Sesampai di uitm mesej2 yang kunantikan singgah di phone burukku. Haish baru sampai dah panggil meeting, usrah, program. Hee mmg itu pun yang aku nantikan. Untuk kembali menghadap muka2 nakal yang sentiasa aku ingati.
Memang malam tu kami bertapa agak lama disurau dahlia satu. Berusrah pada jam 10 mlm. Disambung pula dengan meeting. Hampir pukul dua jugak la. Assignment xpayah cakap, memang tidak sempat kubuat pada masa cuti. Maklumlah sibuk memanjang hee.
Fuhh.. lebih tengah malam kami selesaikan urusan. Keletah dan perangai masing2 yang poyo2 semua bikin aku tidak mengah melayan .
Selesai sahaja aku berkejar kebilik. Dalam perjalanan sempat aku kuak pintu bilik rakan sekelas aku. Cerah je bilik, tak tidur lagi ye norhh. Hamboih layan kepop malam2 buta kawan aku sorang ni.
" Hoih tak tidur lagi, hehe" sergah ku perlahan, terlupa memberi salam.
"Uih, gi mana neh malam2 buta, bertudung litup" diusyar aku dari atas kebawah yang berpakaian lengkap. Buku nota kukelek dibawah ketiak. Tafsir pemberian kakak kupegang kemas. Kuhanya mampu tersengeh.
" Alaa, takda pa lah. Ada kerja sket. Macam biasa. Weh rindu hang lah." aku sekadar berbasi basa.
" Haha rindu sangat la tu. Yang ni tak penat ka. Aku tengok siang malam busy. Meeting tu, meeting ni. Haish kalau aku dah lama aku stop. Haish." Sidia mula membebel rancak. Prihatin sungguh hang ni.
Aku terfikir-fikir. Penat tu mungkin ada dan tidak aku nafikan. Waktu yang aku luangkan untuk urusan ini. Pengorbanan waktu bersama kawan sebaya, waktu study dan waktu rehat. Haa. Apa yang aku fikir sekarang, aku tidak melakukan kerja yang sia2. Yakinlah, Allah akan membantu kita sekiranya kita membantu agamanya. MengingatiNya membuatkan mengahku hilang. Timbul seribu kenikmatan dan kecintaan dalam melaksanakan kerja2 ini.
Syukur Allah..
.jpg)
No comments:
Post a Comment