Friday, 25 April 2014

MusliMAT 'MAT' Untuk Lelaki

Aku lihat sahabatku terdiam seketika. Aku baharu sahaja selesai menerangkan isi-isi usrah pada petang tadi kepadanya. Ya, sahabatku adalah ahli baru dalam usrah. Alhamdulillah. Kelihatannya dia bersungguh-sungguh sekali mahu mendalami ilmu agama. Jadi, seperti biasa, setelah selesai usrah bersama kakak naqibahku yang comel, aku akan mengulas kembali kepada sahabatku itu. Khuatir dia tidak mengerti.

Aku tersengih kearahnya mengharapkan dia faham, namun tiada balasan. Terkebil-kebil mata bulatnya memandangku. Senyumku mati dek kehairanan.

"Hmm, kenapa Ana? Ada masalah ke? Faham tak semua yang Ika terangkan tadi?"Wajah lembutnya kutatap. Angin dingin menderu perlahan melalui tingkap menyegarkan wajah kami.

"Tak. Tiada apa-apa lah. Cuma saya pening sikit dengan istilah-istilah yang Ika guna. Rasanya tadi Ika banyak cakap pasal lelaki." lembut sekali suaranya meluahkan isi hati yang terbuku.

Hoh! Terlopong seketika diriku. Bila masa pula aku bercakap pasal lelaki. Apakah sahabatku kurang mengerti tutur bicara ku. Tak boleh jadi ni. Huu..mungkin silapku sendiri. Siapalah aku. Aku bukan ustazah yang mahir menutur bicara. 

"Eh! Erkk.. Sekejap. Rasanya Ika tiada sebut pasal lelaki pun tadi. Hmm mungkin Ana salah faham kot. Ngeh2."Berhati-hati sekali aku menutur bicara agar sahabatku itu tidak terguris. Sesekali dibetulkan lipatan tudung yang terbuka dek tiupan angin.

"Oh! Yeke. Hmm..mungkin juga saya yang tidak faham. Tapi tadi saya dengar Ika asyik sebut muslimat-muslimat. Muslimat tu lelaki kan? Sebab ada 'MAT' kat belakang dia. Mat kan gelaran untuk lelaki."Tanda tanya terlerai seketika.

Krit!Krit!Krit! Tiba2 cengkerik terbang kedalam otakku. Entah dari mana datangnya. Aku merenung sepi sahabatku. Otakku membeku seketika dengan otot-otot perutku menegang. Sahabatku turut memandangku dengan muka seposen yang seharusnya tidak bersalah.

Mukaku semakin pucat menahan rasa,sehingga akhirnya aku rebah kelantai. Gelak besar terhambur. Kit Kit Kit! Kui Kui Kui! Kih Kih Kih! Terasa sakit perutku menahan geli hati. Sehingga kebawah katil tergolek.

Seketika kemudian aku tersedar. Mengucap panjang diri ini. Aku kembali berdiri menatap sahabatku yang setia memandangku tanpa sebarang reaksi. Hairan barangkali melihat diriku yang tergelak tanpa sambutan. Kuheret kerusi kayu yang buruk menghampirinya lantas aku duduk. Aku memandangnya dengan serius kembali.

"Maafkan saya. Muslimat sebenarnya gelaran untuk perempuan. Muslimin untuk lelaki. Maaflah Ika tak pandai nak terangkan lebih lanjut kepada Ana. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti kita tanya kakak naqibah kita. Ana kalau tidak faham sesuatu time usrah terus tanya tau. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kamu mendapat ilmu baharu hari ini wahai sahabatku."Aku memperjelaskan kepada Ana.

"Oh!"Kulihat dia mula mengerti. Senyuman mula terkoyak dari bibirnya sebelum kami tergelak kecil.

"Ok jom bedal roti canai kat Hafa."Aku mengheret tangannya laju.



Biar orang bilang kita bodoh hari ini kerana bertanya soalan leceh, tapi jangan sampai kita jadi bodoh selama-lamanya kerana malu bertanya.







Permisi

Tusukan demi tusukan membuatkan aku semakin diam. Semakin menyepi. Apakah menyepi adalah jalan yang terbaik? Mungkin. Buat diriku. Aku kira dulu mahu menjadi matahari,menyinari alam. Tergelak sendirian mengenangkan kembali kata2 itu. Tidak usah memasang angan menggunung tinggi untuk menjadi matahari sekiranya mata hati sendiri pun tidak teguh. Aku hipokrit? Haha apa itu hipokrit? Maaf aku tidak mengerti. Apa sahaja mahu dibilang tentang diriku biarkan. Telinga aku tidak akan bernanah. Aku kekal begini. Begini yang sekarang. Mungkin aku sedikit cuai. Kadang-kadang baran. Aku tidak minta untuk difahami. Aku minta kamu fahami diri kamu dahulu. Aku sendirian bukan aku sombong. Aku khuatir akan melukai kalian, aku khuatir telinga aku ini bakalan disapa umpatan2  tidak berguna. Biarkan aku. Biarkan aku sendirian seketika. Aku makhluk bernafas yang punya perasaan. Aku butuh waktu untuk diriku. Jangan begitu cepat menghukum. Memandang dengan mata hati bukan dengan mata yang kabur sahaja. Permisi seketika.

Tuesday, 1 April 2014

hikmahnya ada

Perjalanan kami itu mengambil masa berjam-jam lamanya. Ya dari  Perlis ke Kedah yang sepatutnya mengambil masa sejam mungkin telah menyeret masa yang lama. Bermacam halangan ditempuh. Ya Allah permudahkan lah. Telinga aku menangkap bisikan selawat dari bibir sahabat-sahabat yang terkumat kamit.

Membawa niat yang menggunung tinggi. Untuk mengambil berkat seorang agamawan yang kami sanjungi.
Subhanallah.. Sheikh Zainul Asri yang kami sanjungi, seorang mudir di Darul Hadis.

Rombongan kami membawa 3 buah kereta. Geng2 muslimat sahaja. Pada hari yang sama hujan yang sekian lama tidak menyimbah bumi berderapan. Sudah agak lewat kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama. Ya Allah sempatkan lah kami kesana.

Azan maghrib mula berkumandang. Kami tetap meneruskan perjalanan sambil melilau mencari perhentian solat. Pada masa yang sama, aku dapati rombongan kereta kancil merah tidak lagi mengekori Hyunda kami. Aku minta sahabat menghubungi mereka.

"MasyaaAllah, kereta depa rosak na. Tapi depa suruh kita teruskan ja perjalanan, depa dah call pemilik kereta sewa tu."

Subhanallah, kesian sahabat-sahabatku. Aih jauh-jauh perjalanan ni kereta buat hal pulak.Tidak lama selepas itu kami pula yang tersesat, berpecah dengan rombongan dihadapan kami dek jem. Aih beberapa kali kami tersesat dek jalan Alor Star yang bercabang-cabang. InshaaAllah segalanya akan berjalan lancar. Kami tenang. Kami akhirnya bertemu kembali di sebuah stesen petronas dan menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah.

Usai solat kami meneruskan perjalanan yang hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. 

Ya kami sampai. Kami sampai. Namun suasana masjid dituju kami gelap gelita. Hanya lampu gerai-gerai kecil sahaja yang menyala malap. Penuh tanda tanya dalam benak. Aishh. Apakah silap tempat. Mana mungkin tersilap, kami dapati deretan kenderaan tersusun ditepi jalan. 

Kami bertanyakan penjaga gerai. Rupanya blackout satu kampung seusai maghrib. Pada masa yang sama berlaku histeria yang bertali arus dalam kalangan pejalar Darul Hadis di dalam masjid yang kelihatan agak besar tetapi separuh siap. Sheikh tidak jadi meneruskan ceramah pada hari itu, beliau sudahpun pulang.

Subhanallah kami berlapang dada..

Kami tetap melangkah kedalam masjid yang gelap gelita. Jemaah  baru sahaja usai solat isyak. Pelajar darul hadis kebanyakannya. Berselawat dengan lantang sekali sehingga menegakkan bulu romaku....

Kami pulang..

Berlapang dada. Memuhasabah diri diatas aturan Allah. Indah sekali aturan Allah. Bersangka baiklah. 

Ya, Kami tahu terkandung seribu hikmah. Alhamdulillah