Monday, 24 February 2014

sweetkah ukhuwah?

" Tahniah lah weh" Laju sahaja ucapan tahniah meluncur dari bibir. Sedang bibir itu juga kejap memaksa diri mengorak senyum. Kaku. Minda terawangan gersang.

"Wei kau pun sama lah, takde apa-apa pun, rezeki Allah" Wajahnya kelihatan sungguh berseri. Bahagia, mengharapkan untuk berkongsi denganku. Dirangkul erat bahuku. Tanda kasihnya. Bagai renjatan elektrik, aku terpana. Subhanallah, sahabatku ingin berkongsi gembira denganku. Sedangkan aku. Rasa pedih dan perit itu menyerang lagi. Hati itu meremuk seperti diramas-ramas.

Sahabatku aku menumpang rasa ini untukmu. Tetapi bukan untukku. Aku masih mencari erti redha dan ikhlas yang kerap kali hilang.

" Tahniah weh tahniah" ujarku lagi dalam pelukannya. Cuba mengawal intornasi suara yang kian tidak stabil. Si lembik ratu air mata ini menumpahkan mata airnya. Hatinya yang lumat dibiarkan sahaja melurut bersama air mata itu.

" Eh kau kenapa pula ni. Jangan nangis weh. Alamak." Si sahabat mulai cemas. Diusap kepalaku. Alang-alang aku ini si ketot.

" Isy kau ni. Ingat aku hamster ke apa main usap-usap." Merekah juga senyumanku melihatkan gelagat si dia.

" Hee takdelah,  risau aku tengok." Sahabatku mula mengerang busuk. Hilang remukan hati melihatkan keletahnya.

" Aku fail lagi lah. Tapi takpe lah. Aku cuba lagi hehe." Rasa tenang itu mula menyusur sedikit demi sedikit melayari hati aku yang asalnya luluh. Percubaan dari Allah lagi. Ikhlaskan lah wahai diri.

" Laa, yeke. Jangan la sedih. Aku kan ada. Kalau ada masalah kita sama-sama hadapi." Senyuman dikuntum lagi memaksa aku menahan sebak.

" Ceh sweet konon." Aku mencebik.

" Haha. Yela. Itu lah gunanya sahabat."............

Sahabat? Inikah gunanya sahabat.

Andaikan kita sahabat.

Entahlah.

Haha

Happy usrah day

Happy.
Gembira la kan.
Tika itu kami kembali berkumpul.

Menangkupkan kembali hati2 yg ada kalanya regang.
Membasahkan juga mencairkan hati kami dengan nilai ukhuwah.
Payah.
Hidup sekiranya tanpa ikatan ini. Itu bagi diriku. Bagaimana kamu?

#happy usrah day~imam


Monday, 17 February 2014

Pilihanku akhirnya?

" Alahai macam comel jer. Hihi". Bicara seorang adik sambil mengekek.

" Hah, apa yang comelnya? Si kakak terpinga2 melayan keletah si adik dengan 1001 ragam.

" Ye lah. Pilihan akak punya minat yang sama." Sengeh adik melebar hingga ke pipi, tidak mengah mengusik kakak kesayangan.

" Adeh, tu pun comel ke. Haha apa la adik ni." Si kakak meraba2 pipinya yang membahang. Blushing la tu.

" Kak saya jarang cakap pasal ni dengan akak. Tapi skali ni je saya nak cakap. Saya tahu saya kecik lagi. Tak layak bicara soal ini." Sayu suara si adik merendah diri.

" Ada apa dik. Bicarakan saja" Si kakak tersenyum lembut. Menanti butir bicara dari seorang adik.

" Segan lah. Aish. Nak cakap juga. Akak saya kan nanti nak suami yang soleh. Ada pegangan agama. Bukannya sekolah agama. Saya yakin sangat kalau agamanya baik inshaallah yang lain2 mesti baik. Saya tak kisah rupanya macam mana sekali pun. Gemuk ke pendek ke saya tak kisah pun kak. Tapi saya harap sangat2 dia ada agama yang baik, akhlak yang baik. Hee tapi satu je ekstra, saya pun nak yang punya minat yang sama dengan saya. Saya ni suka sangat lagu2, qasidah, bacaan tarannum quran. Kalau boleh dia pun suka mcm saya juga."Si adik mula melebar senyumannya. Giliran si adik pula meraba2 mukanya yang membahang.

Terkoyak besar senyuman si kakak. Menahan rasa dari menghamburkan tawa yang akhirnya terburai.

" Kih3. Amboi dia, advance betul. Tak pernah2 cakap pasal ni. Jangan risau dik. Inshaa Allah wanita yang baik itu dicipta untuk lelaki yang baik."
...................................................................................................................................................................

Dia kembali tersedar dari lamunannya, terkenang bicaranya dengan kakak di telefon suatu ketika dahulu. Merasa dirinya kerdil. Risau memikirkan siapa yang bakal menjadi imamnya. Khuatir sekali berjodohkan seorang yang jahat dan buruk akhlak. 

" Ya Allah aku ni bukan baik sangat pun. Tidak layak rasanya mengimpikan seorang zauj yang soleh. Orang yang soleh pasti untuk muslimah solehah. Huu sedih. Tidak mengapalah wahai hati." Bisik sayu seorang hamba mengenangkan dirinya.

" Eh kenapa dengan aku ni. Tiba2 fikir pasal jodoh. Subhanallah terlupa pula aku masih kecil rupanya. Apa yang penting sekarang ni adalah tanggungjawabku untuk belajar dan cemerlang dalam pelajaran. Yang paling penting tanggungjawabku pada agama. TAKBIR. ALLAHUAKBAR." Biji mata si kerdil itu membara bak biji saga. Mengimpikan menyahut seruan agama. Laungan takbir memecah alam.

" Hoi apa pasal takbir sorang2 malam2 buta ni. Hangpa ni buat terkejut chek ja. Huish" Tiba2 kedengaran sayup2 suara seorang hamba Allah. Samar2 kelibatnya dihujung koridor, memegang sehelai kain basah untuk dijemur, bertemankan malam syahdu.

" Erk. Ehehe ok bye." Perlahan2 si pengtakbir menyusur ke dalam bilik.


Sunday, 16 February 2014

Qiam seorang hamba

" Allahuakbar" Kalimah agung itu meluncur lemah dari bibirnya. Menggagahkan sendi2 tangan mengangkat takbir. Mata sembab itu bergenang kembali. Kekhusyukan gagal ditemui bersahut dengan getaran bibir dan tangan menahan tangis. Sudahnya teriakan halus yang terhasil mengganti qiam solatnya.

" Ya Allah kenapa dengan aku ni. Wahai diri kenapa harus lemah begini?". Solatnya tidak berhasil, lantas dia duduk terjelepuk diatas sejadah. Jejeran cecair panas mengalir tanpa dipinta. Laju. Tangan montoknya digenggam kejap menemukan dadanya. Dimana hatinya yang remuk bersarang. Telekung solatnya berkerunyuk dek ramasan geramnya.

Kusut. Berserabut. Sakit hati. Pedih. Segalanya dirasai. Sejadah putih mulus kian lencun.

Lantas diri beristighfar. Memohon ketenangan jiwa dari Allah. Memohon Allah mengapuskan penyakit hatinya.

Wahai diri. Dimana dirimu yang sebelum ini kuat kononya. Kamu yang lancar berbicara mengajak insan lain bersabar dan ikhlas. Dimana kamu? Begini kah kamu sekarang.

Allah sedang menguji kamu wahai hamba yang hina. Allah sedang menguji kamu dengan apa yang telah kamu perkatakan.

Teringat dia pada petikan ayat2 cinta. Saat Fahri diuji dengan sangat berat. Dirinya sangat lemah sehingga tidak mampu mengangkat takbir. Ketika itu seorang yang gila akal tapi celik jiwanya berkata dengan ucapan yang sungguh takjub.

" Dengar sini, Allah sedang berbicara dengan kamu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah Islam" kata2 seorang yang dianggap gila yang bisa mencelikkan mata hati.

Aku terpaku saat itu.

" Ya Allah situasi Fahri lebih teruk daripada aku." Lantas dikesat sisa2 air mata.

" Allah aku tertipu dengan diri sendiri. Aku tidak sedar Engkau mahu mengujiku dengan sabar dan ikhlas. Maafkan aku Ya Allah". Kudrat mula meresap kedalam dirinya. Sendi2 lutut mula gagah berdiri. Menyahut seruan ilahi. Bertemu dengan kekasih hati dalam qiamnya pada dua petiga malam itu. Bertemankan suram lampu koridor surau. Angin dingin menerpa lembut dari celah2 jeriji tingkap disahut tarian rancak langsir. Bisikan lembut alunan ayat2 Allah memecah kesunyian malam. Tiada siapa mengetahuinya. Hanya dia dan Ya Rabb sahaja.

" Assalamualaikum warahmatullah" qiam itu berhasil dengan tenang . Subhanallah.