Dilewat malam ini, hamba Allah yang tidak berbakat dalam penulisan ini ingin menulis. Membiarkan kalam berbicara mengganti celoteh mulut yang kepenatan.
Aku seorang hamba Allah.
Haish tidak tahu bagaimana untuk aku memulakan bicara.
Terus kepada point. Aku sangat cemburu.
Pada minggu yang lalu kumpulan nasyid tanah air yang terkenal, Unic telah menyinggah ke uitm untuk rakaman rancangan dikir zikir yang bakal ditayang di tv al hijrah.
Seorang remaja lelaki turut bersama mereka, seorang yang dahulunya aku kenali dengan bertubuh masih kecil. Sukar untuk aku mengecam. Juara rancangan Adik-adikku musim ke-2, adik Munir rupanya, kini ternyata tetransform kepada seorang remaja dan pelapis ummah yang bakal menjadi seorang yang hebat. Subhanallah, semoga Allah memberkatimu.
Apa yang ingin aku nyatakan. Aku terpukul dengan bacaan ayat-ayat Allah daripadanya. Ewah qari muda. Dewan yang bingit bertukar sunyi. Ya Allah.. Ya Allah.. Sungguh merdu tarannumnya. Hati jahil ini menangis. Aku pernah berimpian menjadi seorang qariah dahulu, yang mampu membuat orang lain tergelak. Bagaimana mampu, aku bukan hafizah.
Ya sebelum ini seorang senior pernah menawarkan aku untuk menyertai pertandingan tilawah al-quran diperingkat ipt. Pergh mahu terkeluar bijik mata dibuatnya. Mahu dipijak qari2 ipt? Aku menolak sopan dengan alasan tiada pengalaman biar pun hati tergedik2 mahu. Impian kot. Senior tersebut tetap menyuruh aku menemui seorang ustazah untuk tasmik bacaan. Oh no, aku bingung tidak tahu bagaimana mahu kutolak permintaan seorang ukhti yang aku kasihi. Aku tetap pergi dengan hati yang kosong serta niat untuk mempelajari sesuatu yang baru. Ilmu tarannum sepatah haram tidak kukelek didada. Akhirnya aku tidak diterima. Ceewah, aku sekadar pulang membawa tangan kosong. Ukhti yang aku sayangi pula yang frust. Wahai ukhti, ustazah nak orang dah mahir, dah tahu semua jenis lagu2 tanannum. Saya pula bukan lagu-lagu tu, tapi apa yang ustazah sebut pun saya tidak tahu. Ustazah cakap dia pun boleh baca macam saya baca. Hee jangan harap suara je, ILMU kena ada..
Huuuuu.. Tapi saya nak belajar..
Tapi ternyata walaupun terasa diri amat jahil, masih ada lagi insan-insan yang masih tidak mampu melafazkan ayat-ayat dari kitab Allah itu. Seorang ustaz pernah menyatakan rasa sedih dah kesalnya padaku. Waktu itu aku baharu sahaja menyelesaikan tasmik hafazan surah2 untuk koko pengurusan institusi masjid. Ustaz meminta aku membantu rakan-rakan yang bukan setakat tidak mampu menghafal, malah tidak mampu membaca bait2 ayat suci. Subhanallah kalau sebelum ini, terasa diri ini yang paling jahil, dengan kehadiran seorang hafiz dalam kelas yang sama. Bacaannya sangat bagus jika dibandingkan denganku. Tetapi jika ingin ku melampiaskan rasa kerdil dan tidak bersyukur itu, ternyata ramai lagi insan yang buta Quran yang memerlukan bimbingan kita.
Aku mahu menjadi pencinta Al-Quran, pada masa yang sama aku seorang penggemar lagu tegar. Untuk itu tidak salah untuk aku melagukan bacaan Al-Quran. Boleh kan.. Kan..
Inshaallah, sekiranya saya diberi peluang, sekiranya Allah mengizinkan. Ingin sekali aku....
Hek eleh. Kau? Nak jadi qariah? hahahaha( ah lantak lah dengan suara-suara sumbang tu)
No comments:
Post a Comment