Saturday, 8 June 2013

TIDAK KENAL MAKA TIDAK JATUH CINTA

 Alhamdulillah, sekarang ni aku sudah selamat sampai ke uitm. Walaupun pada awalnya agak berat bagi aku untuk menjejakkan kaki kesini, tetapi segalanya berjalan lancar sekarang. Minggu orientasinya agak menguji mental dan fizikalku dengan kaki yang masih melecek sehingga ke hari ini. Benarlah kata orang bumi arau ni panasnya tidak dapat dinafikan. Kalau dipecahkan telur atas bonet kereta pensyarah memang masak la gamaknya. 

   Aku sendiri pun sudah kenal sedikit sebanyak tentang kos sains geomatik yang bakal aku bawa melalui penerangan kakak2 dan abang2 oc. haha malu pula apabila diingatkan balik diri aku yang sibuk bertanya tentang kos ini pada orang lainsebelum ini. Nasihat buat diri aku, jadilah seorang yang berani. Berani mencuba sesuatu yang baru. Jangan cepat jadi pengecut dan kalut. Jangan katakan tidak mampu sebelum mencuba sesuatu itu. Kenali dahulu perkara itu. Tak kenal kan maka tak cinta. Inshaallah aku ingin bercinta di uitm perlis ini. Aku akan jaga cinta ini seelok2nya agar ia tidak lari. Bercinta dengan geomatik. Dengan Arau. Dan pekara yang paling penting akan aku jaga cinta Allah seeratnya. Ya Allah pimpinlah hati hambamu ini. Semoga dengan hijrahku kesini akan menjadikan aku lebih mengenalimu.

   Sungguh, Arau tidak seperti yang aku sangkakan sebelum ini. Bagiku ia sebuah tempat yang cantik. Walaupun panas terik yang melampau, dengan izin Allah kawasan ini indah terjaga dengan pohon2 hijau yang banyak. Macam  dusun pun ada. Sejuk mataku memandang. Inilah kali pertama berdepan dengan kampus yang luas dengan deretan kenderaan yang lalu lalang. Dalam sehari mungkin berkilometer akan aku lalui.

   Kos geomatik. Nama yang kedengaran gah tetapi hakikatnya hanyalah ukur tanah. Huhu. Sedikit sebanyak keterangan yang aku perolehi daripada senior, aku bakal menadah muka dibawah matahari dengan mencerap matahari, remote sensing dan macam2 yang aku lansung tidak faham. Apa yang membuatkan aku menelah liurku adalah setelah dikhabarkan bahawa 'kamu semua nanti akan jadi kurus dan hitam'. Hehe menarik. Andai aku sebiji telur bukan setakat masak tapi hangus la alamatnya. Telur hangit.

   Sejujurnya aku dan kebanyakan pelajar yang mengambil kos yang sama tidak tahu menahu tentang kos ini. Awalnya aku agak terkejut mengetahui yang majoriti pelajar baru mengambil kos ini. Malah fakulti kami adalah yang paling ramai sehingga terpaksa dibahagikan kepada 5 kumpulan. Dan dengan suka cita dan tidak malunya aku mengumumkan aku berada dalam kumpulah E. Aku agak blur dan rasanya tidak perlu dilanjutkan lagi. Seperti biasa majoritinya kos ini dipelopori oleh kaum adam dan kami sebagai kaum hawa hanyalah enam orang dalam kumpulan. Ada ku kesah. Apa yang penting adalah kualiti bukan kuantiti diiringi semangat yang kental. Percayalah kamu boleh.  

   Sedikit sebanyak warkahan aku dilaman blog ini, bukan untuk mencari publisiti bukan juga untuk menunjuk2.Tetapi hanyalah untuk tatapan para sahabat yang aku rindui dan mungkin merinduiku. Serta saudara seislamku.' Ceh poyo'. Hee. Betul ni betul. Hakikatnya aku hanya seorang anak kecil yang masih menagih kasih ibu bapa.  Ya Allah Ya Rahman lindungilah kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil dan Kau ampunilah segala dosa mereka. Perkenankanlah Ya Allah. Rindu pula akupada ibubapa serta abang2 dan kakak2 aku walaupun kerap bergaduh dirumah. 

    Buat sahabat2 dan saudaraku semua walau dimanapun kalian berada jagalah sahsiah dan iman mu. Buat saudari wanita jagalah auratmu selalu. Manisnya kamu bertudung dan berbaju labuh manis lagi nikmat syurga Allah yang menanti. Jadilah wanita solehah. Jagalah batas pergaulanmu agar tidak terlalu bebas bergaul dengan kaum adam. Solat lima waktu jangan diabaikan. Jaga rukun solat dan serikan lagi dengan solat2 sunat. Tambahkan juga ibadat2 sunat dalam harimu agar hatimu lebih bercahaya. Inshaallah  kamu akan selamat didunia dan akhirat. Peringatan buat diri aku sebenarnya serta sahabat2. Inshaallah aku ingin kita sama2 mengejar redha Allah. Cemerlang didunia dan diakhirat. Dapatkan anugerah Dekan sem ni. hehe

1 comment:

  1. hehehe..wak lek jerr...aku ni terpisah kelas ngn mek u...esok ad kelas pagi..mek u x derk..dah laa malam selasa ni ade kelas ..huu..camnoo laa nak turun tangga batu caves tu sorang2x nt....

    ReplyDelete