Friday, 29 November 2013

ERK.. SAYA IMAM?

"Adik inshaallah.. jadi imam." Seorang ukhti menepuk lembut bahuku. Aku yang sedari tadi berteleku diatas tikar sejadah agak tersentak.

"Erk, eh akak err..saya ke? Saya baru part 1 kak ehe. Tak biasa jadi imam lagi" Darahku mula mengalir laju ke muka. Imam? Tak terfikir langsung yang aku bakal ditolak menjadi imam pada minggu pertama pengajian.

"Eh takpe la dik. Yang tak biasa tu biasakan lah. Cuba ya." Lembut senyuman ukhti tersebut mengheretku dalam perasaan berbelah bagi.

"Aiihs, ehee kak saya ni bacaan pun tak bagus sangat. Ilmu pun haish.. Haa akak2 yang lain lagi ok rasanya." Ya Allah tolonglah aku. Hati menjerit penuh debaran. Senyuman yang cuba kumaniskan kelihatan sungguh menjengkelkan. Itulah aku kuat gelabah.

"Inshaallah, boleh la adik belajar jadi imam sikit2. Boleh la ye." Ukhti itu masih setia memujuk menambahkan rasa bersalah dalam kalbu ku yang bercampur baur dengan rasa gentar. Aku mengerling kebelakang dan bagian sisiku. Para jemaah kelihatannya sedang menunggu imam menapak kebahagian hadapan. Para ukhti juga sedang menunggu respons dariku. Why me? Kenapa aku? Apa salah aku? Ramai lagi orang lain. Waa!!

" Oh my god, Ya Allah tolonglah permudahkan urusanku. Uuu." Bisikku lembut. Kuhela nafas dalam-dalam sambil memejam mata.

" Inshaallah kak." Aku tersenyum kelat sambil menapak kebahagian imam. Ukhti2 tersenyum manis. Para jemaah yang berada disegenap pelosok surau perempuan itu bergerak memenuhi dan merapatkan saf. Dalam dada yang penuh debaran aku beristghfar beberapa kali. Kedengaran suara iqamah halus disisi kanan telingaku setelah mendapat isyarat.


Seusai berzikir aku bersalaman dengan para jemaah, menyalurkan rasa ukhwah dan cintaku pada mereka. Nikmat rasanya menjadi imam. Bukan tidak pernah kumenjadi imam. Selalu sahaja aku berjemaah dengan kakak tercintaku dirumah, cuma aku gentar melihat bilangan jemaah yang ramai pada kai ini. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku setelah kupermudah urusan orang lain.

" Uish!Ais ke apa ni? haha" usik seorang ukhti yang berbadan tinggi sewaktu bersalaman denganku. Merasai kedinginan jemari kontotku seperti bersalut ais. Aku tergelak kecil. Terpaksa dibongkokkan badan untuk melagakan pipi denganku. Maklumlah orang tidak cukup inci.. Wee!!

"Inshaallah dik lepas ni boleh jadi imam besar dah. Bagus dah bacaan tu, cuma masih boleh diperbaiki lagi " seorang ukhti berseloroh sambil menayangkan barisan gigi bersihnya.

"Wuish! Akak jauh panggang dari api. Imam kecik pun bagai nak rak dah. Haha!" aku berperibahasa yang aku sendiri pun tidak mengerti maknanya. Lantaklah.

Pengalaman kali pertamaku menjadi imam disurau sungguh mendebarkan dan menyeronokkan..kot.. Saya tidak pernah pun terfikir akan mengalami peristiwa menjadi seorang imam kerana saya seorang perempuan. Itulah dia selama ini sakan aku bergelak memtertawakan abangku apabila diceritakan peristiwanya dipaksa menjadi imam kerana memakai jubah dan seban. Hah amik kau. Tapi alhamdulillah sekarang ini aku sudah mula membiasakan diri. Pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga bagiku. Inshaallah.

Thursday, 28 November 2013

ENTAH ADA APA DENGAN CINTA

 Assalamualaikum.. Sudah sekian lama jemariku tidak mengetuk papan kekunci laptop. Begitulah sudah begitu lama tidak kuupdate blog ini semenjak bergelar mahasiswa. Agaknya sudah boleh aku membersihkan sawang2 yang berserabai dalam blog ini. Labah2 juga mungkin sedang bahagia berumah tangga.

  Entry aku kali ini sekadar untuk luahan hati sendiri sahaja. Tiada apa2 yang penting untuk dibicarakan. Sekadar untuk menghidupkan kembali blog terbengkalai ini mungkin. ewah..

  Aku ingin sekali menyentuh soal cinta. Ada apa ya dengan cinta ini.? Entah.. cinta apa yang dimaksudkanmu? Aku tidak ngerti pada awalnya. Bagaimana rasanya cinta? Dan apa syaratnya cinta itu?

   Kulihat remaja berlainan jantina berkepit sana sini. Meluahkan sayang dan janji2 manis. Malah dengan sewenang- wenangnya bersentuhan. Tiada lagi batas bergaulan dan dosa. Apakah ini yang dinamakan cinta?

    Seringkali aku tercari-cari makna cinta yang sebenar. Bukan mencari cinta dusta dan dosa manusia yang bakal berdepan azab Allah swt. Rupanya cinta itu sebenarnya amatlah indah, suci dan membahagiakan. Ia tidak buta, bahkan tiada istilah cinta buta kerana cinta itu sungguh mulus dah suci yang Allah swt hadirkan dalam hati hamba-hambanya yang bertakwa.

    Ya, cinta suci itu adalah dimana perasaan cinta itu sentiasa meletakkan Allah sebagai yang utama. Allah adalah cinta pertama manusia seharusnya. Barulah diiringi oleh cinta kepada manusia dengan menjadikan Allah swt sebagai dasar cinta itu. Sungguh tidak dapat kubayangkan keindahan cinta itu jika demikian.

    Benar, cinta itu tidak salah. Cinta itulah adalah fitrah setiap manusia. Tetapi ia harus dijaga sebaiknya kerana cinta itu boleh bertukar menjadi syaitan jika diikut hawa nafsu.

    Kau bercinta? sudah tentu boleh. Tetapi ikutilah syariat islam. Apakah kau mampu untuk menjaga pandangan? Mampukah kau menjaga hati? Mampukah kau menahan diri dari menghantar sms kepadanya? Mampukah kau menahan diri dari bertemu dengannya? Sudah luluskah ilmu fardhu ainmu? Sudah stabilkah ekonomimu? Sudah bersediakah kamu untuk memperisterikanny??? Sudahkah kamu?

    Jika sudah bersedia dengan segala bekal iman dan takwa dan lain2 aspek silakan. Jika tidak mampu biarkan dulu. Simpan perasaan itu dalam2 didalam hati. Sekadar minat dan suka tidak salah tetapi jangan sekali-kali diluahkan sekadar untukmengundang reaksi. Persiapkan diri dahulu. Allah maha mengetahui perasaannmu. Sekiranya tiada tempat untuk meluahkan perasaan itu luahkan kepada Allah swt. Kerana Dialah yang menciptakan rasa cinta itu dalam hatimu.

    Jangan kau cemarkan cinta Allah yang suci itu. Bersabarlah. Utamakan perkara yang penting dahulu dalam hidupmu. Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang dicintai. Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta yang paling agung dan kudus kerana ia kekal hingga kesyurga.