Saturday, 6 April 2013

Membina genetic diri ala rasulullah

Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi kita di lembaran ini.  perkongsian kali ini ialah membina genetic diri ala rasulullah. Genetic disini membawa maksud sifat semulajadi yang ada pada diri kita. walaupun kita pada asalnya tidak memiliki sifat2 ni, tetapi ia boleh dibentuk jika kita mempunyai keinginan yang kuat.. insyaallah..


     Genetik yang pertama ialah senyumm..  senyum :)..Sebagai insan yang normal kita memang diperuntukkan untuk tersenyum.. hm.. masakan kita takboleh nak senyum pada orang lain sedangkan rasulullah itu tidak pernah lekang senyuman di bibir... sahabat2 rasulullah sendiri pernah berkata bahawa mereka tidak pernah melihat rasulullah bermasam muka walau sekejap.. subhanallah.. itulah rasul kita.. sentiasa sabar dan bermanis muka walhal baginda dicaci maki. Jadi kita sendiri yang amal pun entah banyak mana dan entah diterima atau tidak, takkanlah tidak boleh tersenyum hah.. mungkin kadang2 kita sukar untuk tersenyum disebabkan terbawa2 oleh situasi.. nah lebih2 lagi time amarah menguasai diri.. istighfar sahabatku.. tp insyaallah masalah kita banyak dapat diselesaikan dengan bermanis muka. Jangan kerana masam mencukanya muka kita menyebabkan diri kita sukar didekati. malah mungkin kehilangan sahabat atau tidak langsung memiliki sahabat..

      Merendah diri.. dalam hidup ini setiap manusia harus memiliki kesedaran diri dan merendah diri. Ya, perlu bagi diri seseorang yang bergelar insan. Namun begitu merendah diri bukanlah dengan seseorang itu menjatuhkan keyakinan dan martabat diri sendiri.Haa jangan disalah fahami pula konsep merendah diri ini. Kita diciptakan oleh Ya Razak dengan potensi diri dan bakat masing2 yang merupakan anugerah teristimewa.Terutama kita umat islam yang sentiasa boleh. :) harus memiliki keyakinan diri yang mantap, tetapi harus hadir bersama rasa rendah diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang kerdil.Tidak kiralah walau siapa diri kita sekalipun. Kaya atau miskin. Anak datuk atau tukang kebun sekalipun. Kita harus ingat. Disisi Allah swt kita semua sama sahaja. Apa yang membezakan Setiap manusia hanyalah amalan dan ilmu. Jadi tidak perlulah rasanya untuk kita merendah diri sampai menghina diri sendiri. Kita semua hebat laa..

      Qanaah dan berlapang dada bukankah perkara mudah untuk dikecapi.Redha dengan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri. dan dugaan yang menimpa diri. Memang benar sukar untuk berlapang dada, kerana ia perlu disertai dengan sifat ikhlas dan sabar. Saya sendiri terkadang tidak dapat menerima dan bersabar dengan ujian yang menimpa, mempersoalkan sesuatu yang tidak dapat dimiliki dan apabila hak kita diambil orang lain. istighfar.. Sekiranya perasaan tersebut menimpa diri kita, kita sebenarnya sedang mempersoalkan kejadian Allah swt. Kita harus ingat disebalik setiap ujian yang menduga tersisip hikmahnya. Allah telah mengatur yang terbaik untuk diri kita. Bersabarlah.. disebalik hujan yang renyai akan disusuli pelangi nan indah.

     Bersangka baiklah kamu, HUSNUZONlah. Bersangka baik pun bukan perkara enteng. Tidak mudah, sebab kadang2 apabila kita melihat orang lain melakukan sesuatu yang mencurigakan. si iblis akan dengan cepat datang membisikkan syak wasangka ke telinga kita. Itulah iblis yang telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Adam. Tidak berakhir disitu sahaja malah daripada syak wasangka akan bercabang kepada GHIBAH( mengumpat). Free2 dapat dosa berganda. hm2. Walaupun kita tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh seseorang itu,sentiasalah bersangka baik. Namun begitu  tugas amar makrur nahi mungkar jangan diabaikan. Selidik dahulu sesuatu perkara itu.. jangan menabur fitnah sudah..

      Last but not least,perkara yang harus dititikberatkan disini ialah menjaga rahsia. Rahsia merupakan satu amanah yang sangat berat. Maka amanah itu harus dipikul dengan sebaik mungkin.Jika sekali kita pecahkan rahsia seseorang, sampai bila2 pun diri kita akan tidak dipercayai lagi. ibarat walaupun  banyak kebaikan yang kita lakukan tetapi disebabkan satu keburukan yang kita lakukan orang lain akan tengok keburukan itu.. manusia.. macam tulah.. seputih2 kertas orang tak perasan pun tapi setitik dakwat yang kecil di atas kertas tersebut orang nampak pula..diri sendiri pun sama... huuuu..

     Insyallah coretan saya yang tak seberapa ini setakat ini sahajalah. Sesungguhnya yang baik itu datang drp Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Wednesday, 3 April 2013

senyum wahai teman





Senyumlah selalu.. Allah bersamamu... sesugguhnya allah itu maha penyayang dan pemurah dalam setiap perkara.. 
Masakan tidak Dia mengurniakan aku dengan tubuh badan yang sihat, rezeki yang tidak putus2..
Dan yang aku paling syukuri ialah Dia mengurniakan aku bibir untuk terus tersenyum dan hati untuk mencetuskan rasa bahagia bagiku..
Malah aku cukup bersyukur.. Aku masih bisa berbicara dengan girang.. dan terus tersenyum..
Subhanallah senyuman yang Allah ciptakan bagi diriku ini mampu membuatkan sahabatku gembira..
Hanya dengan senyuman rasa amarahku akan terhapus secara beransur2..
Aku juga bisa menyeyembunyikan rasa gundahku disebalik senyuman..
Sungguh kuat kuasa senyuman..
Caj2 positif terkandung didalam setiap senyuman itu... yang mampu disebar dari satu hati ke satu hati..
Tunggu dan lihat sahajalah keajaibannya..
Senyuman akan terkoyak dari bibir ke bibir..
Inshaallah aku akan terus tersenyum.. mengukuti sunnah rasul..

Hijrah imanku



.
Hijrah dari istilah syarak maknanya perpidahan rasulullah dan umat islam dari kota mekah ke kota madinah... haa.. itu pada zaman rasulullah.. zaman sekarang ni ada lagi ke hijrah yang macam tu... eehh adalah.. hijrah kejalah Allah swt.. dan dengan niat yang bersungguh2 kerana Allah swt demi mengejar redhanya..

Inshaallah setiap insan akan melalui hijrah.. berhijrah dari sikap yang buruk kepada yang lebih baik.. yang kurang amal memperbanyakkan amal.. dan bla.. bla.. macam2 lah hijrah ni..
Saya sendiri pun insyaallah sedang berusaha untuk berhijrah.. hijrah hati.. iman.. 
Masih ingatkah kalian saat pertama kali cinta kalian bertasbih.. bukan filem indonesia tu hee.. yang  saya maksudkan ialah saat pertama kali cinta kalian bertasbih kepada Allah.. disaat keinginan untuk dekat dengan Allah begitu kuat sekali..
Malah hati akan berasa begitu tenang sekali apabila kita menjejakkan kaki kerumah Allah.. dalam sujud hati terasa dekat dengan Allah dan tadahan doa pula mencetuskan rasa syahdu yang teramat sangat..
Subhanallah ketika itu Allah telah menyalurkan nur hidayahnya kedalam hati hambanya..

Saya masih ingat lagi ketika perasaan itu hadir ke dalam hati ini.. waktu itu di zaman sekolah lagi.. Ia bermula dengan sebuah buku karangan Fatimah syarha yang bertajuk Pemilik Cintaku Setelah Allah dan rasul.. hee terasa amat jahil diri saat itu.. selepas itu saya cuba bergaul dengan budak2 surau.. ceehh.. diorang la yang banyak memberi tuntuk ajar pada saya... thanks korang sebab ajak saya solat subuh kat surau hari2.. thanks jugak ajak saya baca ma'tsurat lepas solat subuh dan asar.. ajak solat sunat.. solat hajat... tak lupa pada kakak saya.. sebab ajar saya cara tutup aurat yang betul.. bagi tafsir quran selalu bagi nasihat sebab saya ni degil dan keras kepala.. xtahu macam mana nk ucap terima kasih.. terbaik lah korang hehe.


Haish.. waktu di menengah atas saya mula mengikuti program usrah.. hah jadi naqibah pulak.. Ya Allah xboleh dinafikan, memang seronok la usrah ni.. rasa ada ramai sahabat.. semua baik2.. ambil berat.. hee  tapi bab yang agak sukar bagi saya ialah untuk tukar saiz hijab.. konon malu tapi mahulah.. errkk.. tapi sebab saya nak, jadi saya nekad.. berminggu2 saya simpan jilbab baru yang putih bersih dan bersaiz agak besarr.. haha akhirnya pakai jugak.. mula2 pakai 2 rasa seronok.. tapi malu lah jugak ad orang tegur2.. eeekk dah la panggil langsir.. hee takpelah.. yang penting saya rasa selesa sangat.. dan selamat.. macam dah lupa rasanya pakai tudung yang sebelum ni.. inshaallah saya harap boleh istiqamah.. Jangan malu untuk buat benda yang betul.. kalau benda yang kita buat 2 betul buat je.. jangan fikir apa yang orang nak kata.. hehe.. POSITIF 

nostalgia sahabat


Terkenang sebuah memori lalu..
kisah persahabatan kita bersama..
di dalam satu pengajian..
menuntut ilmu dan pengalaman..
mengingatkanku pengorbanamu..
terpahat padu di qalbuku..

Bersama rakan taulan dan guru..
tawa riang mu menghiburkan hatiku..
indahnya suasana ketika itu..
terjalin ukhuwah sejati..

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku..
mengenangkanku erti kehidupan..
susah payah kita hadapi bersama..
itulah asam garam dalam kehidupan..

Ya TUHANku tabahkan hatinya..
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup..
limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu..
agar hidupnya sejahtera didunia akhirat.. 


       Bait-bait lagu ni sungguh memberi kesan kepada diri aku. Aku mula mengiktirafkan lagu ini sebagai kegemaran baru aku. Dendangan kumpulan nasyid remaja lama yang digelar Shoutul Amal. Sungguh, lagu ini mengenangkan aku kepada zaman persekolahan. Persahabat aku sewaktu di bangku sekolah. Pelbagai kenangan manis menerjah ke kotak memori aku tatkala lagu ini ranjak menari dicorong telingaku. Sungguh, aku merindui zaman di mrsm dengan pemandangan koridor2 dan lorong2nya.  Teringin rasanya kembali duduk mentelaah pelajaran dipondok tepi padang. Angin yang sepoi2 bahasa mengusik jilbabku yang kulipat rapi sentiasa mengalih perhatian aku. Aku rindu bau rumput yang baru dipotong. Bau asap daripada bakaran daun2 kering dah rantin2 lama di laman nurani belakang lab fizik masih terasa menusuk hidung aku.

       Guru2 pula tidak aku lupakan. Fizik, subjek yang aku gemari diajar oleh cikgu Bahri, digelar kami sebagai Abah. Abah kami anggap sebagai bapa kami. Beliau seorang yang sangat supportive,cool, positif dan hensem bagi kami hehe. Aku tidak mungkin melupakan surat balasan Abah diatas paper fizik setelah aku mencoretkan luahah hati meminta gred A. Abah malah turut memberi beberapa patah ayat peransang untukku. Haha sungguh sporting Abah. Inshaallah Abah  tidak akan aku lupakan.


        Rasa rindu tidak terlepas kepada sahabat2 yang banyak memberi dorongan dan membantu perjuangan aku. Buat roomate aku yang tidak serik
melayan aku yang degil dan banyak karenah ini. Sanggup berkongsi apa2  sahaja. Hujung minggu yang dihujani oleh juadah dari family roomate aku. Bilik sebelah yang sentiasa meriah dengan pelbagai cerita menarik semestinya sentiasa menerima kunjungan aku yang tidak diundang. Rindu geng Badar, bila lagi agaknya kita dapat makan besar di rumah ustaz Zol, seorang guru veteran yang juga penasihat Badar. Sahabat2 yang dengan senang hatinya menemani aku yang gemar bercakap dibangku kios, dilaman geo dan ditepi koridor kelas. Yang pernah bersama2 outing denganku di bandar Kuantan. Sahabat2 satu batch aku yang aku rindui semuanya, seblok juga. Tentu akan sentiasa aku ingat. 

        Apa yang mampu aku catat sekarang hanya secebis dari memoriku. Sungguh, terlalu banyak kenangan sehingga tidak mampu dicatat. Inshaallah aku sangat mengharapkan agar ukhuwah antara kami semua dan sahabat2 yang pernah aku kenali akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ya ALLAH perkenankanlah.