Kehidupan di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Monday, 8 September 2014
Hadiah istimewa
Wednesday, 23 July 2014
Poyo dalam menjaga hati.
Bila tersebut perkataan hati, ingin kusentuh sedikit perihal hati ini. Hati seketul daging yang menjadi punca penggerak seluruh tubuh badan bersama-sama diiringi akal. Sekeping hati itu dipegang oleh pemilik mutlaknya. Allah swt. Hati itu sifatnya berbolak-balik.
Sukarkah untuk menjaga hati itu? Jawapannya ada pada diri sendiri. Akalmu ada untuk membantumu menjaga hatimu. Sila waraskan pemikiranmu. Jaga hati itu. Hati kita milik Allah, jadi gunakan ke jalan yang benar. Jangan sampai mengundang kemurkaan Allah.
Kerana hatilah manusia jadi perasan, kerana hati manusia jatuh cinta, kerana hati jadi sedih dan marah. Terutama sekali soal cinta. Seeorang itu jatuh cinta. Ya, ada yang akan menyatakan tentang lumrah seorang manusia untuk jatuh cinta. Tidak salah selagi mana ianya tidak diluahkan. Benar? Bagaimana pula agaknya dengan memendam perasaan sehingga meralikkan jiwa. Keterujaan apabila melihat gambar crush. Crush la sangat. Main candy crush lagi best. Memerhati crush dari jauh, tersenyum sendirian. Bait2 puisi dikarang untuk menggambarkan keasyikan perasaan. Tapi tidak diluahkan. (-..-) Menjagakan itu.
No! Stop. Semakin hancur dan punah hati. Dari hati bisa turun ke mata dan dari mata boleh turun kemana-mana sahaja. Jadi untuk mengelakkan kejadian hati hancur itu berlaku, sila cegah dari awal. Tidak usah dipendam-pendam sehingga mengakibatkan diri khayal dan terbayang-bayang.
Jiwa harus tegas. Tempatkan Allah dalam hati. Mungkin sukar. Tapi hati tetap harus tegas. Jaga pandangan mata, jaga pergaulan. Elakkan mempamerkan reaksi ala-ala ayu kononnya memikat, even muslimah tudung labuh sekalipun. Yup. Sekiranya bertembung pandangan dan merasakan kelainan. Stop! Jangan cuba2 bertembung pandangan mata lagi. Tidak usah dipamerkan lagak malu sebaliknya pamerkan lagak selamba badak sumbu.
Paling penting jangan cepat perasan. Perasan sememangnya penyakit merbahaya. Seorang juling yang berupa misalnya. Seorang yang lain mulalah perasan. Atau melalui reaksi. Seseorang itu berlaku baik kepada seseorang yang lain. Mulalah terbit rasa curiga. Ajk surau yang kacak memberi bubur lambuk misalnya, saat itu rasa syok tidak terkira kerana keprihatinannya. Walhal bubur itu diagih untuk satu kolej. Bahaya perasan.
Tidak perlu aku leretkan entry ini. Aku harap sesiapa yang membaca faham apa yang aku cuba sampaikan. Jaga pandangan yang paling utama. Please lah. Lepas ni tak usah main usha-usha macam apa dah. Dalam meeting ke, program ke, kelas ke, mana2 lah., Addoii..
Allah lagi cinta orang yang menempatkaNya dalam hati. Dibandingkan dengan orang yang memendam perasaan untuk meraih syahid. Hadis berkaitan syahid dengan memendam perasaan tanpa diluahkan itu adalah hadis palsu untuk makluman.
So kejar cinta Allah, Cinta yang tu, tu akan datang juga. Tapi biarlah mengikut kehendak dan syariat islam.
Wallahua'lam..
Friday, 16 May 2014
Experience!!
Monday, 5 May 2014
Sayonara. . Farewell
Setiap insan tentu impikan untuk menjadi baik. Kau. Aku.
Walau sejahat mana hamba Allah itu. Walau bibir kencang menyumpah seranah. Walau serancak mana tangan melakukan kemungkaran, rakus memunahkan kesucian bumi dan agama. Namun jauh di sudut hati tentu terdetik walau senoktah rasa ingin menjadi baik. Mungkin pada ketika itu belum bangkit rasa untuk menjadi muslim yang sejati. Belum digoncang lagi rasa untuk menjadi pembela agama.
Ya. Lihat sahaja. Bukan semua muslim yang menjadi pembela agama pada hari ini asalnya daripada golongan agamawan. Yang membukukan harapan dan kecintaan kepada agama Allah. Asal usul mereka merata dengan pelbagai kisah kelam dibelakang mereka yang tidak mahu lagi ditapakkan langkah kebelakang. Sekali sekala ditoleh sekilas kebelakang untuk mengingatkan diri bahawa bertapa perit dan pedihnya jahiliah itu.
Aku bicarakan ini soal peluang yang dibuka untuk mereka berubah. Aku dan kamu juga wahai manusia yang memiliki secebis iman di dada. Sedap jika aku bahasakan sebagai kami. Merujuk juga kepada diriku dan kita sebagai satu pihak.
Kami hulurkan sekalung terima kasih yang tidak dapat digambar kepada mereka yang memberi kami peluang. Menunjukkan kami jalan. Bahkan mereka yang menghulurkan kami lampu suluh yang bermentol malap setelah tersadung dalam kegelapan yang menyesakkan. Sehingga kami terlihat cahaya yang terang dihujung sana.
Dan.
Sayonara jahiliah.
Jangan menjengah lagi.
Thursday, 1 May 2014
Boy friend akak ke tu? hoh O..0
"Bro! Cakap nak ikut aku. Jom la. Teman aku." Aku separuh mendesak dan memujuk saudaraku itu. Membayangkan kebosanan yang akan aku hadapi apabila bertandang ke bandar seorang diri.
"Malas lah." Omongan bersungguh-sungguh aku itu tidak mendapat tindak balas yang memuaskan. Diteruskan menatap smartfonnya itu tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya kepada ku. Sesungguhnya aku tidak berpuas hati.
"Jom lah." Aku mendesak lagi dengan muka yang penuh kasihan. Seperti Puss In Boots yang berpura-pura baik. Kutarik-tarik hujung bajunya yang tidak lawa itu.
"Kenapa kau suka ajak aku hah? Cuba lah ajak orang lain." ujarnya malas. Aku memandang kekiri dan kanan. Mencari-cari orang yang sesuai untuk dijadikan peneman. Big bro nampaknya sedang bad mood. Tidak sesuai aktiviti ke bandar dengan Big bro. Tittle bro tidak mengapa.
"Ajak orang lain? Siapa yang engkau maksudkan? Aku ajak kau sebab sekarang ni aku tiada abang perempuan. Kalau aku ada abang perempuan tentu aku ajak dia. Jom la. Hehe. Aku akan bagi baucer RM 50 untuk kau kalau kau ikut aku." Kujungkitkan keningku sambil tersengih kerang.
"Ada gaya seorang pemimpinlah kau ni. Kau ingat dengan baucer RM50 tu kau boleh umpan rakyat ke? Rasuah ni. Bertaubatlah." Ujarnya penuh poyo. Aku kembali memandang sinis.
"Eleh! Wait and see la." Aku mencebik.
"Okay la. Kesian little sister. Kau pergi dulu la. Nanti aku pergi dengan motorsikal." Nampaknya umpanku terlekat.
"Phew! Motorsikal tiada roadtax. Lesen motor pun tiada. Pandai-pandai lah. Ok see you there." Segera aku meluru kearah kereta. Ayahku nampaknya tenang sekalimenunggu anak perempuannya .
***
Aku kembali bersua muka dengan abangku di sebuah pusat pakaian dan buku-buku islamik. Kubiarkan melayang sekeping baucer buku untuk abangku. Sobs2. Penat aku menolong dia memilih sehelai kurta dan sebotol minyak attar. Untuk aku pula bermacam-macam jenis barang aku beli untuk menebus baucer buku yang masih berbaki RM150. Sebagai bekas pekerja di pusat pakaian tersebut, sudah tentulah aku diberi diskaun yang kaw-kaw. Hew hew hew (*-*)
Kami jengah pula kedalam pusat pakaian Zon Ria. Kelihatan seorang pekerja berbaju oren sedang tersenyum manis dimuka pintu. Penyambut tetamu. Kutilik wajah gadis tersebut. Seperti seorang yang aku kenali. Belum sempat aku camkan mukanya, dia terlebih dahulu menerpa kearah aku.
"Ehh! Kak ika. Ya Allah lamanya tak jumpa."Ujarnya penuh teruja melihat akan aku. Subhanallah. Rupa-rupanya juniorku sewaktu aku bersekolah di Besut suatu ketika dahulu. Namun perpindahan aku ke sebuah sekolah di Kuantan menyebabkan aku terpisah daripada adik-adik yang amat aku kasihi dahulu. Maklumlah anak bongsu. Matang sekali gadis itu. Jika dahulu kecil sekali, sekarang ini aku pula yang terpaksa mendongakkan kepalaku menatap matanya.
"Uih Liza. Kerja di sini ke?" Aku terkulat-kulat menanyakan soalan sebelum bersembang seketika. Rupanya dia merupakan pelajar lepasan SPM.
"Akak tu siapa. Boy friend akak ke?" Tiba-tiba soalan yang tidak aku jangkakan terpancut dari bibirnya. Bungkam aku seketika.
"Hah boy friend? Mana? Siapa?" Terperanjat lantas aku melilau memandang sekelilinng. Siapakah boyprieng yang dimaksudkannya. Ex-boyfriend aku kah? Perlukah aku menyorok sekarang. Cis! Bagaimana bisa aku mempunyai 'Ex-boy friend', sedangkan couple pun aku tidak pernah.
"Yang jalan dengan akak tadi tu la." Bicaranya disambung lagi. Terkedu seketika diriku sebelum mengekeh perlahan yang ditahan-tahan.
"Tu abang akak la dik oi. Nak ke? Muka akak ni macam orang ada boyfriend ke haa? Huu sedihnya." Terpandang keseberang jalan. Seorang perempuan yang cantik dilitupi mekap sedang berjalan dengan ayunya disisi seorang lelaki yang tersenyum kambing. Begitukah aku kelihatan bersama abangku? Sobs2. Bunyi tangisan kakakku. Aku kalau mahu dibilang ayu memang tidaklah. Seperti gangster lagaknya setia membuli abangku ditepi jalan. Bertudung litup bidang 60 lagi. Mungkin salah abangku kerana tidak memakai kopiah dah jubah Al-Arabiahnya.
Tidak usah disalahkan siapa-siapa. Mata setiap yang memandang itu berlainan. Pandangannya pun berlainan. Husnuzon. Bersangka baik. Bukan perkara mudah. Mata yang memandang tidak sama dengan kebenaran yang tersirat. Melihatkan pasangan lelaki dan wanita berpakaian tidak berapa sopan, senang sekali kita andaikan dia sebagai pasangan couple, sedangkan besar kemungkinan mereka adalah pasangan yang sudah halal diijabkabukan. Bertudung labuh dan berpakaian seperti orang alim pula bukan tiket untuk kita selindungkan kemaksiatn kita. Berhati-hati wahai hati dalam bersangka-sangka. Hew hew hew
Friday, 25 April 2014
MusliMAT 'MAT' Untuk Lelaki
"Oh! Yeke. Hmm..mungkin juga saya yang tidak faham. Tapi tadi saya dengar Ika asyik sebut muslimat-muslimat. Muslimat tu lelaki kan? Sebab ada 'MAT' kat belakang dia. Mat kan gelaran untuk lelaki."Tanda tanya terlerai seketika.
Krit!Krit!Krit! Tiba2 cengkerik terbang kedalam otakku. Entah dari mana datangnya. Aku merenung sepi sahabatku. Otakku membeku seketika dengan otot-otot perutku menegang. Sahabatku turut memandangku dengan muka seposen yang seharusnya tidak bersalah.
Mukaku semakin pucat menahan rasa,sehingga akhirnya aku rebah kelantai. Gelak besar terhambur. Kit Kit Kit! Kui Kui Kui! Kih Kih Kih! Terasa sakit perutku menahan geli hati. Sehingga kebawah katil tergolek.
Seketika kemudian aku tersedar. Mengucap panjang diri ini. Aku kembali berdiri menatap sahabatku yang setia memandangku tanpa sebarang reaksi. Hairan barangkali melihat diriku yang tergelak tanpa sambutan. Kuheret kerusi kayu yang buruk menghampirinya lantas aku duduk. Aku memandangnya dengan serius kembali.
"Maafkan saya. Muslimat sebenarnya gelaran untuk perempuan. Muslimin untuk lelaki. Maaflah Ika tak pandai nak terangkan lebih lanjut kepada Ana. Kalau nak tahu lebih lanjut nanti kita tanya kakak naqibah kita. Ana kalau tidak faham sesuatu time usrah terus tanya tau. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kamu mendapat ilmu baharu hari ini wahai sahabatku."Aku memperjelaskan kepada Ana.
"Oh!"Kulihat dia mula mengerti. Senyuman mula terkoyak dari bibirnya sebelum kami tergelak kecil.
"Ok jom bedal roti canai kat Hafa."Aku mengheret tangannya laju.
Biar orang bilang kita bodoh hari ini kerana bertanya soalan leceh, tapi jangan sampai kita jadi bodoh selama-lamanya kerana malu bertanya.
Permisi
Tuesday, 1 April 2014
hikmahnya ada
Thursday, 27 March 2014
Allah rindu tangis kamu kepadanya
Sunday, 16 March 2014
I wanna be Quran lover
Monday, 24 February 2014
sweetkah ukhuwah?
"Wei kau pun sama lah, takde apa-apa pun, rezeki Allah" Wajahnya kelihatan sungguh berseri. Bahagia, mengharapkan untuk berkongsi denganku. Dirangkul erat bahuku. Tanda kasihnya. Bagai renjatan elektrik, aku terpana. Subhanallah, sahabatku ingin berkongsi gembira denganku. Sedangkan aku. Rasa pedih dan perit itu menyerang lagi. Hati itu meremuk seperti diramas-ramas.
Sahabatku aku menumpang rasa ini untukmu. Tetapi bukan untukku. Aku masih mencari erti redha dan ikhlas yang kerap kali hilang.
" Tahniah weh tahniah" ujarku lagi dalam pelukannya. Cuba mengawal intornasi suara yang kian tidak stabil. Si lembik ratu air mata ini menumpahkan mata airnya. Hatinya yang lumat dibiarkan sahaja melurut bersama air mata itu.
" Eh kau kenapa pula ni. Jangan nangis weh. Alamak." Si sahabat mulai cemas. Diusap kepalaku. Alang-alang aku ini si ketot.
" Isy kau ni. Ingat aku hamster ke apa main usap-usap." Merekah juga senyumanku melihatkan gelagat si dia.
" Hee takdelah, risau aku tengok." Sahabatku mula mengerang busuk. Hilang remukan hati melihatkan keletahnya.
" Aku fail lagi lah. Tapi takpe lah. Aku cuba lagi hehe." Rasa tenang itu mula menyusur sedikit demi sedikit melayari hati aku yang asalnya luluh. Percubaan dari Allah lagi. Ikhlaskan lah wahai diri.
" Laa, yeke. Jangan la sedih. Aku kan ada. Kalau ada masalah kita sama-sama hadapi." Senyuman dikuntum lagi memaksa aku menahan sebak.
" Ceh sweet konon." Aku mencebik.
" Haha. Yela. Itu lah gunanya sahabat."............
Sahabat? Inikah gunanya sahabat.
Andaikan kita sahabat.
Entahlah.
Haha
Happy usrah day
Monday, 17 February 2014
Pilihanku akhirnya?
Sunday, 16 February 2014
Qiam seorang hamba
" Ya Allah kenapa dengan aku ni. Wahai diri kenapa harus lemah begini?". Solatnya tidak berhasil, lantas dia duduk terjelepuk diatas sejadah. Jejeran cecair panas mengalir tanpa dipinta. Laju. Tangan montoknya digenggam kejap menemukan dadanya. Dimana hatinya yang remuk bersarang. Telekung solatnya berkerunyuk dek ramasan geramnya.
Kusut. Berserabut. Sakit hati. Pedih. Segalanya dirasai. Sejadah putih mulus kian lencun.
Lantas diri beristighfar. Memohon ketenangan jiwa dari Allah. Memohon Allah mengapuskan penyakit hatinya.
Wahai diri. Dimana dirimu yang sebelum ini kuat kononya. Kamu yang lancar berbicara mengajak insan lain bersabar dan ikhlas. Dimana kamu? Begini kah kamu sekarang.
Allah sedang menguji kamu wahai hamba yang hina. Allah sedang menguji kamu dengan apa yang telah kamu perkatakan.
Teringat dia pada petikan ayat2 cinta. Saat Fahri diuji dengan sangat berat. Dirinya sangat lemah sehingga tidak mampu mengangkat takbir. Ketika itu seorang yang gila akal tapi celik jiwanya berkata dengan ucapan yang sungguh takjub.
" Dengar sini, Allah sedang berbicara dengan kamu tentang sabar dan ikhlas. Sabar dan ikhlas itulah Islam" kata2 seorang yang dianggap gila yang bisa mencelikkan mata hati.
Aku terpaku saat itu.
" Ya Allah situasi Fahri lebih teruk daripada aku." Lantas dikesat sisa2 air mata.
" Allah aku tertipu dengan diri sendiri. Aku tidak sedar Engkau mahu mengujiku dengan sabar dan ikhlas. Maafkan aku Ya Allah". Kudrat mula meresap kedalam dirinya. Sendi2 lutut mula gagah berdiri. Menyahut seruan ilahi. Bertemu dengan kekasih hati dalam qiamnya pada dua petiga malam itu. Bertemankan suram lampu koridor surau. Angin dingin menerpa lembut dari celah2 jeriji tingkap disahut tarian rancak langsir. Bisikan lembut alunan ayat2 Allah memecah kesunyian malam. Tiada siapa mengetahuinya. Hanya dia dan Ya Rabb sahaja.
" Assalamualaikum warahmatullah" qiam itu berhasil dengan tenang . Subhanallah.

.jpg)
.jpg)


.jpg)