Akhirnya aku pilih UiTM Arau Perlis. Ya Allah berat sungguh untuk kubuat keputusan pada awalnya. Uitm atau metrik. Aku ditawarkan ke Matrikulasi Melaka. Kalau diikutkan kehendak hati memang sah sah dari awal lagi aku tolak matrik. Alasannya aku sememangnya tidak mampu menguasai subjek biologi dengan baik. Pencapaian aku dalam pelajaran pula sederhana sahaja. Memang tidak la hendak masuk list pelajar2 genuis . Jadi aku memilih untuk menunggu result upu terlebih dahulu.
Nah, tup tup result upu aku terpilih ke uitm arau di bawah program diploma sains geomatik. Ya Allah kos apakah ini! Tidak tahu menahu tentang kos yang ditawarkan, aku google sahaja di internet. Erk,berjam-jam aku habiskan untuk melawati blog pelajar2 yang mengambil kos yang sama. Gulp! Beberapa kali aku menelan air liur tatkala terbaca post2 dan komen2 negatif. Kebanyakan pelajar perempuan akan menyatakan bahawa kos ni agak hands on. Tidak sesuai untuk perempuan la. Banyak turun padang main panas. Banyak mengira. kalkulator tidak lekang la dari tangan. Perlukan kekuatan mental dan fizikal. Boleh menangis alamatnya. Arau pula jauh dari bandar dan tidak maju. Letaknya berdekatan dengan thailand, sudah tentu panasnya tidak dapat dinafikan lagi. Bermonsum tropika. Ada pula yang mensyorku supaya kematrikulasi sahaja. Mampukah aku. Aku hampir menukar fikiran aku untuk apply matrikulasi, tapi belum sempat la. My sis yang bertindak sebagai motivator segera mencuci fikiranku yang bercelaru. Nak sambung belajar ni harus buat pilihan yang betul. Harus kuat semangat. Kalau tak menangis tengah jalan lah alamatnya. Tiada perkara yang mudah dalam hidup ini kalau hendak diikutkan.
Aku bernasib baik kerana masih ada my sis untuk menolongku.Ditanya kenalan2 dia tentang kos yang aku dapat ini. Siap post di fb lagi. Huu.. Terharu sungguh aku. Melalui my sis ni aku dapati kos ni agak menarik. Arau pun sudah maju sekarang dengan pelbagai kemudaha infrastruktur.Aku yakin walaupun dengan bertudung litup aku mampu untuk menyahut seruan kos ini. Kawan2 pun setia menyokong aku. Thanks korang sebab tolong aku buat pilihan. Inshaallah walaubagaimanapun istikharah ada jalan penyelesaiannya. Pada awalnya aku yang gemar berfikir dan berimaginasi ni mula lah terbayang akan keadaan yang bakal aku tempuhi. ' kos tu ramai lelaki', ' boleh ke perempuan macam aku go on dengan kos ni',' dah la pakai tudung labuh, macam mana nk jadi muslimah'.. wekk ayat nak kene fire. Kalau la semua muslim dan muslimah memilih kos agama, siapa yang akan berdakwah untuk kawan2 dalam kos lain. Alhamdulillah imagiasi aku tidak trbang terlalu jauh, my sis sekali lagi memotivator aku.. Kalau imaginasi positif haruslah, dapat meningkatkan perkembangan otak. Aku harus lebih banyak berfikir positif dan bersangka baik untuk menempun kancah kehidupan di ipt yang penuh cabaran.
Alhamdulillah aku pilih uitm. Ini kalilah hendak mencuba sesuatu yang baru. Jangan jadi penakut sangat. Kini aku betul2 akan ke uitm. Aku hanya mampu mengharap pada Allah sahaja nanti untuk mengiringi setiap perjuangan aku untu menuntut ilmu ditempat orang. Borang sudah diprint, medical check up pun sudah, akaun bank islam sudah dibuka, gambar sudah diambil, pengesahan pun sudah, borang yayasan inshaallah siap. Tinggal hendak bank in yuran je. hee memang sudah jadi pergi la tu. Inshaallah 2 jun daftar. Thanks kawan2 yang sudi baca post ni. Sahabat2 semua doakan kejayaan saya, saya doakan kamu juga. First of all thanks to ALLAH.

All da best sis, moga Allah permudahkan urusanMu, maaf tak dapat hantar g UitM.
ReplyDeleteKak kirimkan doa, moga Allah memelihara dirimu disana dan terus istiqamah..insyallah ^^
assalamualaikum , bank islam wajib ke bukak ? please answer me via email junaidaothman@yahoo.com
ReplyDelete