. dan terus tersenyum..
Subhanallah senyuman yang Allah ciptakan bagi diriku ini mampu membuatkan sahabatku gembira..
Hanya dengan senyuman rasa amarahku akan terhapus secara beransur2..
Aku juga bisa menyeyembunyikan rasa gundahku disebalik senyuman..
Sungguh kuat kuasa senyuman..
Caj2 positif terkandung didalam setiap senyuman itu... yang mampu disebar dari satu hati ke satu hati..
Tunggu dan lihat sahajalah keajaibannya..
Senyuman akan terkoyak dari bibir ke bibir..
Inshaallah aku akan terus tersenyum.. mengukuti sunnah rasul..

Hijrah imanku



.
Hijrah dari istilah syarak maknanya perpidahan rasulullah dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah... haa.. itu pada zaman rasulullah.. zaman sekarang ni ada lagi ke hijrah yang macam tu... eehh adalah.. hijrah kejalah Allah swt.. dan dengan niat yang bersungguh2 kerana Allah swt demi mengejar redhanya..

Inshaallah setiap insan akan melalui hijrah.. berhijrah dari sikap yang buruk kepada yang lebih baik.. yang kurang amal memperbanyakkan amal.. dan bla.. bla.. macam2 lah hijrah ni..
Saya sendiri pun insyaallah sedang berusaha untuk berhijrah.. hijrah hati.. iman.. 
Masih ingatkah kalian saat pertama kali cinta kalian bertasbih.. bukan filem indonesia tu hee.. yang  saya maksudkan ialah saat pertama kali cinta kalian bertasbih kepada Allah.. disaat keinginan untuk dekat dengan Allah begitu kuat sekali..
Malah hati akan berasa begitu tenang sekali apabila kita menjejakkan kaki kerumah Allah.. dalam sujud hati terasa dekat dengan Allah dan tadahan doa pula mencetuskan rasa syahdu yang teramat sangat..
Subhanallah ketika itu Allah telah menyalurkan nur hidayahnya kedalam hati hambanya..

Saya masih ingat lagi ketika perasaan itu hadir ke dalam hati ini.. waktu itu di zaman sekolah lagi.. Ia bermula dengan sebuah buku karangan Fatimah syarha yang bertajuk Pemilik Cintaku Setelah Allah dan rasul.. hee terasa amat jahil diri saat itu.. selepas itu saya cuba bergaul dengan budak2 surau.. ceehh.. diorang la yang banyak memberi tuntuk ajar pada saya... thanks korang sebab ajak saya solat subuh kat surau hari2.. thanks jugak ajak saya baca ma'tsurat lepas solat subuh dan asar.. ajak solat sunat.. solat hajat... tak lupa pada kakak saya.. sebab ajar saya cara tutup aurat yang betul.. bagi tafsir quran selalu bagi nasihat sebab saya ni degil dan keras kepala.. xtahu macam mana nk ucap terima kasih.. terbaik lah korang hehe.


Haish.. waktu di menengah atas saya mula mengikuti program usrah.. hah jadi naqibah pulak.. Ya Allah xboleh dinafikan, memang seronok la usrah ni.. rasa ada ramai sahabat.. semua baik2.. ambil berat.. hee  tapi bab yang agak sukar bagi saya ialah untuk tukar saiz hijab.. konon malu tapi mahulah.. errkk.. tapi sebab saya nak, jadi saya nekad.. berminggu2 saya simpan jilbab baru yang putih bersih dan bersaiz agak besarr.. haha akhirnya pakai jugak.. mula2 pakai 2 rasa seronok.. tapi malu lah jugak ad orang tegur2.. eeekk dah la panggil langsir.. hee takpelah.. yang penting saya rasa selesa sangat.. dan selamat.. macam dah lupa rasanya pakai tudung yang sebelum ni.. inshaallah saya harap boleh istiqamah.. Jangan malu untuk buat benda yang betul.. kalau benda yang kita buat 2 betul buat je.. jangan fikir apa yang orang nak kata.. hehe.. POSITIF