Saturday, 1 September 2018

Broken

Macam-macam dah aku lalui. Macam-macam jenis orang dah aku jumpa. Tapi bagi aku, apa yang aku lalui takde lah teruk sangat.

Plan itu ini, tapi tak menjadi. Tapi aku try rileks. Sebab Tuhan sebaik-baik perancang. Mungkin juga aku tak meletakkan effort yang tinggi. Tak meletakkan harapan yang tinggi. Supaya aku tak kecewa kelak.

Meh, nak story cerita boring pasal hidup aku. Kita throwback sikit.

Kalau tak silap pada tahun 2015 mungkin. Yang aku ingat masa tu, aku dalam semester 4 diploma. Naik moto daripada Matin(Maahad Tarbiah Islam Al-Nawawi) menuju ke Uitm nak ambik kawan. Ok masa ni, berlaku satu kejadian besar dalam hidup aku yang tak pernah aku lalui sebelum ni. U know what. Aku terlibat dalam satu accident dengan Mercedes. Aku yg langgar bumper kereta tu, sebab dia membelok tanpa bagi signal. Patah tangan kanan aku. Tengah study week time tu. Tak boleh ambik exam, sebab balik rumah. So, kesimpulannya aku terpaksa repeat sem. Satu paper pun tak ambik.

Aku tak sedar pun, time tu repeat sem merupakan suatu perkara yang berat bagi aku, aku hilang classmate aku. Masuk kelas dengan junior. Tambahan aku yang agak introvert ni, memang agak susah untuk aku bawa diri. tambahan dengan kos aku ni Geomatik(ukur tanah), memang sangat perlukan kerja berkumpulan untuk kerja Lapangan. Sejujurnya aku, sukar nak bawa diri dalam environment baru tu. Makin lama keadaan jadi makin teruk. Sesungguhnya Tuhan memang tengah menguji aku time tu. Tiap kali test result teruk, study pun entah kemana. Tuhan je tahu betapa mental break downnya aku time tu. Sejak aku sekolah rendah, aku tak pernah dapat result exam seteruk tu. Dan perkara itu berterusan. Tapi aku still teruskan study. Jangan tanya berapa banyak air mata aku tumpah nak hadap semua tu. Bukan sebab result exam teruk sahaja, tapi bila tengok kawan-kawan baik satu batch semua pergi survey camp sekali. Study untuk exam sama-sama, sementara aku struggle sorang-sorang. Junior ni ada semangat batch yang kuat, so agak sukar diorang nak terima kehadiran pendatang macam aku. Perkara itu berlarutan, sehingga, buat kali pertama aku fail paper sem itu. Satu tamparan yang hebat. So, subjek untuk aku bawak next sem makin banyak. Aku decide untuk repeat sem.

Bukan keputusan yang mudah. Tengok kawan-kawan rapat satu batch semua dah grad. Aku masih disitu, berjuang menghabiskan sisa-sisa sem. Pada sem-sem akhir, aku betul-betul depress. Tapi aku simpan je rasa aku pada masa tu. Tak berhajat untuk share dengan siapa-siapa pun. Aku betul-betul tak kuat. Pelajaran merosot sangat. Air mata je jadi saksi. Aku banyak buat keputusan bodoh. Mental betul-betul tak stabil. Aku sorang-sorang dan aku tak berhajat nak ceritakan pada siapa-siapa. Aku malu sahabat-sahabat nampak lemah aku. Pretending to be strong. Gelak tawa aku memang tak lekang. I smile. Under the broken heart.

Lastly, aku dah tak tahan. Payah. Aku confest dekat family. Aku nak quit. Gila-gila aku memang sungguh-sungguh nak quit. Mak aku agak terkilan. Tapi dia pujuk aku suruh habiskan belajar. tinggal satu sem je lagi. Tapi aku betul-betul tak tahan. Jiwa aku memang dah koyak-rabak. Aku dah tak ada semangat nak belajar. Kuliah aku tak pergi. Lecturer pun ada yang tanya, tapi lecturer tak ambik tindakan pun. Aku fikir dengan tak pergi kuliah aku akan diberhentikan pengajian. Mungkin sbb aku super senior so, lecturer tak ambil kisah sangat. Paling bodoh pernah aku buat. Aku tak hadir final exam. Macam-macam perangai yang aku buat, tapi orang lain tak tahu. Tapi still aku disitu meneruskan pengajian.

Kenapalah berat sangat bagi aku. Tak salah statement. Kenapalah aku bodoh sangat.

Setelah beberapa ketika, aku decide untuk let go, perasaan berat dalam hati aku ni. Belajar untuk redha dan qanaah. Ikut flow. Hasil dari perangai pelik yang aku buat, aku berhasil untuk extend pengajian dua semester. Aku banyakkan muhasabah diri. Banyak pergi Matin dengar kuliah agama.

Mungkin sebelum ini aku tak dapat terima kegagalan. Begitulah lumrahnya, orang yang tak pernah melalui kegagalan dalam hidup. Sekali bersahut-sahutan ujian datang. Aku pujuk hati aku. Bersangka baik dengan Allah. Ada sebab Allah uji aku sebegitu. Diuji dengan perasaan sendiri sebenarnya. Aku berperang dan berbalah dengan bahagian diri aku yang negatif.

Akhirnya aku berjaya tamatkan pengajian. Aku menangis bila hardcover thesis aku di approve. Yang bermakna aku berjaya tamatkan pengajian. Tamatkan hempas-pulas itu. Walau mungkin keputusan CGPA aku tidak lawa, Tidak mengapa. Aku memperolehi satu benda yang sangat berharga yang tak semua orang berpeluang melaluinya. Pengalaman Hidup. Terima kasih Allah atas ujian ini. Baru aku faham apa makna nikmatnya ujian Allah.

Baru sekarang aku confess perkara ni. Tak apa biar jadi pengajaran dalam hidup aku. Semoga jadi lebih kuat.

No comments:

Post a Comment