Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi kita di lembaran ini. perkongsian kali ini ialah membina genetic diri ala rasulullah. Genetic disini membawa maksud sifat semulajadi yang ada pada diri kita. walaupun kita pada asalnya tidak memiliki sifat2 ni, tetapi ia boleh dibentuk jika kita mempunyai keinginan yang kuat.. insyaallah..
Genetik yang pertama ialah senyumm.. senyum :)..Sebagai insan yang normal kita memang diperuntukkan untuk tersenyum.. hm.. masakan kita takboleh nak senyum pada orang lain sedangkan rasulullah itu tidak pernah lekang senyuman di bibir... sahabat2 rasulullah sendiri pernah berkata bahawa mereka tidak pernah melihat rasulullah bermasam muka walau sekejap.. subhanallah.. itulah rasul kita.. sentiasa sabar dan bermanis muka walhal baginda dicaci maki. Jadi kita sendiri yang amal pun entah banyak mana dan entah diterima atau tidak, takkanlah tidak boleh tersenyum hah.. mungkin kadang2 kita sukar untuk tersenyum disebabkan terbawa2 oleh situasi.. nah lebih2 lagi time amarah menguasai diri.. istighfar sahabatku.. tp insyaallah masalah kita banyak dapat diselesaikan dengan bermanis muka. Jangan kerana masam mencukanya muka kita menyebabkan diri kita sukar didekati. malah mungkin kehilangan sahabat atau tidak langsung memiliki sahabat..
Merendah diri.. dalam hidup ini setiap manusia harus memiliki kesedaran diri dan merendah diri. Ya, perlu bagi diri seseorang yang bergelar insan. Namun begitu merendah diri bukanlah dengan seseorang itu menjatuhkan keyakinan dan martabat diri sendiri.Haa jangan disalah fahami pula konsep merendah diri ini. Kita diciptakan oleh Ya Razak dengan potensi diri dan bakat masing2 yang merupakan anugerah teristimewa.Terutama kita umat islam yang sentiasa boleh. :) harus memiliki keyakinan diri yang mantap, tetapi harus hadir bersama rasa rendah diri sebagai makhluk ciptaan Allah yang kerdil.Tidak kiralah walau siapa diri kita sekalipun. Kaya atau miskin. Anak datuk atau tukang kebun sekalipun. Kita harus ingat. Disisi Allah swt kita semua sama sahaja. Apa yang membezakan Setiap manusia hanyalah amalan dan ilmu. Jadi tidak perlulah rasanya untuk kita merendah diri sampai menghina diri sendiri. Kita semua hebat laa..
Qanaah dan berlapang dada bukankah perkara mudah untuk dikecapi.Redha dengan setiap ujian dan dugaan yang menimpa diri. dan dugaan yang menimpa diri. Memang benar sukar untuk berlapang dada, kerana ia perlu disertai dengan sifat ikhlas dan sabar. Saya sendiri terkadang tidak dapat menerima dan bersabar dengan ujian yang menimpa, mempersoalkan sesuatu yang tidak dapat dimiliki dan apabila hak kita diambil orang lain. istighfar.. Sekiranya perasaan tersebut menimpa diri kita, kita sebenarnya sedang mempersoalkan kejadian Allah swt. Kita harus ingat disebalik setiap ujian yang menduga tersisip hikmahnya. Allah telah mengatur yang terbaik untuk diri kita. Bersabarlah.. disebalik hujan yang renyai akan disusuli pelangi nan indah.
Bersangka baiklah kamu, HUSNUZONlah. Bersangka baik pun bukan perkara enteng. Tidak mudah, sebab kadang2 apabila kita melihat orang lain melakukan sesuatu yang mencurigakan. si iblis akan dengan cepat datang membisikkan syak wasangka ke telinga kita. Itulah iblis yang telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Adam. Tidak berakhir disitu sahaja malah daripada syak wasangka akan bercabang kepada GHIBAH( mengumpat). Free2 dapat dosa berganda. hm2. Walaupun kita tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh seseorang itu,sentiasalah bersangka baik. Namun begitu tugas amar makrur nahi mungkar jangan diabaikan. Selidik dahulu sesuatu perkara itu.. jangan menabur fitnah sudah..
Last but not least,perkara yang harus dititikberatkan disini ialah menjaga rahsia. Rahsia merupakan satu amanah yang sangat berat. Maka amanah itu harus dipikul dengan sebaik mungkin.Jika sekali kita pecahkan rahsia seseorang, sampai bila2 pun diri kita akan tidak dipercayai lagi. ibarat walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan tetapi disebabkan satu keburukan yang kita lakukan orang lain akan tengok keburukan itu.. manusia.. macam tulah.. seputih2 kertas orang tak perasan pun tapi setitik dakwat yang kecil di atas kertas tersebut orang nampak pula..diri sendiri pun sama... huuuu..
Insyallah coretan saya yang tak seberapa ini setakat ini sahajalah. Sesungguhnya yang baik itu datang drp Allah swt dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.
.jpg)
keep writing ^^
ReplyDeletehuhu sila beri tujuk ajar,,,
Deletesaya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.. hehe