Terkenang sebuah memori lalu..
kisah persahabatan kita bersama..
di dalam satu pengajian..

menuntut ilmu dan pengalaman..
mengingatkanku pengorbanamu..
terpahat padu di qalbuku..
Bersama rakan taulan dan guru..
tawa riang mu menghiburkan hatiku..
indahnya suasana ketika itu..
terjalin ukhuwah sejati..
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku..
mengenangkanku erti kehidupan..
susah payah kita hadapi bersama..
itulah asam garam dalam kehidupan..
Ya TUHANku tabahkan hatinya..
kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup..
limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu..
agar hidupnya sejahtera didunia akhirat..



Bait-bait lagu ni sungguh memberi kesan kepada diri aku. Aku mula mengiktirafkan lagu ini sebagai kegemaran baru aku. Dendangan kumpulan nasyid remaja lama yang digelar Shoutul Amal. Sungguh, lagu ini mengenangkan aku kepada zaman persekolahan. Persahabat aku sewaktu di bangku sekolah. Pelbagai kenangan manis menerjah ke kotak memori aku tatkala lagu ini ranjak menari dicorong telingaku. Sungguh, aku merindui zaman di mrsm dengan pemandangan koridor2 dan lorong2nya. Teringin rasanya kembali duduk mentelaah pelajaran dipondok tepi padang. Angin yang sepoi2 bahasa mengusik jilbabku yang kulipat rapi sentiasa mengalih perhatian aku. Aku rindu bau rumput yang baru dipotong. Bau asap daripada bakaran daun2 kering dah rantin2 lama di laman nurani belakang lab fizik masih terasa menusuk hidung aku.
Guru2 pula tidak aku lupakan. Fizik, subjek yang aku gemari diajar oleh cikgu Bahri, digelar kami sebagai Abah. Abah kami anggap sebagai bapa kami. Beliau seorang yang sangat supportive,cool, positif dan hensem bagi kami hehe. Aku tidak mungkin melupakan surat balasan Abah diatas paper fizik setelah aku mencoretkan luahah hati meminta gred A. Abah malah turut memberi beberapa patah ayat peransang untukku. Haha sungguh sporting Abah. Inshaallah Abah tidak akan aku lupakan.

Rasa rindu tidak terlepas kepada sahabat2 yang banyak memberi dorongan dan membantu perjuangan aku. Buat roomate aku yang tidak serik
melayan aku yang degil dan banyak karenah ini. Sanggup berkongsi apa2 sahaja. Hujung minggu yang dihujani oleh juadah dari family roomate aku. Bilik sebelah yang sentiasa meriah dengan pelbagai cerita menarik semestinya sentiasa menerima kunjungan aku yang tidak diundang. Rindu geng Badar, bila lagi agaknya kita dapat makan besar di rumah ustaz Zol, seorang guru veteran yang juga penasihat Badar. Sahabat2 yang dengan senang hatinya menemani aku yang gemar bercakap dibangku kios, dilaman geo dan ditepi koridor kelas. Yang pernah bersama2 outing denganku di bandar Kuantan. Sahabat2 satu batch aku yang aku rindui semuanya, seblok juga. Tentu akan sentiasa aku ingat.
Apa yang mampu aku catat sekarang hanya secebis dari memoriku. Sungguh, terlalu banyak kenangan sehingga tidak mampu dicatat. Inshaallah aku sangat mengharapkan agar ukhuwah antara kami semua dan sahabat2 yang pernah aku kenali akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Ya ALLAH perkenankanlah.

No comments:
Post a Comment