" Berat la benda ni. Akak saya tak mampu dah tanggung ujian ni. Tak boleh akak. Saya terlalu lemah untuk hadapi ujian ini. Ya Allah apa nak jadi dah dengan saya ni akak. Masalah bertimpa-timpa. Akak saya difitnah kak. Hal ni bukan melibatkan hati saya sahaja kak tapi melibatkan orang lain juga. Apa pandangan orang lain terhadap saya nanti. Malu akak. Saya bawa imej seorang muslimah tapi disebabkan fitnah itu lain jadinya. Hancur akak hancur hati saya." Si manis bertubuh genit itu melampiaskan isi hatinya sepuas hati. wajahnya yang putih bersih itu kemerah-merahan. Matanya kian sembab dengan hidungnya yang bak badut merahnya menandakan tangis yang baru bersurut. Sudah penatkan kamu menangis wahai saudaraku. Tumbuhnya disandarkan kediding surau. Duduk berteleku merenung lantai. Jilbab labuh purple sudah lencun penangan air mata barangkali. Haish budak ni. Kesian pulak aku.
" Alhamdulillah." sepatah responsku disertai senyuman manis membuatkan dirinya tersentak.
" Kenapa akak cakap macam tu. Akak suka ke saya ditimpa benda-benda ni semua." Anak matanya yang polos dan bergenang bertarung dengan anak mataku. Mencari-cari makna terselirat disebalik ucapan pendekku tadi.
Aku mengusap bahunya lembut.
" Dik. Bukan akak suka adik diuji demikian, tapi ujian yang datang tu datangnya dari Allah. Bagaimana bisa kita menolak sesuatu yang Allah sudah aturkan untuk hambanya. Setiap ujian yang Allah ciptakan untuk hamba-hamba yang amat dikasihi terkandung seribu hikmah. Malah lebih. Cuba kita imbau kembali perjuangan rasulillah, penuh dengan ranjau bukan. Perjuangan dan kebenaran itu sememangnya penuh dengan ranjau. Kerana Allah menjanjikan sesuatu yang indah untuk hambanya selepas itu."
" Akak, macam mana saya mahu cari kekuatan.." Tangisan halus berantai lagi. Aku meraih bahunya sambil kuusap penuh kasih.
" Takpe dik. Besar ganjaran untuk hamba-hamba yang qanaah dengan ujiannya. Kamu tahu tak, Allah uji hambanya yang dia sayang tau. Sebab Allah rindu nak dengar hamba-hambanya menangis kepadanya. Rindu mendengar kamu mengadu dan memohon keampunannya. Allah mahu kamu kembali padanya."
" Ya Allah.. Mesti Allah marah saya kan akak. Sebab selalu lupa kat Dia. Akak thanks. Tolong ingatkan saya. Saya jadi lupa bila dugaan bertalu-talu datang. Lupa saya ujian itu datang dari-Nya. Allah nak saya kembali kepadaNya." Kelihatannya dia mula reda. Sinaran positif memancar di dalam anak matanya.
" Alhamdulillah. Setiap masalah itu akan ada penyelesaiannya. Allah kan ada bagi hadiah untuk mengubat kesedihan kamu. Dah lama dah Allah bagi hadiah tu. Al-Quran. Jangan lupa untuk baca Al-Quran selalu. Ayat-ayat Allah sangat mujarab untuk hati-yang berpenyakit." Aku berbicara lagi untuk kesekian kali.
" Inshaallah kak." Si dia mencapai senaskah tafsir quran berkulit hijau yang terletak bersebelahan di atas meja kecil. Dicium lembut sebelum membelek helaiannya.