Tuesday, 14 January 2014

Maulid yang dinanti

Alhamdulillah.. hah.. syukur sangat2.. diri aku masih berkesempatan menyambut maulidur rasul.

Maulid yang julung kali diadakan di uitm Arau ini setelah sekian lama terhenti atas faktor2 yang menghalang.

Sekali lagi alhamdulillah kaki aku masih merasa berarak didalam uitm beramai2.. syahdu sungguh.. gema selawat oleh sahabat2 bagai mencucuk-cucuk kalbu.. haish.. 

Inshaallah selawat ke atas junjungan mulia..

Assignment banyak.. tutorial banyak.. huhu mari beralih ke assignment.








Monday, 6 January 2014

nikmat dirasa mengganti lelah

Dikala dingin subuh mencucuk-cucuk hingga ke tulang hitam, aku tiba di perlis. Bumi tarbiah yang sungguh aku rindu. Aiishh.. rindu sungguh.

Sesampai di uitm mesej2 yang kunantikan singgah di phone burukku. Haish baru sampai dah panggil meeting, usrah, program. Hee mmg itu pun yang aku nantikan. Untuk kembali menghadap muka2 nakal yang sentiasa aku ingati.

 Memang malam tu kami bertapa agak lama disurau dahlia satu. Berusrah pada jam 10 mlm. Disambung pula dengan meeting. Hampir pukul dua jugak la. Assignment xpayah cakap, memang tidak sempat kubuat pada masa cuti. Maklumlah sibuk memanjang hee. 

Fuhh.. lebih tengah malam kami selesaikan urusan. Keletah dan perangai masing2 yang poyo2 semua bikin aku tidak mengah melayan . 

Selesai sahaja aku berkejar kebilik. Dalam perjalanan sempat aku kuak pintu bilik rakan sekelas aku. Cerah je bilik, tak tidur lagi ye norhh. Hamboih layan kepop malam2 buta kawan aku sorang ni.

" Hoih tak tidur lagi, hehe" sergah ku perlahan, terlupa memberi salam.

"Uih, gi mana neh malam2 buta, bertudung litup" diusyar aku dari atas kebawah yang berpakaian lengkap. Buku nota kukelek dibawah ketiak. Tafsir pemberian kakak kupegang kemas. Kuhanya mampu tersengeh.

" Alaa, takda pa lah. Ada kerja sket. Macam biasa. Weh rindu hang lah." aku sekadar berbasi basa.

" Haha rindu sangat la tu. Yang ni tak penat ka. Aku tengok siang malam busy. Meeting tu, meeting ni. Haish kalau aku dah lama aku stop. Haish." Sidia mula membebel rancak. Prihatin sungguh hang ni.

Aku terfikir-fikir. Penat tu mungkin ada dan tidak aku nafikan. Waktu yang aku luangkan untuk urusan ini. Pengorbanan waktu bersama kawan sebaya, waktu study dan waktu rehat. Haa. Apa yang aku fikir sekarang, aku tidak melakukan kerja yang sia2. Yakinlah, Allah akan membantu kita sekiranya kita membantu agamanya. MengingatiNya membuatkan mengahku hilang. Timbul seribu kenikmatan dan kecintaan dalam melaksanakan kerja2 ini. 

Syukur Allah..