" Tahniah lah weh" Laju sahaja ucapan tahniah meluncur dari bibir. Sedang bibir itu juga kejap memaksa diri mengorak senyum. Kaku. Minda terawangan gersang.
"Wei kau pun sama lah, takde apa-apa pun, rezeki Allah" Wajahnya kelihatan sungguh berseri. Bahagia, mengharapkan untuk berkongsi denganku. Dirangkul erat bahuku. Tanda kasihnya. Bagai renjatan elektrik, aku terpana. Subhanallah, sahabatku ingin berkongsi gembira denganku. Sedangkan aku. Rasa pedih dan perit itu menyerang lagi. Hati itu meremuk seperti diramas-ramas.
Sahabatku aku menumpang rasa ini untukmu. Tetapi bukan untukku. Aku masih mencari erti redha dan ikhlas yang kerap kali hilang.
" Tahniah weh tahniah" ujarku lagi dalam pelukannya. Cuba mengawal intornasi suara yang kian tidak stabil. Si lembik ratu air mata ini menumpahkan mata airnya. Hatinya yang lumat dibiarkan sahaja melurut bersama air mata itu.
" Eh kau kenapa pula ni. Jangan nangis weh. Alamak." Si sahabat mulai cemas. Diusap kepalaku. Alang-alang aku ini si ketot.
" Isy kau ni. Ingat aku hamster ke apa main usap-usap." Merekah juga senyumanku melihatkan gelagat si dia.
" Hee takdelah, risau aku tengok." Sahabatku mula mengerang busuk. Hilang remukan hati melihatkan keletahnya.
" Aku fail lagi lah. Tapi takpe lah. Aku cuba lagi hehe." Rasa tenang itu mula menyusur sedikit demi sedikit melayari hati aku yang asalnya luluh. Percubaan dari Allah lagi. Ikhlaskan lah wahai diri.
" Laa, yeke. Jangan la sedih. Aku kan ada. Kalau ada masalah kita sama-sama hadapi." Senyuman dikuntum lagi memaksa aku menahan sebak.
" Ceh sweet konon." Aku mencebik.
" Haha. Yela. Itu lah gunanya sahabat."............
Sahabat? Inikah gunanya sahabat.
Andaikan kita sahabat.
Entahlah.
Haha
No comments:
Post a Comment