Saturday, 21 December 2013

Mencipta Diri

Awal semester dua.. genap sebulan sudah aku bergelar pelajar semester dua diploma sains geomatik.

Pejam celik, sedar atau tidak aku kini menempuh semester yang paling mencabar sebagai students geomass. Yaiya bah, masakan tidak, jadual kuliah aku jika sekali jeling macam ikan sardin sudaa. Dengan lp(latihan praktikalnya 3 kali seminggu. Haih ditambah pula dengan lp luar waktu pada setiap jumaat untuk kusudahkan denda cerapan matahari sebanyak 24 cerapan.

Bagi mereka itu mungkin cool. Berjemurkan panas mentari dengan berjaket merah. Menadah mata dibawah corong teleskop. Terkadang ternanti2 kemunculan sinaran mentari dibawah kepulan awan. Ya, tidak aku nafikan kerja2 itu menyeronokkan. Tidak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut. Mungkin ada segelintir yang tidak memahami kerja aku yang "COOL" ini. hehe. Semua itu dapat digambarkan dengan lelehan peluh mengalir didahi masing2, sambil mengeraskan otot2 betis mendaki aras aras 4 k0lej.

Itu hanyalah sedikit gambaran tugasan kami. Bekerja dalam kumpulan mungkin terkadang memberi tekanan dan masalah. Tapi sedikit sebanyak aku kini sudah boleh menerima semua itu sungguh "Cool".

Aku sering dinasihatkan supaya bersabar oleh ukhti-ukhti malah oleh saudara kandungku sendiri. Disebalik setiap kejadian yang berlaku pasti terselit seribu hikmah. Amat mempercayai kata-tersebut. Aku kagum malah berpegang dengan kata2 tersebut bagi mencari kekuatan.

Sejujurnya aku seorang yang lemah, kurang keyakinan diri. Pandai pun tidak sangat. Dulu aku tidak yakin boleh melakukan sesuatu yang berat.

Pernah kukhabarkan kepada diriku sendiri.
"Hoi! Kau ada bakat ke?" huish cermin pun lagi menyampah tengok diri aku.

Ini semua ayat-ayat manusia yang tiada matlamat.

Tapi baru aku sedar aku ada sesuatu yang jarang ada pada orang lain.Aku ada sahabat2 yang sentiasa memberi perangsang untukku. Mereka seolah-olah jaring2 yang muncul disaat aku hampir terhumban kedalam kawah berapi. Menyelamatkan aku dari terus terleka dan kecewa.

"Sebab itulah Allah hantarkan mereka semua untuk kamu, Allah sayangkan kamu" Kakakku pernah berkata demikian pada ku.

"Kamu pernah tak berhajat mencapai kejayaan macam yang kak capai hari ini?" soal kakak tersayang.Soalan apakah ini? Aku diam, ya mungkin pernah.

" Tapi sebenarnya kak nak jadi macam kamu." Sambung kakakku lagi. Hoh terkesima aku, kenapa nak jadi macam aku. Aku tiada otak yang bergeliga. Tidak petah berbicara sepertimu.

" Hoh nak jadi saya, haha buat apa, saya bukan ada apa-apa pun. Cakap pun tergagap2. Tapi kan saya bercita2 nak jadi seorang pendakwah yang hebat. Seorang yang bijak.Kagum saya tengok pendakwah2 yang hebat . Boleh ke hehe?"Kukembali tersengih2 teringat akan diriku yang sedari kecil berangan-angan memiliki otak insan2 yang hebat.

" Kita mungkin sering mahu menjadi orang lain. Sedangkan orang lain pula nak jadi macam kita. Jadilah diri sendiri" ujarnya kembali.

Aku terdiam. Ya benar kita mungkin sering mengagumi orang lain sehingga tidak dapat melihat kelebihan yang ada pada diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Cipta diri sendiri dengan unsur-unsur positif bukan unsur-unsur negatif.


No comments:

Post a Comment