Sekeping kad undangan perkahwinan tiba ditanganku. Cantik sekali rekaannya ditambah dengan bauan yang harum lagi. Namun, kehadiran kad undangan tersebut seolah-olah seketul batu besar yang menghempap dadaku. Bikin aku sesak dan menjadikan dunia sekelilingku bisu. Entah perasaan apakah ini.
Allah.. Berat sekali rasa ini. Perlahan-lahan aku letakkan kad tersebut ditepi meja kecil disebelah katilku. Kupejam mata rapat2 mengumpul kekuatan sambil meraup muka secara kasar. Apa yang bermasalah saat ini adalah hatiku. Kalbuku yang terasa panas dan tidak enak sekali. Kutahan air mata daripada mengalir, biar ia terbuku dikalbu itu. Lagakku kelihatan bagai cacing kepanasan.
Tiba-tiba terasa pintu kayu bilikku dikuak perlahan. Wajah seorang tua terjengah disebalik pintu tersebut. Aku bingkas membetulkan kedudukan.
" Erk opah. Ada apa opah?" Kucuba memperelok intornasi suara sambil mengukir senyum hambar.
" Min.. Kenapa tak tidur lagi ni. Dah lewat malam dah ni." Opah mendekatiku dan mengambil posisi disebelah aku.
" Eh. Haha takde apalah opah. Susah nak tidur malam ni. Cuma.." Aku tuduk merenung lantai, tidak mampu menahan rasa.
" Hurm, cerita kat opah. Kamu ingat opah tak kenal kamu. Kamu ingat dengan cara kamu ni opah tak tahu. Opah dah lama hidup kat dunia ni. Dah terlebih makan garam."
Aku merenung opah. Pandangannya penuh kasih kepadaku.
" Bukan apa opah. Sebenarnya, Gadis yang saya pernah cakap kat opah tu dah nak kahwih dengan orang lain. Tak tahulah apa perasaan saya sekarang. Saya dah lama minati dia dan berhajat menjadikan dia suri hidup saya. Tapi salah saya juga sebab lambat dan tidak punya keberanian. Sakit opah. Rasa sakit sangat hati saya. Saya tak mahu rasa perasaan ini. Kalau boleh saya nak buang perasaan ni jauh-jauh. Kenapa saya boleh timbul rasa suka yang begitu kuat ni." Aku luahkan segala yang terbuku dihati saat itu.
Tiba-tiba opah bangkit dari tempat duduknya mendengarkan kata-kataku itu. Dia berjalan menghampiri sejadah yang tergantung dikerusi lantas menghamparnya menghadap kiblat. Aku jadi terpinga-pinga dengan reaksi opahku. Masakan aku yang sedang tidak keruan, opah pula yang mahu solat.
" Opah nak buat apa dengan sejadah tu.?" Aku bertanya penuh kebingungan.
" Mukmin. Kamu datang sini. Kamu solat taubat sekarang juga." Opah menarik aku ke sejadah.
" Kamu tahu atau tidak. Perasaan cinta dan kasih sayang itu adalah anugerah dari Allah. Siapa kamu mahu campakkan perasaan itu jauh-jauh. Kamu patut bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kamu dengan perasaan kasih. Memberi kamu peluang untuk merasai cinta. Bagaimana agaknya orang yang tidak dianugerah rasa kasih sayang. Hatinya akan keras dan kaku. Bertaubat la nak. Pupuk perasaan redha dan qanaah dalam dada kamu. Bukan seorang perempuan kat dunia ni. Jangan putus asa dengan ujian Allah. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah." Opah berbicara penuh hikmah kepada cucunya ini.
Aku terkesima. Akhirnya deraian cecair panas mengalir laju dari tubir mataku. Opah mengusap-usap kepalaku..
Allah..Allah.. Allah..
Yang Maha Pemurah lagi Pengasih
Ampuni hambamu ini Ya Allah
Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahi cinta kepada hamba.