Manusia diciptakan dimuka bumi sebagai makhluk yang sangat-sangat memerlukan penggantungan. Tidak bisa hidup dengan bersendirian. Setiap insan semestinya akan bergantung kepada setiap perkara. Daripada penggantungan kepada manusia sehinggalan kepada penggantungan terhadap harta, barangan dan semua perkara.
Terkadang manusia lupa disebalik setiap penggantungan tersebut ada tempat bergantung yang paling agung 'Allah'. Lupa dan menafikan kebergabtungan tersebut. Mari duduk dan cuba renung2kan. Pernahkah dalam sehari kita langsung tidak bergantung pada Allah. Pada hakikat sebenar jawapannya adalah tidak.
Pada setiap detik dan saat kita telah meletakkan penggatungan pada Allah tanpa kita sedari. Saudara ku, kita bergantung pada nikmat dan rezeki Allah yang tidak pernah putus. Allah yang maha adil dan pemurah tidak pernah menangguhkan nikmatNya untuk hamba sekalian walau sekufur mana pun hambaNya itu. Udara yang kita sedut sejak lahir sehingga ke hari ini adalah nikmat agung Allah yang tidak pernah putus. Andaikan Allah menangguhkan nikmat udara kepada hambanya, tentu melayang nyawa tidak sampai lima minit.
Sebanyak manapun nikmat yang dikejapi manusia tidak mampu untuk bersyukur. Takkan habis nikmat Allah dihitung walau sampai hujung nyawa. Wahai manusia sekiranya kamu mahu berlaku ego dimuka bumi ini silakan keluar dari bumi Allah ini.Kemana akan kamu pergi sedangkan seluruh alam semesta ini adalah milik Allah swt.
Kita hamba yang kerdil lagi hina ini masih boleh menafikan pemberian Allah. Putus harapan pada Allah dan menolak untuk berdoa kerana tidak dimakbulkan olehNya. Rugilah bagi orang2 yang cepat putus harapan. Allah swt akan memakbulkan doa hamba2Nya walaupun bukan dengan segera. Dia telah mengatur dengan baik setiap urusan di dunia ini. Inshaallah doa2 itu akan dimakbulkan Allah pada masa yang sesuai dan tepat. Jadi teruskan berdoa dengan bersungguh2 dan kejarlah redha Allah.
Cuba renungkan balik, adakah kita seorang hamba yang baik, anak yang baik. Aku sendiri mengakui yang aku ini bukanlah seorang hamba yang taat. Bukan anak yang soleh. Segala suruhan Allah masih belum aku turuti. Terlalu jahil terasa diriku untuk menaip di atas keyboard ini, tidak pantas untuk aku pamerkan blog ini untuk tatapan umum. Aku hamba yang lemah, malah aku menagih bimbingan dari orang ramai. Terkadang aku lemah ketika ditikar sejadah. Memikirkan nasib hamba yang hina sepertiku. Terampunkah dosa2 hamba jahil ini. Air mata yang aku rembeskan pun mungkin tidak mampu melenyapkan dosa2 yang tidak terkira banyaknya..
Pada ibu bapa lagilah menyanyat hati aku. Bila difikirkan kedua insan mulia ini aku dihurung rasa bersalah dan hiba. Masakan tidak, aku belum mampu menjadi anak yang baik untuk mereka. Kata orang seorang anak yang baik adalah anak yang menuruti kata2 kedua ibubapanya dan memenuhi segala permintaan mereka. Sering kali aku gagal berbuat demikian. Kecewakah mereka denganku. Aku gagal menghadiahkan mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Menggunung harapan mereka untuk melihat aku berdiri di atas pentas sebagai terbaik. Melihat cahaya matanya menjadi seorang doktor. Jangan sedih ayah dan ibuku. Inshaallah suatu hari nanti akan hadiahkan kalian dengan kejayaan yang lebih besar lagi.
Rezeki Allah itu luas, sekiranya tidak diberi hari ini inshaallah pada lain kali. Terus sabar mengharap pada Allah. Pahala orang2 yang sabar akan terus mengalir pada kita.
Pada setiap detik dan saat kita telah meletakkan penggatungan pada Allah tanpa kita sedari. Saudara ku, kita bergantung pada nikmat dan rezeki Allah yang tidak pernah putus. Allah yang maha adil dan pemurah tidak pernah menangguhkan nikmatNya untuk hamba sekalian walau sekufur mana pun hambaNya itu. Udara yang kita sedut sejak lahir sehingga ke hari ini adalah nikmat agung Allah yang tidak pernah putus. Andaikan Allah menangguhkan nikmat udara kepada hambanya, tentu melayang nyawa tidak sampai lima minit.Sebanyak manapun nikmat yang dikejapi manusia tidak mampu untuk bersyukur. Takkan habis nikmat Allah dihitung walau sampai hujung nyawa. Wahai manusia sekiranya kamu mahu berlaku ego dimuka bumi ini silakan keluar dari bumi Allah ini.Kemana akan kamu pergi sedangkan seluruh alam semesta ini adalah milik Allah swt.
Kita hamba yang kerdil lagi hina ini masih boleh menafikan pemberian Allah. Putus harapan pada Allah dan menolak untuk berdoa kerana tidak dimakbulkan olehNya. Rugilah bagi orang2 yang cepat putus harapan. Allah swt akan memakbulkan doa hamba2Nya walaupun bukan dengan segera. Dia telah mengatur dengan baik setiap urusan di dunia ini. Inshaallah doa2 itu akan dimakbulkan Allah pada masa yang sesuai dan tepat. Jadi teruskan berdoa dengan bersungguh2 dan kejarlah redha Allah.Pada ibu bapa lagilah menyanyat hati aku. Bila difikirkan kedua insan mulia ini aku dihurung rasa bersalah dan hiba. Masakan tidak, aku belum mampu menjadi anak yang baik untuk mereka. Kata orang seorang anak yang baik adalah anak yang menuruti kata2 kedua ibubapanya dan memenuhi segala permintaan mereka. Sering kali aku gagal berbuat demikian. Kecewakah mereka denganku. Aku gagal menghadiahkan mereka dengan kejayaan yang cemerlang. Menggunung harapan mereka untuk melihat aku berdiri di atas pentas sebagai terbaik. Melihat cahaya matanya menjadi seorang doktor. Jangan sedih ayah dan ibuku. Inshaallah suatu hari nanti akan hadiahkan kalian dengan kejayaan yang lebih besar lagi.
Rezeki Allah itu luas, sekiranya tidak diberi hari ini inshaallah pada lain kali. Terus sabar mengharap pada Allah. Pahala orang2 yang sabar akan terus mengalir pada kita.
.jpg)
No comments:
Post a Comment