Sunday, 2 September 2018

Nak kawen tak

Kawen.

Perkataan yang digemari anak-anak muda awal 20an. Im 23. Usia dimana manusia2 baya aku dihujani perkataan tersebut.

Serius, aku sendiri tak sangka. Betol-betul aku dihujani perkataan "kawen". Kind of experience. Pergi mana-mana orang tanya abis blaja dah ke? Keja kt mana? Then kawen dok lagi? Haha lawak. Awalnya syok bila orang-orang duk tanya pasal kawen. Dah besar ke aku ni? Kui2. Then lama-lama, kau akan rasa sedikit serabut bila dihujani soalan soalan-soalan tu.

Siapa tak ingin mendirikan rumah tangga. Tapi bila dah dewasa sikit ni, mula memikirkan komitment. Macam-macam nak kena buat. Sampai kau terpaksa letak tepi kejap soal kahwin. Belum sedia. Mental dan fizikal.

Kadang sampai tertanya-tanya kenapa muka kawah macam ni pun ada makcik2 nak buat menantu. 😂😂 Kah kah. Makcik2 Muslimat terutamanya kui2. Aku selalu mengelak walaupun aku tahu makcik-makcik tu bergurau.

Sebenarnya nak kahwin tu. Tapi belum bersedia lagi. Biarla masa yang menentukan. Aku pun tak tahu lagi kemana hala tuju. So tak payah lah nak tanya-tanya anak orang bila nak kawen bla2. Kalau dah sampai jodoh tu, kawen lah tu.

Dia macam, hati belum terbuka untuk menerima kehadiran seorang yg asing untuk menjadi sebahagian hidup.

I think, i want to fall in love first. Tapi bukan mudah aku nk suka-suka hati fall in love dengan siapa2. Rasa macam tak pernah fall in love. Sebab Allah yang jaga hati kita ni. So aku yakin suatu hari nanti, Allah yang akan buatkan aku fall in love with someone. With the right person.

Wehhh bapak ahh. Geli cakap pasal love. Takpa lah. Aku dah lama nk merapu macam ni. Selalu merapu kat status ws je, then embrassing bila orang komen merapu2. Syok jugak merapu kat blog, bukan ramai pun orang nak view blog aku. Mungkin ada la 2/3 orang termasuk korang.

Tahniah sebab view blog super merapu ni. Applause😚👏👏

Ahh jangan kacau aku.

Terasa..

Orang yang cepat terasa.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu macam mana untuk berhadapan dengan orang yang cepat terasa. Biasanya perempuan. Omg. Kenapa mudah gila orang perempuan ni terasa. K.. Aku pun perempuan. Kadang-kadang aku terasa jugak. Tapi bila orang cakap benda tak enak depan batang hidung kau, mana tak terasa nya.

Tapi ini lain... Terasa dia pelik. Menda yang tak ada kaitan dengan diri dia pun boleh terasa. Ini perasan bukan terasa..

Hurm bye malas aku nak cakap apa2..

Saturday, 1 September 2018

Broken

Macam-macam dah aku lalui. Macam-macam jenis orang dah aku jumpa. Tapi bagi aku, apa yang aku lalui takde lah teruk sangat.

Plan itu ini, tapi tak menjadi. Tapi aku try rileks. Sebab Tuhan sebaik-baik perancang. Mungkin juga aku tak meletakkan effort yang tinggi. Tak meletakkan harapan yang tinggi. Supaya aku tak kecewa kelak.

Meh, nak story cerita boring pasal hidup aku. Kita throwback sikit.

Kalau tak silap pada tahun 2015 mungkin. Yang aku ingat masa tu, aku dalam semester 4 diploma. Naik moto daripada Matin(Maahad Tarbiah Islam Al-Nawawi) menuju ke Uitm nak ambik kawan. Ok masa ni, berlaku satu kejadian besar dalam hidup aku yang tak pernah aku lalui sebelum ni. U know what. Aku terlibat dalam satu accident dengan Mercedes. Aku yg langgar bumper kereta tu, sebab dia membelok tanpa bagi signal. Patah tangan kanan aku. Tengah study week time tu. Tak boleh ambik exam, sebab balik rumah. So, kesimpulannya aku terpaksa repeat sem. Satu paper pun tak ambik.

Aku tak sedar pun, time tu repeat sem merupakan suatu perkara yang berat bagi aku, aku hilang classmate aku. Masuk kelas dengan junior. Tambahan aku yang agak introvert ni, memang agak susah untuk aku bawa diri. tambahan dengan kos aku ni Geomatik(ukur tanah), memang sangat perlukan kerja berkumpulan untuk kerja Lapangan. Sejujurnya aku, sukar nak bawa diri dalam environment baru tu. Makin lama keadaan jadi makin teruk. Sesungguhnya Tuhan memang tengah menguji aku time tu. Tiap kali test result teruk, study pun entah kemana. Tuhan je tahu betapa mental break downnya aku time tu. Sejak aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat result exam seteruk tu. Dan perkara itu berterusan. Tapi aku still teruskan study. Jangan tanya berapa banyak air mata aku tumpah nak hadap semua tu. Bukan sebab result exam teruk sahaja, tapi bila tengok kawan-kawan baik satu batch semua pergi survey camp sekali. Study untuk exam sama-sama, sementara aku struggle sorang-sorang. Junior ni ada semangat batch yang kuat, so agak sukar diorang nak terima kehadiran pendatang macam aku. Perkara itu berlarutan, sehingga, buat kali pertama aku fail paper sem itu. Satu tamparan yang hebat. So, subjek untuk aku bawak next sem makin banyak. Aku decide untuk repeat sem.

Bukan keputusan yang mudah. Tengok kawan-kawan rapat satu batch semua dah grad. Aku masih disitu, berjuang menghabiskan sisa-sisa sem. Pada sem-sem akhir, aku betul-betul depress. Tapi aku simpan je rasa aku pada masa tu. Tak berhajat untuk share dengan siapa-siapa pun. Aku betul-betul tak kuat. Pelajaran merosot sangat. Air mata je jadi saksi. Aku banyak buat keputusan bodoh. Mental betul-betul tak stabil. Aku sorang-sorang dan aku tak berhajat nak ceritakan pada siapa-siapa. Aku malu sahabat-sahabat nampak lemah aku. Pretending to be strong. Gelak tawa aku memang tak lekang. I smile. Under the broken heart.

Lastly, aku dah tak tahan. Payah. Aku confest dekat family. Aku nak quit. Gila-gila aku memang sungguh-sungguh nak quit. Mak aku agak terkilan. Tapi dia pujuk aku suruh habiskan belajar. tinggal satu sem je lagi. Tapi aku betul-betul tak tahan. Jiwa aku memang dah koyak-rabak. Aku dah tak ada semangat nak belajar. Kuliah aku tak pergi. Lecturer pun ada yang tanya, tapi lecturer tak ambik tindakan pun. Aku fikir dengan tak pergi kuliah aku akan diberhentikan pengajian. Mungkin sbb aku super senior so, lecturer tak ambil kisah sangat. Paling bodoh pernah aku buat. Aku tak hadir final exam. Macam-macam perangai yang aku buat, tapi orang lain tak tahu. Tapi still aku disitu meneruskan pengajian.

Kenapalah berat sangat bagi aku. Tak salah statement. Kenapalah aku bodoh sangat.

Setelah beberapa ketika, aku decide untuk let go, perasaan berat dalam hati aku ni. Belajar untuk redha dan qanaah. Ikut flow. Hasil dari perangai pelik yang aku buat, aku berhasil untuk extend pengajian dua semester. Aku banyakkan muhasabah diri. Banyak pergi Matin dengar kuliah agama.

Mungkin sebelum ini aku tak dapat terima kegagalan. Begitulah lumrahnya, orang yang tak pernah melalui kegagalan dalam hidup. Sekali bersahut-sahutan ujian datang. Aku pujuk hati aku. Bersangka baik dengan Allah. Ada sebab Allah uji aku sebegitu. Diuji dengan perasaan sendiri sebenarnya. Aku berperang dan berbalah dengan bahagian diri aku yang negatif.

Akhirnya aku berjaya tamatkan pengajian. Aku menangis bila hardcover thesis aku di approve. Yang bermakna aku berjaya tamatkan pengajian. Tamatkan hempas-pulas itu. Walau mungkin keputusan CGPA aku tidak lawa, Tidak mengapa. Aku memperolehi satu benda yang sangat berharga yang tak semua orang berpeluang melaluinya. Pengalaman Hidup. Terima kasih Allah atas ujian ini. Baru aku faham apa makna nikmatnya ujian Allah.

Baru sekarang aku confess perkara ni. Tak apa biar jadi pengajaran dalam hidup aku. Semoga jadi lebih kuat.

Kenapa Tuhan Menguji Kita?

Bila ditimpa musibah, kita selalu mengadu dan minta pendapat teman-teman rapat. Minta Solusi. Nak Didengari. Then, sahabat cakap inshaaAllah ada penyelesaian. Doa kat Allah banyak-banyak.

Tapi selalu kita tak ambil ke hati bila disebut tentang doa. Buat tak endah. Kita butuh solusi duniawi lagi. Leceh bunyi doa-doa ni. Bila doa ni maknanya kita yakin betu-betul kat Allah. Musibah Allah bagi pada kita tu ada sebab dia. Bukan saja-saja Allah nak tengok hamba dia jatuh tergolek terlentang. Allah nak test imam kita time tu.

Cuba fikir balik, berapa kerap kita mengaji al-quran dalam seminggu. Tak. Dalam sebulan. Sibuknya kita sampai nak tambah saham akhirat untuk diri sendiri pun tak sempat. Tak cakap lagi time solat. How is ur solat quality. Berapa kali time solat tu jiwa dan otak memikirkan tuhan. Zikir tak lepas solat? Mintak doa elok-elok tak? Faham tak mintak apa dalam doa tu. Ni sebabnya kita dah tak ada feel beribadat. Buat sebab benda tu wajib je. Macam mana hidup nak tenang bila dilanda musibah.

Kita bila ditimpa masalah teruk-teruk tu ada sebab Allah bagi. Kalau kita mempersoalkan pun jawapan dia tetap sama. Kalau kita dah lama tak menghadap tuhan betul-betul, maknanya Allah nak suruh kau cari solusi dengan menghadap tuhan bila dah habis cara kau try. Cuba ambik contoh orang-orang soleh yang ditimpa musibah teruk. Macam mana diorang boleh hadapi benda-benda tu tanpa melatah. Sebab diorang ni tahap qanaah dan redha dengan ketetapan Allah tu tinggi.

Kita ni, bila suruh doa kat Allah pun duk main "Alaa, kau tak paham masalah aku sebenarnya". Haaa lepastu mengeluh. Ok mengeluhlah selamanya, semoga masalah kau settle. Suruh mengadu kat Allah buat tak endah. Bro, sis, kita semua memang akan ditimpa masalah. bezanya tahap ujian yang Allah bagi pada kita tu. Dan macam mana kita menerimanya. Yakinlah setiap ujian yang kau terima tu buakanlah selamanya. Ada masa kita kat atas, dan ada masa kita kat bawah. Walau macam manapun, jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Teruskan berdoa dan berdoa, even sampai keluar air mata darah sekalipun. Yakinlah, suatu hari nanti Allah akan berikan yang terbaik, Allah akan bagi solusi. Jangan give up, ramai lagi diluar sana yang ditimpa ujian lagi besar, tapi tak pernah putus asa berdoa. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Berusaha dan menantikan saat-saat kemanisan. Kalau mungkin bukan di dunia, disyurga nanti InshaaAllah.