Wednesday, 25 December 2013

Terkadang ingin kutulis

Aku ingin menulis. Aku terus menulis. Terkadang tiada apa untuk kutulis. Sendi-sendi menolak tanganku untuk menulis.

Dengan minda yang terawangan. Kutulis apa yang melintas di ruangan minda. Tiada gaya bahasa yang cantik. Tiada bakat untuK menulis. Aku terus menulis. 

Terkadang kupadam kembali tulisan aku itu. Malu sekiranya tersiar kepada orang lain. Menulis satu kepuasan bagiku. Dimana-mana sahaja aku bisa menulis. Bisa sahaja mereka yang lain memandang enteng penulisanku. Tida seni. Biar sahaja.

Mungkin bakat itu tiada. Aku tidak berimpian menjadi penulis. Aku ini menulis untuk kepuasan. Ia bukan juga rutin ku. 

Aku tidak berhajatkan sesiapa mengenaliku. Cukuplah untuk aku sendiri mengenali diriku. Mendalami diriku sendiri. 

Aku inginkan sebuah keyakinan. Aku impikan keberanian. Mengimpikan keistimewaan atau bakat yang bisa berguna untuk diriku, atau orang lain. Mencari erti dan fungsi hidup didunia.

Apakah erti hidup sekiranya tiada matlamat dalam dadaku. Mahu menjadi bonekakah? Atau kah seperti lembu yang mengunyah setiap masa. Berkeakhiran disembelih manusia.

Sebenarnya, aku.. manusia bukan seperti manusia sekiranya tiada Ya Rabb dalam jiwa dan kehidupan aku.

Ya,, Aku temuinya.. Hidup aku bukan untuk diriku. Bukan untuk sesiapa.

Tapi.. untuk ALLAH  Ya Razak..



Saturday, 21 December 2013

usrah yang dinanti

Rindu yang bersarang dihati akhirnya terlerai jua. Rindu yang luar biasa bagiku. Rindu untuk bersama2 sahabat tercinta berkumpul dalam usrah kami.

Walaupun kami menghadapi pelbagai kekangan, namun Allah tetap memilih kami untuk bertemu di BK10 pd malam itu. Usrah pada kali itu agak lain daripada biasa kerana bergabung dengan muslimin dalam kuantiti yang agak besar. Usrah gabungan. Lebih kepada untuk membuka minda kami sebagai adik2 ta'arif 2. Ceh adik.

Ingin sekali aku kongsikan sedikit bibit-bibit bicara seorang akhi. Sekian lama aku tidak mendengar perkongsian yang mengkagumkan daripadanya. Seperti yang aku jangkakan perkongsian daripadanya sentiasa lain daripada yang lain dan berjaya memancing mindaku.

Akhi itu kini berada di sem akhir kos sains sukan. Aku pada mulanya agak terkesima kerana jarang-sekali pelajar kos sains sukan akan bergiat aktif dalam gerak kerja usrah. Namun aku lagi terkesima apabila dia mengkhabarkan bahawa dia tidak ingin meneruskan pengajian dalam kos tersebut. Kenapa?

Kerana baginya dia tidak mampu. Bagaimana? Tanda tanya menghurung benakku. Kos sains sukan yang agak sosial. Membabitkan pergaulan bebas yang agak besar. Memerlukan mujahadah yang tinggi. Mungkin ada yang menceburi bidang yang berlainan dengan fikrahnya bertujuan untuk meyebarkan dakwah, menyambung sunnah rasulullah dalam kalangan manusia yang belum terbuka pemikirannya. Namun setiap gerak kerja islam harus dilakukan dalam berkumpulan, bersama sahabat- sahabat.

Ya, sudah tentu matlamat menyebarkan islam sukar dicapai jika dilakukan sendirian. Bahkan diri sendiri berkemunkinan besar terpengaruh dengan mereka yang sebaliknya. Memilih untuk berdakwah seorang diri merupakan satu cabaran yang sangat berat.

Sekarang baru aku memahami apa yang cuba disampaikan akhi tersebut. Dia seorang yang hebat, masih tidak mampu untuk berseorangan. Memilih untuk meneruskan gerak kerja islam bersama sahabat-sahabat.

Kami semua banyak dinasihati. Mindaku tercelik dengan kata-katanya.

"Sekiranya tidak mampu untuk melakukan kerja dakwah yang berat, pilihlah untuk mendakwah diri sendiri dahulu. Bila dah rasa kuat dan ada sahabat-sahabat disekeliling bolehlah kita teruskan agenda kita. Itulah pentingnya sahabat."

Bagaimana pula dengan diriku yang serba kekurangan ini. Aku yang masih menagih ilmu. Yang masih jahil dari ilmu agama. Aku yang dahulu berhajatkan berdakwah dalam kalangan teman-teman. Semuanya sukar kerana aku sendirian. Tersepit dicelah-celah kemaksiatan. Ramai yang aku dapati kecundang dan tewas. Tapi aku kini ditemani sahabat2 yang sering memperingati.

Terkadang aku terpaksa membutakan mata melihat gelagat mereka bertepuk tampar dihadapan aku. Mengharungi alam yang penuh sosial merupakan cabaran yang amat berat. Fuhh.. Mujahadah seorang insan yang lemah.

Selagi aku mampu mampu. Selagi aku bisa. Selagi hayat dikandung badan. Akan dipertahankan hidayah suci ini. Akan disebarkan cinta Allah ini.






Mencipta Diri

Awal semester dua.. genap sebulan sudah aku bergelar pelajar semester dua diploma sains geomatik.

Pejam celik, sedar atau tidak aku kini menempuh semester yang paling mencabar sebagai students geomass. Yaiya bah, masakan tidak, jadual kuliah aku jika sekali jeling macam ikan sardin sudaa. Dengan lp(latihan praktikalnya 3 kali seminggu. Haih ditambah pula dengan lp luar waktu pada setiap jumaat untuk kusudahkan denda cerapan matahari sebanyak 24 cerapan.

Bagi mereka itu mungkin cool. Berjemurkan panas mentari dengan berjaket merah. Menadah mata dibawah corong teleskop. Terkadang ternanti2 kemunculan sinaran mentari dibawah kepulan awan. Ya, tidak aku nafikan kerja2 itu menyeronokkan. Tidak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut. Mungkin ada segelintir yang tidak memahami kerja aku yang "COOL" ini. hehe. Semua itu dapat digambarkan dengan lelehan peluh mengalir didahi masing2, sambil mengeraskan otot2 betis mendaki aras aras 4 k0lej.

Itu hanyalah sedikit gambaran tugasan kami. Bekerja dalam kumpulan mungkin terkadang memberi tekanan dan masalah. Tapi sedikit sebanyak aku kini sudah boleh menerima semua itu sungguh "Cool".

Aku sering dinasihatkan supaya bersabar oleh ukhti-ukhti malah oleh saudara kandungku sendiri. Disebalik setiap kejadian yang berlaku pasti terselit seribu hikmah. Amat mempercayai kata-tersebut. Aku kagum malah berpegang dengan kata2 tersebut bagi mencari kekuatan.

Sejujurnya aku seorang yang lemah, kurang keyakinan diri. Pandai pun tidak sangat. Dulu aku tidak yakin boleh melakukan sesuatu yang berat.

Pernah kukhabarkan kepada diriku sendiri.
"Hoi! Kau ada bakat ke?" huish cermin pun lagi menyampah tengok diri aku.

Ini semua ayat-ayat manusia yang tiada matlamat.

Tapi baru aku sedar aku ada sesuatu yang jarang ada pada orang lain.Aku ada sahabat2 yang sentiasa memberi perangsang untukku. Mereka seolah-olah jaring2 yang muncul disaat aku hampir terhumban kedalam kawah berapi. Menyelamatkan aku dari terus terleka dan kecewa.

"Sebab itulah Allah hantarkan mereka semua untuk kamu, Allah sayangkan kamu" Kakakku pernah berkata demikian pada ku.

"Kamu pernah tak berhajat mencapai kejayaan macam yang kak capai hari ini?" soal kakak tersayang.Soalan apakah ini? Aku diam, ya mungkin pernah.

" Tapi sebenarnya kak nak jadi macam kamu." Sambung kakakku lagi. Hoh terkesima aku, kenapa nak jadi macam aku. Aku tiada otak yang bergeliga. Tidak petah berbicara sepertimu.

" Hoh nak jadi saya, haha buat apa, saya bukan ada apa-apa pun. Cakap pun tergagap2. Tapi kan saya bercita2 nak jadi seorang pendakwah yang hebat. Seorang yang bijak.Kagum saya tengok pendakwah2 yang hebat . Boleh ke hehe?"Kukembali tersengih2 teringat akan diriku yang sedari kecil berangan-angan memiliki otak insan2 yang hebat.

" Kita mungkin sering mahu menjadi orang lain. Sedangkan orang lain pula nak jadi macam kita. Jadilah diri sendiri" ujarnya kembali.

Aku terdiam. Ya benar kita mungkin sering mengagumi orang lain sehingga tidak dapat melihat kelebihan yang ada pada diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Cipta diri sendiri dengan unsur-unsur positif bukan unsur-unsur negatif.


Friday, 20 December 2013

Diterimakah Taubat Hambamu ini

"Allahurabbi.. bagaimana bisa aku tebus segala dosa-dosa ku. Layakkah aku menerima ampun dan belas kasih darimu." rintih seorang hamba dalam sujudnya menyembah ilahi. Kedinginan malam yang mencucuk hingga ketulang hitam sedikitpun tidak dihiraukannya. Hamba Allah itu kini hanyut dalam rintihan menanggung kesedihan. Ya, hamba allah itu kini menanggung bebanan yang amat parah.

Bahunya bergetar-getar dengan wajah bersihnya setia melekat ditikar sejadah. Allahuakhbar, bertapa dirinya menyesali dosa-dosanya. Walaupun kerap kali bibir itu menuturkan ungkapan menagih keampunan dari Allah  yang maha besar, namun dirinya masih dipukul rasa bersalah. Khuatir, apakah Allah akan menerima taubatnya? Apakah Allah menerima segala amalannya?

Sejadah putih bersih itu kian lencun dek air mata hamba menagih ampunan itu.

"Bagaimana bisa aku tidak bersyukur sedangkan Engkau tidak henti2 mencurahkan rezekimu kepadaku Ya Allah." Hamba itu tidak serik mengalirkan jejeran manik2 air mata taubat. Entah bila ajalnya akan dijemput. Sempatkan dia melangsaikan hutang2 dosa tersebut. Dirinya bagaikan tidak sedar diri. Jemarinya disusun rapat, dilayang tinggi menadah doa dalam esakan yang tiada kesudahan.

Ya Allah, ampunilah dosa2 ku, dosa kedua ibu bapaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Engkau sejahterakanlah kehidupan saudara2 dan sahabat2ku sekalian. Pancarkanlah cahaya hidayah kedalam hati2 mereka. Rahmatilah rasulullah kekasihmu yang sangat aku ridui. Ya Allah ampunkan daku yang tidak bisa menjadi hamba yang soleh. Ampunkan hamba yang tidak bisa menjadi zuriat yang sebaiknya untuk ibuku. Matikanlah aku dalam khusnul khatimah Ya Allah.