Tuesday, 1 April 2014

hikmahnya ada

Perjalanan kami itu mengambil masa berjam-jam lamanya. Ya dari  Perlis ke Kedah yang sepatutnya mengambil masa sejam mungkin telah menyeret masa yang lama. Bermacam halangan ditempuh. Ya Allah permudahkan lah. Telinga aku menangkap bisikan selawat dari bibir sahabat-sahabat yang terkumat kamit.

Membawa niat yang menggunung tinggi. Untuk mengambil berkat seorang agamawan yang kami sanjungi.
Subhanallah.. Sheikh Zainul Asri yang kami sanjungi, seorang mudir di Darul Hadis.

Rombongan kami membawa 3 buah kereta. Geng2 muslimat sahaja. Pada hari yang sama hujan yang sekian lama tidak menyimbah bumi berderapan. Sudah agak lewat kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama. Ya Allah sempatkan lah kami kesana.

Azan maghrib mula berkumandang. Kami tetap meneruskan perjalanan sambil melilau mencari perhentian solat. Pada masa yang sama, aku dapati rombongan kereta kancil merah tidak lagi mengekori Hyunda kami. Aku minta sahabat menghubungi mereka.

"MasyaaAllah, kereta depa rosak na. Tapi depa suruh kita teruskan ja perjalanan, depa dah call pemilik kereta sewa tu."

Subhanallah, kesian sahabat-sahabatku. Aih jauh-jauh perjalanan ni kereta buat hal pulak.Tidak lama selepas itu kami pula yang tersesat, berpecah dengan rombongan dihadapan kami dek jem. Aih beberapa kali kami tersesat dek jalan Alor Star yang bercabang-cabang. InshaaAllah segalanya akan berjalan lancar. Kami tenang. Kami akhirnya bertemu kembali di sebuah stesen petronas dan menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah.

Usai solat kami meneruskan perjalanan yang hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. 

Ya kami sampai. Kami sampai. Namun suasana masjid dituju kami gelap gelita. Hanya lampu gerai-gerai kecil sahaja yang menyala malap. Penuh tanda tanya dalam benak. Aishh. Apakah silap tempat. Mana mungkin tersilap, kami dapati deretan kenderaan tersusun ditepi jalan. 

Kami bertanyakan penjaga gerai. Rupanya blackout satu kampung seusai maghrib. Pada masa yang sama berlaku histeria yang bertali arus dalam kalangan pejalar Darul Hadis di dalam masjid yang kelihatan agak besar tetapi separuh siap. Sheikh tidak jadi meneruskan ceramah pada hari itu, beliau sudahpun pulang.

Subhanallah kami berlapang dada..

Kami tetap melangkah kedalam masjid yang gelap gelita. Jemaah  baru sahaja usai solat isyak. Pelajar darul hadis kebanyakannya. Berselawat dengan lantang sekali sehingga menegakkan bulu romaku....

Kami pulang..

Berlapang dada. Memuhasabah diri diatas aturan Allah. Indah sekali aturan Allah. Bersangka baiklah. 

Ya, Kami tahu terkandung seribu hikmah. Alhamdulillah


1 comment:

  1. kadang-kadang, ilmu yang diperolehi bukan shja ditempat menuntut ilmu, ada juga diperjalanan.

    insyaallah, Allah melihat usaha itu.

    ReplyDelete