Rindu yang bersarang dihati akhirnya terlerai jua. Rindu yang luar biasa bagiku. Rindu untuk bersama2 sahabat tercinta berkumpul dalam usrah kami.
Walaupun kami menghadapi pelbagai kekangan, namun Allah tetap memilih kami untuk bertemu di BK10 pd malam itu. Usrah pada kali itu agak lain daripada biasa kerana bergabung dengan muslimin dalam kuantiti yang agak besar. Usrah gabungan. Lebih kepada untuk membuka minda kami sebagai adik2 ta'arif 2. Ceh adik.
Ingin sekali aku kongsikan sedikit bibit-bibit bicara seorang akhi. Sekian lama aku tidak mendengar perkongsian yang mengkagumkan daripadanya. Seperti yang aku jangkakan perkongsian daripadanya sentiasa lain daripada yang lain dan berjaya memancing mindaku.
Akhi itu kini berada di sem akhir kos sains sukan. Aku pada mulanya agak terkesima kerana jarang-sekali pelajar kos sains sukan akan bergiat aktif dalam gerak kerja usrah. Namun aku lagi terkesima apabila dia mengkhabarkan bahawa dia tidak ingin meneruskan pengajian dalam kos tersebut. Kenapa?
Kerana baginya dia tidak mampu. Bagaimana? Tanda tanya menghurung benakku. Kos sains sukan yang agak sosial. Membabitkan pergaulan bebas yang agak besar. Memerlukan mujahadah yang tinggi. Mungkin ada yang menceburi bidang yang berlainan dengan fikrahnya bertujuan untuk meyebarkan dakwah, menyambung sunnah rasulullah dalam kalangan manusia yang belum terbuka pemikirannya. Namun setiap gerak kerja islam harus dilakukan dalam berkumpulan, bersama sahabat- sahabat.
Ya, sudah tentu matlamat menyebarkan islam sukar dicapai jika dilakukan sendirian. Bahkan diri sendiri berkemunkinan besar terpengaruh dengan mereka yang sebaliknya. Memilih untuk berdakwah seorang diri merupakan satu cabaran yang sangat berat.
Sekarang baru aku memahami apa yang cuba disampaikan akhi tersebut. Dia seorang yang hebat, masih tidak mampu untuk berseorangan. Memilih untuk meneruskan gerak kerja islam bersama sahabat-sahabat.
Kami semua banyak dinasihati. Mindaku tercelik dengan kata-katanya.
"Sekiranya tidak mampu untuk melakukan kerja dakwah yang berat, pilihlah untuk mendakwah diri sendiri dahulu. Bila dah rasa kuat dan ada sahabat-sahabat disekeliling bolehlah kita teruskan agenda kita. Itulah pentingnya sahabat."
Bagaimana pula dengan diriku yang serba kekurangan ini. Aku yang masih menagih ilmu. Yang masih jahil dari ilmu agama. Aku yang dahulu berhajatkan berdakwah dalam kalangan teman-teman. Semuanya sukar kerana aku sendirian. Tersepit dicelah-celah kemaksiatan. Ramai yang aku dapati kecundang dan tewas. Tapi aku kini ditemani sahabat2 yang sering memperingati.
Terkadang aku terpaksa membutakan mata melihat gelagat mereka bertepuk tampar dihadapan aku. Mengharungi alam yang penuh sosial merupakan cabaran yang amat berat. Fuhh.. Mujahadah seorang insan yang lemah.
Selagi aku mampu mampu. Selagi aku bisa. Selagi hayat dikandung badan. Akan dipertahankan hidayah suci ini. Akan disebarkan cinta Allah ini.

No comments:
Post a Comment