Alhamdulillah, sedar tak sedar hari ini sudah menjangkau hari yang kesebelas aku menyusuri bulan ramadhan. Cepatnya waktu berlalu tidak terasa. Target aku untuk memaksimumkan penyerahan jiwa dah rohaniku kepada Ya Razak pun tidak tercapai dek kesibukan dengan pelbagai urusan. Terasa agak terkilan namun harus aku terima dengan lapang dada bahawa inilah hakikat kehidupan seorang mahasiswa. Walaupun begitu waktu yang terluang diisi dengan amalan yang termampu aku lakukan dengan keaadaan diri yang tidak berapa rajin.
Alhamdulillah setiap malam masih sempat bertadarus. Tarawih pun masih mampu ditunaikan setiap malam. Kerap kali juga aku dijadualkan menjadi imam tarawih disurau perempuan sehinggakan tidak berkesempatan untuk bertarawih di surau utama uitm. Kadang2 bila aku reflect diri balik terasa begitu banyak kekurangaan yang aku lakukan dibulan penuh rahmat ini.Inshaallah masih sempat lagi untuk kita sama2 memperbaiki diri.
Rindu aku untuk berpuasa dirumah bersama keluarga hanya Allah yang tahu. Acap kali juga deringan telefon bimbit ibuku bergema dikampung menanti panggilan daripada aku disahut. Mendengar suara lembut dan ramah ibuku terkadang melonjakkan hati kecil ini gembira, terkadang rasa sayu dan sebaknya mengatasi segalanya. Kasih seorang ibu sememanngnya tiada galang ganti. Haha, baju raya pun ibuku sudah hantarkn kpd tukang jahit tanpa aku ketahui. Tidak sabar menanti hari raya. geeh..
Sejujurnya ini merupakan ramadhan aku yang paling sunyi, suasana ibadah ramadhan di bangku sekolah dan ipt berlainan sekali. Kalau dulu bulan ramadhan kami hayati bersama2. Semua sahabat karib turut serta dalam semua program ibadah.yang dianjurkan. Inshaallah aku tetap juga akan mencari erti ramadhan yang sebenar disini.
Hurm ayat sedih jer.. memang sedih ponn.. nak balik oiii.. sob3.. Maaflah kalau ada sesiap yang terbaca entry yang menjengkelkan ini,, ini semua memang poyo, mungkin penulis dalam keadaan sebaruh sedar.. apa yang baik tu angguk kepala dan iyakan.. yang teruk2 tu geleng laju2 dan abaikan.. haha Mood penat dan tekanan melampau.. minggu padat dengan test n submition of assignment pd waktu yang sama. ALHAMDULILLAH masih kental.. Inshaallah ASSALAMUALAIKUM..