Thursday, 28 November 2013

ENTAH ADA APA DENGAN CINTA

 Assalamualaikum.. Sudah sekian lama jemariku tidak mengetuk papan kekunci laptop. Begitulah sudah begitu lama tidak kuupdate blog ini semenjak bergelar mahasiswa. Agaknya sudah boleh aku membersihkan sawang2 yang berserabai dalam blog ini. Labah2 juga mungkin sedang bahagia berumah tangga.

  Entry aku kali ini sekadar untuk luahan hati sendiri sahaja. Tiada apa2 yang penting untuk dibicarakan. Sekadar untuk menghidupkan kembali blog terbengkalai ini mungkin. ewah..

  Aku ingin sekali menyentuh soal cinta. Ada apa ya dengan cinta ini.? Entah.. cinta apa yang dimaksudkanmu? Aku tidak ngerti pada awalnya. Bagaimana rasanya cinta? Dan apa syaratnya cinta itu?

   Kulihat remaja berlainan jantina berkepit sana sini. Meluahkan sayang dan janji2 manis. Malah dengan sewenang- wenangnya bersentuhan. Tiada lagi batas bergaulan dan dosa. Apakah ini yang dinamakan cinta?

    Seringkali aku tercari-cari makna cinta yang sebenar. Bukan mencari cinta dusta dan dosa manusia yang bakal berdepan azab Allah swt. Rupanya cinta itu sebenarnya amatlah indah, suci dan membahagiakan. Ia tidak buta, bahkan tiada istilah cinta buta kerana cinta itu sungguh mulus dah suci yang Allah swt hadirkan dalam hati hamba-hambanya yang bertakwa.

    Ya, cinta suci itu adalah dimana perasaan cinta itu sentiasa meletakkan Allah sebagai yang utama. Allah adalah cinta pertama manusia seharusnya. Barulah diiringi oleh cinta kepada manusia dengan menjadikan Allah swt sebagai dasar cinta itu. Sungguh tidak dapat kubayangkan keindahan cinta itu jika demikian.

    Benar, cinta itu tidak salah. Cinta itulah adalah fitrah setiap manusia. Tetapi ia harus dijaga sebaiknya kerana cinta itu boleh bertukar menjadi syaitan jika diikut hawa nafsu.

    Kau bercinta? sudah tentu boleh. Tetapi ikutilah syariat islam. Apakah kau mampu untuk menjaga pandangan? Mampukah kau menjaga hati? Mampukah kau menahan diri dari menghantar sms kepadanya? Mampukah kau menahan diri dari bertemu dengannya? Sudah luluskah ilmu fardhu ainmu? Sudah stabilkah ekonomimu? Sudah bersediakah kamu untuk memperisterikanny??? Sudahkah kamu?

    Jika sudah bersedia dengan segala bekal iman dan takwa dan lain2 aspek silakan. Jika tidak mampu biarkan dulu. Simpan perasaan itu dalam2 didalam hati. Sekadar minat dan suka tidak salah tetapi jangan sekali-kali diluahkan sekadar untukmengundang reaksi. Persiapkan diri dahulu. Allah maha mengetahui perasaannmu. Sekiranya tiada tempat untuk meluahkan perasaan itu luahkan kepada Allah swt. Kerana Dialah yang menciptakan rasa cinta itu dalam hatimu.

    Jangan kau cemarkan cinta Allah yang suci itu. Bersabarlah. Utamakan perkara yang penting dahulu dalam hidupmu. Allah telah menetapkan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang dicintai. Sesungguhnya cinta Allah adalah cinta yang paling agung dan kudus kerana ia kekal hingga kesyurga.

No comments:

Post a Comment