Friday, 16 May 2014

Experience!!

PRENGGG! PRENGG! Yah! Angin menderu-deru laju melawan arus. Aku terus memecut kencang dengan girang sekali. Jalan kampung yang tidak banyak kenderaan lalu lalang semakin menggalakkan aku memecut semaksimum mungkin. Tudungku sudah terjelepek tanpa rupa dan mungkin kelihatan hodoh sekali digoncang angin yang keras. Motosikal buruk ini berjaya mengujakan akudengan hanya bertemankan sawah padi yang melentok-lentok malas serta burung-burung raja udang yang setia menanti habuan dari tali air diatas tiang api. Aku terus memecut.

Dek kerana terlalu laju hampir sahaja aku melepasi selekoh kerumahku. Brek tangan kucengkam keras sambil sepantas mungkin aku membelok kekanan dengan segala kudrat yang terkumpul. Motosikal membelok dengan keadaan sangat rapat kejalan tar. Terasa seperti di dalam filem drift melayu. Apakah akan terjadi padaku!!

Batu-batu halus yang bertaburan diselekoh itu akhirnya berjaya menyembamkan aku kejalan tar bersama-sama motosikalku yang berpusing penuh dramatik seketika menghasilkan bunyi geseran yang kuat. Aku bungkam dan terkedu. Nafasku rancak turun naik. Motosikalku berhenti berputar begitu hampir dengan penjuru jalan dimana dibawahnya terserlah  garang tali air yang kontang tanpa air. Andai aku jatuh kebawah sana.. Fuhh! Nahas.


Aku pantas menegakkan motosikal itu memandang sekeliling. Adakah sesiapa melihat peristiwa memalukan ini? Semestinya ada. Ohh tidak! Beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain ditepi sebuah pondok berdiri dan menjenguk-jenguk cemas.

Ahhh budak jangan tengok aku! Bukan mahu tolong pun. Humiliate! Humiliate! Utterly humiliate. Sebuah motosikal berhenti berhampiran. Jiran aku.

"Eh kamu rupanya! Kenapa ni? Boleh naik motosikal ke tak ni?" Jiranku itu bertanya penuh prihatin. Namun keprihatinannya itu berjaya membuak-buakkan lagi perasaan malu ini.

"Oh Kak Senah! Ehee. Takdelah. Takde apa-apa pun. Jatuh sikit je ni. Dah biasa dah. Aha aha aha! Ok lah saya balik dulu." Aku cuba menutup rasa malu itu dan mengharapkan aku memiliki jubah halimunan Harry Potter pada saat itu. 

Sesungguhnya hanya rasa malu yang bermaharajalela di jiwa. Tiada rasa sakit yang aku alami sehinggalah tiba diperkarangan rumah. Aku dapati seluarku dibahagian lutut terkoyak dengan lumuran cecair melekat dibahagian tersebut. Cecair apakah? Tumpahan minyakkah? Meleset tanggapanku. Rupanya darah  merah sudahpun mengalir laju dari bahagian lututku itu tanpa aku sempat merasai kesakitan.

Peristiwa ini harus disembunyikan dari pengetahuan isi rumah ini.Ya! Semestinya. Sekiranya tidak sudah tentu aku tidak dibenarkan membonceng motosikal lagi. Aku melalui pintu hadapan rumah memandangkan semua orang kelihatannya enak bersantai didapur. Segera aku cuci luka dan menukar pakaian. Darah yang mengalir pula tidak berhenti. Bagaimana aku mahu solat. Aduh!

Aku hampiri saudara lelakiku yang sentiasa sibuk dengan smartphonenya.

"Nak tanya. Ehem! Kalau kita berdarah macam mana mahu solat? Maksud aku luka." berhati-hati aku bertanya agar tidak mendatangkan rasa curiganya.

"Balut je lah luka tu. Jangan bagi darah mengalir. Tak pun biarkan luka tu kering." Sekilas dia memandang kearahku sambil menjawab.

"Ooo! Macam tu ke. Tapi kenapa erk?" Soalanku disambung lagi.

"Eh kau ni. Tak belajar fardhu ain ke semasa di sekolah rendah. Darah tu kan najis. Najis tu benda yang mendatangkan penyakit." Saudaraku itu memandangku malas.

"Jadi semua benda yang mendatangkan penyakit tu najis ke? Rokok?" Bertalu-talu aku bertanya. Semakin banyak saudaraku menjawab, semakin banyak persoalan terkumpul.

"Hesh! Tak semestinya. Fikir logik la sikit. Contohnya kau. Kau bukannya najis. Tapi kau mendatangkan penyakit kepada aku. Jangan dekati aku penyakit." Saudaraku mula memberi jawapan merapu kepadaku. Mungkin teramat malas melayan karenahku. Sungguh menyedihkan.

"Mengarut. Baru tanya sikit dah merapu." Aku mencebik lantas berlalu dari situ.

Tidak lama kemudian saudaraku pula menghampiriku.

"Oih! Kenapa motosikal susah nak bawa. Kau ada jatuh ke?" Diajukan soalan penuh curiga, gaya seorang anggota polis sedang menyoal siasat seorang perompak bank.

" Oh mungkin jatuh kot. Motosikal tu kan sudah buruk." Aku menamatkan perbualan.

Malu, takut, sakit, berdebar. Semua aku rasai pada hari itu. Namun perasaan yang paling aku rasai adalah gembira. Kerana itu merupakah pengalaman pertamaku terlibat dalam kemalangan. Haha.

Akhir kata saya ucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya menatap coretan buruk saya ini sehingga habis. Sedangkan saya teramat malas untuk menulis dan tiada sekelumit idea puitis mengalir dalam benak. Pada saat ini kalian mungkin merasakan loya di tekak membaca penulisan hodoh ini. Segeralah berlari kesinki untuk muntah. Haha maafkan saya .




Monday, 5 May 2014

Sayonara. . Farewell

Setiap insan tentu impikan untuk menjadi baik. Kau. Aku.

Walau sejahat mana hamba Allah itu. Walau bibir kencang menyumpah seranah. Walau serancak mana tangan melakukan kemungkaran, rakus memunahkan kesucian bumi dan agama. Namun jauh di sudut hati tentu terdetik walau senoktah rasa ingin menjadi baik. Mungkin pada ketika itu belum bangkit rasa untuk menjadi muslim yang sejati. Belum digoncang lagi rasa untuk menjadi pembela agama.

Ya. Lihat sahaja. Bukan semua muslim yang menjadi pembela agama pada hari ini asalnya daripada golongan agamawan. Yang membukukan harapan dan kecintaan kepada agama Allah. Asal usul mereka merata dengan pelbagai kisah kelam dibelakang mereka yang tidak mahu lagi ditapakkan langkah kebelakang. Sekali sekala ditoleh sekilas kebelakang untuk mengingatkan diri bahawa bertapa perit dan pedihnya jahiliah itu.

Aku bicarakan ini soal peluang yang dibuka untuk mereka berubah. Aku dan kamu juga wahai manusia yang memiliki secebis iman di dada. Sedap jika aku bahasakan sebagai kami. Merujuk juga kepada diriku dan kita sebagai satu pihak.

Kami hulurkan sekalung terima kasih yang tidak dapat digambar kepada mereka yang memberi kami peluang. Menunjukkan kami jalan. Bahkan mereka yang menghulurkan kami lampu suluh yang bermentol malap setelah tersadung dalam kegelapan yang menyesakkan. Sehingga kami terlihat cahaya yang terang dihujung sana.

Dan.

Sayonara jahiliah.

Jangan menjengah lagi.

Thursday, 1 May 2014

Boy friend akak ke tu? hoh O..0

"Okay sudah siap." Kutatap cermin usang buat kesekian kalinya sambil dibetulkan pin tudung yang berbunga-bunga. Kemeja labuh kotak-kotak kupadankan dengan skirt coklat. Tidak lawa pun bila dikenakan denganku namun aku puas kerana bisa menutup aurat dengan sempurna. Tersengih-sengih seorang diri sebelum kedengaran hon kereta. Terperanjat lantas kucapai beg tangan tangan dan handsock coklat kegemaranku yang tidak sempat kusarungkan. Berlari-lari anak menuruni anak tangga. Kupandang sekilas abang-abungku yang kelihatannya enak bersantai di sofa. Main fon. Cehh!

"Bro! Cakap nak ikut aku. Jom la. Teman aku." Aku separuh mendesak dan memujuk saudaraku itu. Membayangkan kebosanan yang akan aku hadapi apabila bertandang ke bandar seorang diri.

"Malas lah." Omongan bersungguh-sungguh aku itu tidak mendapat tindak balas yang memuaskan. Diteruskan menatap smartfonnya itu tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya kepada ku. Sesungguhnya aku tidak berpuas hati.

"Jom lah." Aku mendesak lagi dengan muka yang penuh kasihan. Seperti Puss In Boots yang berpura-pura baik. Kutarik-tarik hujung bajunya yang tidak lawa itu.

"Kenapa kau suka ajak aku hah? Cuba lah ajak orang lain." ujarnya malas. Aku memandang kekiri dan kanan. Mencari-cari orang yang sesuai untuk dijadikan peneman. Big bro nampaknya sedang bad mood. Tidak sesuai aktiviti ke bandar dengan Big bro. Tittle bro tidak mengapa.

"Ajak orang lain? Siapa yang engkau maksudkan? Aku ajak kau sebab sekarang ni aku tiada abang perempuan. Kalau aku ada abang perempuan tentu aku ajak dia. Jom la. Hehe. Aku akan bagi baucer RM 50 untuk kau kalau kau ikut aku." Kujungkitkan keningku sambil tersengih kerang.

"Ada gaya seorang pemimpinlah kau ni. Kau ingat dengan baucer RM50 tu kau boleh umpan rakyat ke? Rasuah ni. Bertaubatlah." Ujarnya penuh poyo. Aku kembali memandang sinis.

"Eleh! Wait and see la." Aku mencebik.

"Okay la. Kesian little sister. Kau pergi dulu la. Nanti aku pergi dengan motorsikal." Nampaknya umpanku terlekat.

"Phew! Motorsikal tiada roadtax. Lesen motor pun tiada. Pandai-pandai lah. Ok see you there." Segera aku meluru kearah kereta. Ayahku nampaknya tenang sekalimenunggu anak perempuannya .


***

Aku kembali bersua muka dengan abangku di sebuah pusat pakaian dan buku-buku islamik. Kubiarkan melayang sekeping baucer buku untuk abangku. Sobs2. Penat aku menolong dia memilih sehelai kurta dan sebotol minyak attar. Untuk aku pula bermacam-macam jenis barang aku beli untuk menebus baucer buku yang masih berbaki RM150. Sebagai bekas pekerja di pusat pakaian tersebut, sudah tentulah aku diberi diskaun yang kaw-kaw. Hew hew hew (*-*)

Kami jengah pula kedalam pusat pakaian Zon Ria. Kelihatan seorang pekerja berbaju oren sedang tersenyum manis dimuka pintu. Penyambut tetamu. Kutilik wajah gadis tersebut. Seperti seorang yang aku kenali. Belum sempat aku camkan mukanya, dia terlebih dahulu menerpa kearah aku.

"Ehh! Kak ika. Ya Allah lamanya tak jumpa."Ujarnya penuh teruja melihat akan aku. Subhanallah. Rupa-rupanya juniorku sewaktu aku bersekolah di Besut suatu ketika dahulu. Namun perpindahan aku ke sebuah sekolah di Kuantan menyebabkan aku terpisah daripada adik-adik yang amat aku kasihi dahulu. Maklumlah anak bongsu. Matang sekali gadis itu. Jika dahulu kecil sekali, sekarang ini aku pula yang terpaksa mendongakkan kepalaku menatap matanya.

"Uih Liza. Kerja di sini ke?" Aku terkulat-kulat menanyakan soalan sebelum bersembang seketika. Rupanya dia merupakan pelajar lepasan SPM.

"Akak tu siapa. Boy friend akak ke?" Tiba-tiba soalan yang tidak aku jangkakan terpancut dari bibirnya. Bungkam aku seketika.

"Hah boy friend? Mana? Siapa?" Terperanjat lantas aku melilau memandang sekelilinng. Siapakah boyprieng yang dimaksudkannya. Ex-boyfriend aku kah? Perlukah aku menyorok sekarang. Cis! Bagaimana bisa aku mempunyai 'Ex-boy friend', sedangkan couple pun aku tidak pernah.

"Yang jalan dengan akak tadi tu la." Bicaranya disambung lagi. Terkedu seketika diriku sebelum mengekeh perlahan yang ditahan-tahan.

"Tu abang akak la dik oi. Nak ke? Muka akak ni macam orang ada boyfriend ke haa? Huu sedihnya." Terpandang keseberang jalan. Seorang perempuan yang cantik dilitupi mekap sedang berjalan dengan ayunya disisi seorang lelaki yang tersenyum kambing. Begitukah aku kelihatan bersama abangku? Sobs2. Bunyi tangisan kakakku. Aku kalau mahu dibilang ayu memang tidaklah. Seperti gangster lagaknya setia membuli abangku ditepi jalan. Bertudung litup bidang 60 lagi. Mungkin salah abangku kerana tidak memakai kopiah dah jubah Al-Arabiahnya.


Tidak usah disalahkan siapa-siapa. Mata setiap yang memandang itu berlainan. Pandangannya pun berlainan. Husnuzon. Bersangka baik. Bukan perkara mudah. Mata yang memandang tidak sama dengan kebenaran yang tersirat. Melihatkan pasangan lelaki dan wanita berpakaian tidak berapa sopan, senang sekali kita andaikan dia sebagai pasangan couple, sedangkan besar kemungkinan mereka adalah pasangan yang sudah halal diijabkabukan. Bertudung labuh dan berpakaian seperti orang alim pula bukan tiket untuk kita selindungkan kemaksiatn kita. Berhati-hati wahai hati dalam bersangka-sangka. Hew hew hew