Saturday, 18 May 2013

Belum Gagal Lagi

      Pejam celik pejam celik memang aku tak nafikan masa berlalu dengan begitu pantas. Haish.. Berapa banyak aku mengeluh pun tiada apa yang boleh aku sesali.. Inshaallah diri aku yang sekarang ni adalah Aku yang tidak mudah melatah dah kecewa dengan kegagalan. Kini baru aku sedar kegagalan akan hadir dan mengekori setiap langkah dalam hidup aku untuk menguji dan mencabarku. Tidak mengapa wahai kegagalan, aku malah bersyukur dengan kehadiran kau. Kerana kau aku mempelajari banyak perkara. Untuk tidak leka dengan kejayaan dan kebahagiaan. Aku sedari kini bahawa kebahagian juga merupakan satu ujian yang sangat bahaya. Terima kasih untuk kegagalan yang mengiriku, membuatkan aku lebih matang. 


     Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kalau dulu gagal itu seolah-olah satu lubang hitam yang gelap bagi aku. Tiada jalan keluar malah aku bakal terperangkap selama-lamanya dalam lubang tersebut. Nah kononnya hidup aku sudah berakhir. Tiada masa hadapan. Aku sendiri pernah mengalami beberapa kegagalan dalam hidup. Aku tidak segan untuk mengatakan bahawa aku pernah memperolehi keputusan yang teruk dalam peperiksaan besar yang aku anggap bakal mengubah nasib hidup aku. Aku silap, aku lupa bahawa selagi aku hidup aku masih bisa mengubah nasib diri aku. Aku lupa bahawa perancangan Allah begitu teratur dan luas. Hidup manusia akan beralun2 seperti ombak, ada ketika akan keatas dan ada ketika akan ke bawah. Ada permulaan, kemuncak, klimaks, dan penutupnya. Hanya dengan usaha kita untuk mengatur jalan hidup kita dan Ya Razak untuk menentukan.

      Walaubagaimana sekalipun, aku yakin yang hidup setiap orang itu sangat istimewa. Tidak usah mengeluh, berusaha akan ada jalannya. Aku juga ingin mencelah dikesempatan ini untuk mengkhabarkan kejayaan aku terpilih untuk menyambung pengajian aku di uitm. haha thank you Allah. Walau dengan pencapaian yang tidak seberapa aku masih diberi peluang. Sungguh luas rezekimu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment